Showing posts with label tips nuffnang.. Show all posts
Showing posts with label tips nuffnang.. Show all posts

CPUV | Jimat-Jimat McDonald's , Digi - Devices Campaign



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 31 Oktober 2014


Hari terakhir untuk bulan Oktober tahun 2014 ini. Esok dah masuk bulan November. Semakin nak sampai ke penghujung tahun Cikgu Faiz semakin sibuk dengan tugasan seharian. Mana nak uruskan hal-hal kelas, mana nak buat assignment, nak uruskan hal rumahtangga. Makin slim la kalau berterusan macam ni. Huhuhu.


Cukup mukadimah tu. Cikgu Faiz cuma nak update nuffnang je. Hihihi. Sila jangan meluat ye. Mari lihat apa CPUV yang Cikgu Faiz dapat kali ini.





Dua hari lepas dapat CPUV ni. Terus dapat 4 ketul. Terbeliak bijik mata bila tengok CPUV yang agak banyak jugak tu. Macam biasa Cikgu Faiz mesti dapat double untuk satu CPUV. Dua ketul dari Jimat-Jimat McDonald's dan dua ketul lagi dari Digi - Devices Campaign. Mesti korang pon dapat kan. Alhamdulillah rezeki walaupun jumlah earning tu tak banyak.


Salah satu tips yang Cikgu Faiz nak kongsikan dengan pembaca semua. Rajin-rajin la buat entri yang berkaitan dengan ilmiah. Sebab apa? Kebanyakan keyword yang masuk dalam blog Cikgu Faiz adalah tentang pendidikan. Kalau adik-adik yang masih belajar tu mungkin boleh buat entri tentang tajuk yang korang belajar hari tu. Boleh juga ambil bahan daripada buku-buku tertentu tapi pastikan ada sumber rujukan di akhir entri anda ye. Macam yang Cikgu Faiz buat di >SINI<


Semoga tips yang tak seberapa tu dapat membantu anda menaikkan trafik blog sekaligus mendapat CPUV. Selamat berkongsi ilmu !!


Jom main boling secara PERCUMA ! --> SINI


Yang menaip,

CPUV | Kastam Malaysia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 11 Julai 2014


Sekejap je dah hari Jumaat kan. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Syawal pulak. Alhamdulillah bulan Ramadhan ni rezeki mencurah-curah dan tak terkecuali rezeki nuffnang. Cikgu Faiz dapat CPUV terbaru lagi. Hihihi.




Itu dia CPUV yang terbaru iaitu daripada Kastam Malaysia. Kalau ikutkan jumlah earning yang terkumpul ni dah boleh sangat nak cash out tapi Cikgu Faiz ingat nak tunggu sampai bulan September la. Hihi. Kiranya setahun la kumpul earning nuffnang ni. 


Kepada mereka yang rajin bertandang ke blog ini rajin-rajin la klik apa-apa yang patut ye. Hihi. InsyaAllah Cikgu Faiz akan balas balik apa yang korang dah buat tu. Cuma cepat atau lambat aje almaklum la Cikgu Faiz ni blogger suku masa je. Hihihi.


Nak tahu tips untuk dapatkan CPUV? Baca >SINI<
juga...
cerita cheque yang pertama dari Nuffnang >TEKAN<


Sekian.




Yang menaip,

Surat Cinta Dari Nuffnang



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 31 Mei 2014


Semalam dapat surat cinta dari nuffnang. Korang ada dapat jugak tak? Nuffnang bagi tips untuk meningkatkan pendapatan blog. Baik sungguh hati nuffnang kan sudi berkongsi tips dengan Cikgu Faiz.






Semua yang nuffnang bagitau tu Cikgu Faiz dah buat. Walaubagaimanapun, terima kasih buat nuffnang kerana prihatin dengan blog Cikgu Faiz ni. Err... bila nuffnang nak bagi CPUV terbaru ye? Hihi.




