Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak | Jenis-Jenis Lagu



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Kanak-kanak sangat suka menggunakan alat muzik. Malahan kanak-kanak yang kreatif sering menggunakan alatan persekitaran mereka sebagai alatan muzik. Kanak-kanak menterjemahkan rasa sedih dan kegembiraan mereka melalui muzik yang dimainkan. Alatan muzik yang boleh dimainkan kanak-kanak adalah seperti alat perkusi seperti rattle, genderang, tamborin dan alat muzik berpic seperti piano dan rekorder.


Tamborin.


Terdapat pelbagai jenis lagu, namun begitu bagi guru-guru, ibu bapa atau penjaga yang mahu menggunakan muzik dalam aktiviti kanak-kanak, mereka perlu bijak memilih jenis lagu dan muzik yang bersesuaian dengan kanak-kanak bagi memastikan aspek perkembangan kanak-kanak dari sudut bahasa, intelek, kreativiti, psikomotor dan afektif berkembang dengan baik.


Jenis-jenis lagu


Terdapat pelbagai jenis lagu seperti permainan jari, lagu beraksi, lagu tradisional, lagu permainan, lagu unsur nasihat dan ucapan serta lagu serantau.


Permainan Jari

Lagu berbentuk permainan jari ini sesuai dijalankan oleh kanak-kanak kecil kerana ianya melibatkan pergerakan jari dekat dengan paras mata kanak-kanak. Contoh lagu, 'Satu Labah-Labah'.


Lagu Beraksi

Lagu beraksi memerlukan kanak-kanak melakukan aksi sambil menyanyi. Pergerakannya lebih mudah mengikut senikata dan lirik lagu. Contoh lagu, 'I'm A Little Teapot'.


Lagu Tradisional

Lagu tradisional sering menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai sesuatu bangsa dan negara. Lagu-lagu sebegini banyak menyelitkan unsur-unsur nasihat, jenaka dan nilai-nilai yang baik kepada kanak-kanak. Contoh lagu, 'Ikan Kekek'.


Lagu Permainan

Lagu berbentuk permainan melibatkan aktiviti pergerakan dan permainan. Kanak-kanak sangat menyukai lagu permainan kerana ia lebih menyeronokkan. Contoh lagu, 'Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga'.


Lagu Berunsur Nasihat dan Ucapan

Lagu-lagu ini mengandungi penerapan nilai-nilai murni dan berunsur nasihat. Liriknya banyak mengandungi nasihat yang boleh dijadikan panduan oleh kanak-kanak. Contoh lagu, 'Lompat Si Katak Lompat'.


Lagu Serantau

Lagu jenis ini menyelitkan unsur kebudayaan sesuatu kaum atau mengikut daerah sesuatu negeri atau negara. Ianya sering dinyanyikan mengikut loghat atau dialek sesuatu kawasan. Contoh lagu, 'Jambatan Tamparuli'.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

4 comments:

Mimie said...

mcm2 kan...sy baru thu bile bace entry faiz nih

Kakzakie Purvit said...

Masa sekolah dulu kakak main lagu nenek-nenek di bongkok tiga tu tau Nurul. Terkenang bila baca N3 Nurul ini.

ainun said...

wann biasa jugak main tamborin masa sek men..masa tu join pertandingan puisi dan lagu..hehe :)

puteri kasih said...

rindu dengan zaman sekolah..dapat main peralatan muzik camni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...