Melukis Bentuk Segi Empat Sama



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Dah lama tak share aktiviti di blog ni semenjak laptop tak sihat beberapa minggu yang lalu. Malam ni Cikgu Faiz nak update tentang aktiviti melukis bentuk segi empat sama. Jom kita mulakan. 


Aras : Sederhana

Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali bentuk segi empat sama sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat bentuk segi empat sama.
  3. Menghasilkan bentuk segi empat sama secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai bentuk segi empat sama.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan pelbagai saiz blok mainan yang berbentuk segi empat sama.

Persediaan guru : Menyediakan pelbagai saiz blok mainan yang berbentuk segi empat sama dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan pelbagai saiz blok mainan yang berbentuk segi empat sama kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan bentuk yang ada pada blok mainan tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis bentuk segi empat sama.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali blok mainan yang berbentuk segi empat sama dan melukis bentuk segi empat sama.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain blok mainan yang berbentuk segi empat sama, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai bentuk segi empat sama serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang berbentuk segi empat sama.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Salam sayang,

3 comments:

Dayang Deno said...

anak buah deno adam khaleef dah pandai lukis square:)

puteri kasih said...

aktiviti yang boleh juga digunakan oleh ibu-ibu kat rumah :)

Unknown said...

mia conteng2 pandai laa..garis lurus belum lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...