CPUV Popular Dah Tamat | Tips CPUV Cikgu Faiz



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Petang ni Cikgu Faiz nak update nuffnang dan berkongsi serba sedikit tentang cara-cara bagaimana untuk mendapatkan CPUV. Tapi sebelum itu Cikgu Faiz nak bagitau yang kempen Popular baru-baru ini telah pun tamat dan jumlahnya telah dikreditkan di dalam akaun nuffnang Cikgu Faiz. Agak pelik sebab kempen terdahulu masih berjalan manakala kempen terakhir iaitu popular telah melabuhkan tirainya. Earning CPC ada masuk juga. Alhamdulillah. Terima kasih kepada mereka yang sudi klik klik di sini ye.






Apa yang Cikgu Faiz buat untuk dapatkan CPUV?

  1. Sentiasa update BLOGGER BIO dan SURVEY. Untuk pengetahuan semua, Cikgu Faiz mula berjinak-jinak dengan Nuffnang pada 7 Oktober 2011. Bayangkan, hujung tahun 2012 baru dapat CPUV yang pertama. Punya la lama Cikgu Faiz bersabar dan sentiasa berusaha untuk mencuri hati pihak Nuffnang.
  2. Rajin bertanya kepada pihak Nuffnang. Boleh klik pada CONTACT US di bahagian bawah sekali di akaun Nuffnang korang. Soalan yang Cikgu Faiz pernah bertanya adalah tentang BE, soalan dalam bahasa Melayu, tempoh sesuatu BE / CPUV bertahan di blog, ucapan terima kasih sebab bagi BE. Hehe. Dan kesemuanya di jawab oleh pihak Nuffnang melalui email.
  3. Sentiasa pastikan VIEWS  200 ke atas. Kalau views  kurang 200 ke atas, selalunya Cikgu Faiz akan blogwalking dan update entri baru. Itu pun kalau ada lebih masa.
  4. Rajin komen entri rakan-rakan blogger. Kalau korang nak tahu, dulu Cikgu Faiz ni susah sangat nak komen entri. Cikgu Faiz lebih suka jadi 'silent reader'. Bila dah termula komen, lama-lama dah jadi ketagih pulak. Sangat tidak mengecewakan kerana kalau kita rajin komen entri rakan-rakan lain, mereka pasti akan datang ke blog kita dan komen entri kita pula. Kan bagus tu. Trafik pon meningkat.
  5. Membalas setiap klik iklan di blog kita tak kiralah mana-mana iklan sama ada says, nuffnang, churp churp dan sebagainya. Kalau dia ada mention di cbox atau komen korang balas la balik. Jangan buat tak tau je. Kalau boleh korang mention sekali iklan apa yang telah diklik.
  6. Letakkan iklan nuffnang di tempat yang betul. Kalau korang dapat lihat di blog Cikgu Faiz ni, iklan nuffnang ada di bahagian atas sekali, tepi dan bahagian bawah. Cara-cara nak letak iklan yang betul korang boleh la rujuk di blog otai-otai Nuffnang. Hehe. Dekat nuffnang pon ada bagitau jugak. 
  7. Rajin update entri terbaru. Kalau dulu Cikgu Faiz update sehari satu entri tapi sekarang ni dah up sikit kepada dua entri. Kalau terlebih rajin terus tiga entri. Bergantung kepada masa dan idea pada hari tersebut. Huhuhu.

Rasanya itu sahaja yang Cikgu Faiz buat untuk dapatkan CPUV. Lain orang lain caranya kan. Kalau ada yang buat lain dari Cikgu Faiz ni boleh la kongsikan di sini. Boleh Cikgu Faiz cuba pulak. Hehehe. Sekian.




Yang benar,

16 comments:

puteri kasih said...

tips yang menarik ni cikgu.

BE kita sama..popular puteri pun dah tamat..yang tengah running Digi..hehe

Yaya Mohd said...

yaya punye nuff lame tdo...hehe

Anonymous said...

wah cikgu mesti dah banyak kumpul duit,
sis dah menganak tirikan nuffnang , churpchurp memang dah berzaman tinggal. tsk. happy blogging, cikgu nanti datang blog sis tau dah baru sikit:D

intanfirdaus247 said...

salam cikgu...:)
errr cikgu..yg iklan kecik belah kiri ni mengganggu sikit la nak baca entry cikgfaiz..:) huhu

Unknown said...

CPUV tu apa cikgu... x baper nak paham lah... mintak tunjuk ajar rk.. tq

Athirah said...

terbukti cg faiz memang rajin,,hehe (^___^)

Dingdang said...

@intanfirdaus247
yeke kak? nanti saya alihkan ye..

Unknown said...

nice sharing CF ^.^

ainun said...

Tips yang baik..wann dah praktikkan semuanya..still menunggu jawapan dari cik nuffnang..sampai bilo la den keno tunggu neh..hehe :)

Mimie said...

tips yg bagus

mrpolie said...

ok dah faham... terima kasih..

Unknown said...

tips yang bagus nak share kat blog saya..tq

Unknown said...

tips yang bagus nak share kat blog saya..tq

Zaza Abdul Latif said...

Terima kasih cikgu Faiz,
Gud infor & sharing :)

Tuan askalani said...

tq der.. info yg baik!
sy fresh blogger.. boleh la ajar skit tips2..hehe

QA's ~ mamapapa said...

thanxs ye,tips yg sgt brguna :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...