Kenangan Itu...



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ini Cikgu Faiz telah pun berada di kampung halaman yang tercinta. Syukur semuanya baik-baik saja di sini. Esok perayaan Tahun Baru Cina dan di kesempatan ini Cikgu Faiz ingin mengucapkan Happy Chinese New Year kepada yang meraikannya. Esok Cikgu Faiz tak tahu lagi nak ke mana. Ingat nak juga keluar jalan-jalan tapi takut jalan masih sesak. Maklum la tempat Cikgu Faiz ni memang selalu sesak dengan kenderaan apabila tibanya hari perayaan ^ ^


Tadi masa buka almari baju tiba-tiba ternampak sesuatu yang sudah lama tersimpan rapi...





Inilah pakaian koir sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke berapa entah. Cikgu Faiz pon dah lupa. Masa tu tahun 2003 tahun pertama Cikgu Faiz belajar di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (masa dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan) yang terletak di Kuala Lipis, Pahang (tempat Dato' Siti Nurhaliza. hehe).


Masa tu semua guru pelatih opsyen Prasekolah di semua Institut Perguruan dikehendaki menyertai koir sempena sambutan kemerdekaan ini. Tugas kami hanya menyanyikan lagu-lagu patriotik mengikut alunan muzik dan gaya yang dikehendaki sambil memegang bendera Jalur Gemilang. Memang seronok sangat masa tu walaupun sebahagian daripada kami sudah rentung akibat terpaksa berpanas ketika mengadakan sesi raptai selama beberapa hari sebelum menjelangnya Hari Kebangsaan pada tahun tersebut. Oh ya, tahun 2003 sambutannya telah diadakan di Putrajaya. Di sana, kami menetap di Maktab Perguruan Islam Bangi. 


Kalau korang tengok baju tu ada empat warna iaitu merah, putih, biru dan kuning. Hehe. Kenalah dengan tema Jalur Gemilang yang ada empat warna kan. Cikgu Faiz tetap simpan baju ni walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu. Elok je tergantung dalam almari tu. Nak buang? Tidak sama sekali. Hehe ^ ^. Sekian.




Salam sayang,

4 comments:

Unknown said...

Simpan buat jadi kenangan :D

EH - Ekslamasi Holistik said...

Selamat bercuti cikgu...

Mimie said...

simpan buat kenangan...aktif jugak ye dulu masuk koir

sHaRiNa eLyaNa said...

slmt bcuti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...