12
Orang Memberi Komen

JJCM - Secret Resepi



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Dah lama tak update entri pasal makan-makan. Minggu lepas sebelum mula bekerja, sempat jugak la keluar makan dengan Encik Suami dan Faqih. Destinasi yang kami tuju ialah Giant Putra Heights. Saja jalan-jalan cuci mata dekat sana. Hehe. Dah lama Cikgu Faiz teringin nak makan di Secret Resepi. Selalu tengok orang asyik ramai je. Hari tu orang tak berapa ramai jadi terus ajak Encik Suami masuk.


Encik Suami dah tak tahu nak makan apa sebab tekak tak berapa nak berkenan dengan menu-menu yang ada di situ. Huhu. Cikgu Faiz cadangkan menu nasi goreng vegetarian dia tak nak pulak sebab ada sayur. Huhuhu. Akhirnya setelah berkali-kali membelek menu yang ada inilah aje yang kami order. Boleh lihat gambar di bawah ^ ^




Air yang kami pilih. Dah lupa namanya. Hehe.




Encik Suami dan Faqih yang mengada-ngada.




Menu untuk Faqih, Fish and Chips. Faqih makan chips je. Fish dia tak nak. Huhuhu. Chips dia berbentuk huruf sebab itu Faqih suka ^ ^




Mi kari pilihan Cikgu Faiz. Mi yang digunakan ialah spegeti. Sedap jugak. Faqih pon tumpang sekaki ^ ^




Menu pilihan Encik Suami nasi goreng satay dan spring roll a.k.a popia goreng. Boleh tahan sedap. Hehe.




Cikgu Faiz sedang menikmati keenakan spring roll manakala Faqih sedang membuat aksi ultraman. Huhuhu.




Faqih yang banyak cekadak. Nasib baik banyak jugak dia makan. Mi kari dan alphabet chips ^ ^


Lepas ni nak cuba makan di mana pula ye? 




Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
12 Comments

12 orang comel dah komen:

Sally Yatiey said...

Makanan semua nampak sedap2 :D hehe.

Cik Tanpa Nama said...

WAHHHHHHH sedapnya....
first time dtg blog cikgu....suka dah dengan blog ni..jatuh chenta....nice blog...do visit mine too

trah zain said...

waa.. nak sikit,,hehe
sweet la tgk cg faiz dgn boboy Faqih (^___^)

Aini Yunus said...

bestnyeeeeee....sume menu best kena lak time panas ni..

jaakechik said...

bestnya makan2...lama dah jaa x gi SR, terliurnya!

Nana Liena said...

tak suka makan luar..hehe.. nak mencekik tak selesa.ahaha.. tapi semua nampak sedap..hehe

puteri kasih said...

dah lama tak pergi SR...makanan memang sedap juga kat situ :)

deno said...

emmm... sedap3!!! deno suka jgk mi kari SR tapi mesti tak abis mkn sorang.. banyak sgt... huhu

Nurul Aini said...

Tiba-tiba saya scroll bawah nampak makanan..alahai..sedapnya..dah lama tak makan dekat secret resepi. Lapor pulak dah.

sHaRiNa eLyaNa said...

xpna lg mkn kat SR mahal hehe

intanfirdaus247 said...

faiz, husband faiz x makan sayur ke? hehe..sedap2 semua makanan tu

Mohd Huzaini said...

Fish and Chips nampak sedap.. lebih 12 tahun tak makan fish chips last sekali kat The Mines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...