Surprise !!



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Fuhh... hari ni overtime giler-giler dekat sekolah. Mana taknya, aktiviti ko-kurikulum habis pukul empat petang. Lepas tu tak boleh nak balik lagi sebab Encik Suami pon ada koko jugak. Huhuhu. Lepak dekat kelas je la siapkan bahan bantu mengajar, buku rancangan mengajar dan sebagainya. Sadis, sadis. Kelas tu dah jadi rumah kedua Cikgu Faiz. Setiap hari Rabu je mesti setengah hari duduk di kelas. Apa boleh buat? Nak balik sendiri Encik Suami dah tak bagi sebab kurang selamat. Jadi nak tak nak terpaksa tunggu di kelas je. Nasib baik la kelas tu dah macam rumah sebab semuanya ada kecuali katil. Hehehe. Nak masak ke, nak tengok tv ke semua boleh. Huhuhu.


Hari esok ada meeting kewangan pulak. Lepas tu nak kena siapkan sijil untuk mesyuarat agung PIBG yang akan berlangsung pada Ahad ni. Tengok, hari Ahad pon kerja tau. Huhuhu. Jadi jangan la cakap yang cikgu ni makan gaji buta sahaja. Sangat tidak patut.


Syoknya kalau dapat tidur macam Faqih ni. Huhuhu.



Eh, eh, nak tahu tak? Tadi kan masa masa sampai rumah Encik Suami suruh keluarkan pakaian kotor dia dari dalam beg. Lepas tu kena suruh keluarkan kuih dari dalam beg pulak. Kuih apa? Cikgu Faiz tanya. Encik Suami diam. Cari punya cari takde pon kuih. Tengok mula Encik Suami dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Tengok dalam beg lagi. Eh, ada benda la !! Hehe. Wow... benda yang lama Cikgu Faiz idam-idamkan. Sepatutnya dah boleh beli benda tu tapi disebabkan ada perkara yang tidak diingini berlaku maka hajat itu tidak kesampaian. Sudahnya tadi Encik Suami dah membantu Cikgu Faiz mencapai apa yang diinginkan. Terima kasih my sweetheart. Hehe. 


P/S: Mata dah mula berpinar-pinar ni akibat kekenyangan ^ ^


KLIK SEKALI JE


Salam sayang,

6 comments:

puteri kasih said...

wah benda apa tu cikgu? hehe

Mawardi yunus said...

wah sweet nye.. huhu ...
sory atas kesilapan taq aritu ye :)

Unknown said...

So sweet! :D
Apa agaknya benda tu CF? hehe ^_^

Athirah said...

waa.. sweet gitu cg faiz..hehe
hadiah apa tu?

Unknown said...

cikgu yg berdedikasi conthnya macm cikgu Faiz..hehe.. surprise apa tu?? ada kuiz teka teki ke? hehe

mrpolie said...

ada unsur2 saspen ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...