Yang menaip,

CPUV | Sony Xperia Z1



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Gembiranya rasa hati sebab esok nak balik kampung. Dah lama sangat tak balik. Nasib baik Jumat ni cuti. Mak dan abah, nantikan kepulangan anakmu ini yer. Huhuhu. Teringin nak makan gulai tempoyak yang mak masak. Hehe. Kegembiraan tambah berganda apabila nuffnang dengan bermurah hati sekali lagi telah memberikan CPUV terbaru untuk blog ini ^ ^





CPUV ke-5 untuk bulan Oktober ni datangnya daripada Sony Xperia Z1. Alhamdulillah, nampaknya bulan ni rezeki mencurah-curah. Terima kasih nuffnang dan Sony Xperia Z1. Cikgu Faiz baru je berangan nak beli handphone ni. Baru berangan jer, belinya tak tau lagi bila. Huhu. Kena simpan duit dulu kot ^ ^ Nampaknya tak sia-sia penantian Cikgu Faiz sebelum ini. Yelahh... lepas beberapa tahun join nuffnang baru dapat CPUV secara berterusan macam ni. Orang kata usaha tangga kejayaan dan jangan mudah berputus asa.


Nak tahu cara Cikgu Faiz dapatkan CPUV? Boleh baca DI SINI. Sekian.




Yang menaip,

CPUV | Chipsmore



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Selamat Hari Isnin semua. Happy Monday. Di petang yang hening ni Cikgu Faiz terasa pulak nak update CPUV terkini. Hehehe. Baru hari ni je dapat. 




Itu dia CPUV yang datangnya daripada biskut Chipsmore. Biskut kegemaran Cikgu Faiz ni. Huhu. Harap-harap earning CPUV ni akan lebih meningkat daripada CPUV yang lain tu. Jangan lupa klik ye ^ ^ Jom baca tips-tips untuk dapatkan CPUV DI SINI.


Sekian.


Kenapa sejuk sangat tu??? --> TEKAN


Yang menaip,

CPUV Ke-11 Olay Big Bang



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Weeee.... Cikgu Faiz kembali lagi. Hehehe. Lama betul tak update blog ni. Sejak kebelakangan ni mood agak berkurang. Tak tahu la kenapa. Cikgu Faiz online pon guna handphone je. Itu pon cuma approve komen je. Nak blogwalking memang tak dapat sebab tak biasa. Huhu. Dua tiga hari ni pon laptop ni menjadi hak milik Faqih. Asyik melayan Power Rangers dia je. Huhu. Terpaksa jugak la mengalah dengan anak.





Ha... nampak tak tu..? Hehe. Cikgu Faiz ni tak habis-habis dengan nuffnang dia ^ ^ Ala.. saje nak kongsi kegembiraan dengan korang semua. Tak salah kan? Olay Big Bang merupakan CPUV terbaru yang Cikgu Faiz dapat. Memang terkejut sangat sebab dah berapa hari blog ni sunyi daripada sebarang entri tetapi nuffnang tetap sudi bagi CPUV. Agaknya mungkin sebab trafik di blog ni maintain walaupon takde cerita atau topik terbaru kan. Alhamdulillah. Dengan adanya CPUV ni, maka jumlahnya telah meningkat kepada 11 CPUV. Tiga kempen masih berjalan. Lama la lagi hendaknya tinggal di blog ini ya ^ ^


Jom !! Cikgu Faiz nak kongsi tips ini dengan korang semua. TIPS DAPATKAN CPUV DI BLOG. Moga ianya berhasil ya :)


Untuk peminat kumpulan Hujan --> KLIK


Salam sayang,

CPUV Bulan Februari 2013 | U Mobile



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Dah lama rasanya tak update tentang Nuffnang. Kali terakhir masa dapat earning CPC INI. Entri CPUV terakhir pula DI SINI. Belum pon tamat kempen Digi iPhone 5, nuffnang dengan bermurah hati memberi satu lagi CPUV untuk bulan Februari. Hehe. Seronok, seronok ^ ^
Terima kasih Nuffnang dan juga U Mobile !!






Kali ini kempen U Mobile - Broadband Promotion pulak. Kepada sesiapa yang nak tahu dengan lebih lanjut tentang promosi ini klik saja pada iklan yang tertera di blog ini ye. Oh ya, ini merupakan CPUV ke-6 sepanjang Cikgu Faiz bergiat aktif di dalam arena blogging. Hehe. Aktif la sangat kan. 


Kepada mereka-mereka yang nak tahu bagaimana Cikgu Faiz berjaya menawan hati pihak nuffnang untuk mendapatkan CPUV setiap bulan, boleh la baca DI SINI. Jangan lupa mention di cbox sekiranya anda telah menabung untuk blog ini ya ^ ^


Sekian.




Salam sayang,

CPUV Popular Dah Tamat | Tips CPUV Cikgu Faiz



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Petang ni Cikgu Faiz nak update nuffnang dan berkongsi serba sedikit tentang cara-cara bagaimana untuk mendapatkan CPUV. Tapi sebelum itu Cikgu Faiz nak bagitau yang kempen Popular baru-baru ini telah pun tamat dan jumlahnya telah dikreditkan di dalam akaun nuffnang Cikgu Faiz. Agak pelik sebab kempen terdahulu masih berjalan manakala kempen terakhir iaitu popular telah melabuhkan tirainya. Earning CPC ada masuk juga. Alhamdulillah. Terima kasih kepada mereka yang sudi klik klik di sini ye.






Apa yang Cikgu Faiz buat untuk dapatkan CPUV?

  1. Sentiasa update BLOGGER BIO dan SURVEY. Untuk pengetahuan semua, Cikgu Faiz mula berjinak-jinak dengan Nuffnang pada 7 Oktober 2011. Bayangkan, hujung tahun 2012 baru dapat CPUV yang pertama. Punya la lama Cikgu Faiz bersabar dan sentiasa berusaha untuk mencuri hati pihak Nuffnang.
  2. Rajin bertanya kepada pihak Nuffnang. Boleh klik pada CONTACT US di bahagian bawah sekali di akaun Nuffnang korang. Soalan yang Cikgu Faiz pernah bertanya adalah tentang BE, soalan dalam bahasa Melayu, tempoh sesuatu BE / CPUV bertahan di blog, ucapan terima kasih sebab bagi BE. Hehe. Dan kesemuanya di jawab oleh pihak Nuffnang melalui email.
  3. Sentiasa pastikan VIEWS  200 ke atas. Kalau views  kurang 200 ke atas, selalunya Cikgu Faiz akan blogwalking dan update entri baru. Itu pun kalau ada lebih masa.
  4. Rajin komen entri rakan-rakan blogger. Kalau korang nak tahu, dulu Cikgu Faiz ni susah sangat nak komen entri. Cikgu Faiz lebih suka jadi 'silent reader'. Bila dah termula komen, lama-lama dah jadi ketagih pulak. Sangat tidak mengecewakan kerana kalau kita rajin komen entri rakan-rakan lain, mereka pasti akan datang ke blog kita dan komen entri kita pula. Kan bagus tu. Trafik pon meningkat.
  5. Membalas setiap klik iklan di blog kita tak kiralah mana-mana iklan sama ada says, nuffnang, churp churp dan sebagainya. Kalau dia ada mention di cbox atau komen korang balas la balik. Jangan buat tak tau je. Kalau boleh korang mention sekali iklan apa yang telah diklik.
  6. Letakkan iklan nuffnang di tempat yang betul. Kalau korang dapat lihat di blog Cikgu Faiz ni, iklan nuffnang ada di bahagian atas sekali, tepi dan bahagian bawah. Cara-cara nak letak iklan yang betul korang boleh la rujuk di blog otai-otai Nuffnang. Hehe. Dekat nuffnang pon ada bagitau jugak. 
  7. Rajin update entri terbaru. Kalau dulu Cikgu Faiz update sehari satu entri tapi sekarang ni dah up sikit kepada dua entri. Kalau terlebih rajin terus tiga entri. Bergantung kepada masa dan idea pada hari tersebut. Huhuhu.

Rasanya itu sahaja yang Cikgu Faiz buat untuk dapatkan CPUV. Lain orang lain caranya kan. Kalau ada yang buat lain dari Cikgu Faiz ni boleh la kongsikan di sini. Boleh Cikgu Faiz cuba pulak. Hehehe. Sekian.




Yang benar,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...