9
Orang Memberi Komen

Rindu Mereka



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ini Cikgu Faiz begitu bersemangat sekali pergi sekolah. Biasa la dah cuti lama. Inilah masanya untuk kembali aktif. Hehehe. Hari ni 24 orang murid je yang hadir. Prestasi yang agak membanggakan selepas cuti sekolah. Yang tak hadir seorang sahaja iaitu Iman. Iman ni anak cikgu di sekolah ni juga. Pagi tadi mak Iman bagitahu yang Iman tak datang sebab pergi ke KLIA menjemput opahnya yang baru pulang dari mengerjakan umrah. Mak dia siap cerita yang Iman risau sebab kerja sekolah yang Cikgu Faiz bekalkan tu belum siap. Huhuhu. Dia siap bawak sekali kerja sekolah tu pergi KLIA. Takut punya pasal. Macam la cikgu dia ni garang sangat. Iman, Iman... Hehe. Kalau Iman tak buat nakal cikgu takkan marah punya. Huhuhu. Macam la Iman baca blog cikgu dia ni. Hihihi ^ ^


Settle pasal Iman. Ni nak cerita tentang lagi seorang murid. Namanya Adri Haikal. Anak cikgu juga. Anak murid yang seorang ni payah sungguh nak bercakap dengan Cikgu Faiz. Nak kata takut tak sebab dia selalu juga tunjuk hasil kerja dia dekat Cikgu Faiz. Tapi tak pasti pulak sebab apa dia tak nak bercakap. Bila Cikgu Faiz perhatikan (jadi spy dalam kelas), Adri ni boleh pulak bercakap dengan kawan yang duduk sebelah dia tapi dia tak banyak cakap sangat. Nak pergi toilet pon tak bagitau Cikgu Faiz. Dah berbuih mulut Cikgu Faiz ni pesan supaya bagitau cikgu jika nak pergi ke tandas. Sebenarnya Cikgu Faiz buat macam tu supaya dia akan bercakap tapi tak jugak. Tup tup dah hilang lepas tu terjengul keluar dari tandas. Huhuhu. Bila ditanya hanya sekadar mengangguk dan menggeleng. Bila Cikgu Faiz tanya lagi Adri hanya menunduk je. Jenuh dah Cikgu Faiz buat lawak yang tak berapa nak kelakar dalam kelas tu tapi hampa sebab tiada respon daripada Adri. Huhuhu. Sedih betul. Murid-murid yang lain jangan cakap la, cikgu baru cakap sikit habis semua nak bercerita. Hehehe. Gamat satu kelas dengan kerenah 25 orang murid-murid prasekolah ni ^ ^ Tapi seronok.


Belum ada kesempatan lagi berjumpa dengan mak Adri untuk bertanyakan tentang hal ni sebab mak dia guru sesi petang. Nak jumpa waktu murid balik pon tak dapat sebab murid-murid ni akan tunggu ibu bapa mereka di pondok bersebelahan dengan pagar sekolah. Takpe. Masa meeting nanti boleh jumpa ^ ^





Suka main badminton? KLIK SINI.


Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
9 Comments

9 orang comel dah komen:

MawardiYunus said...

Salam , terima kasih sudi jadi follower blog saya... slalu la datang ye.. ni entry untuk awak :) http://mawardiyunus.blogspot.com/2013/02/followers-mingguan-8_18.html

Mohd Fauzli said...

diam2 ubi budak tu.... heheheheh

trah zain said...

dia malu kot cg faiz..hehe,,lame2 ok la kot, budak2..hehe

puteri kasih said...

memang best kan layan kerenah murid-murid ni...macam-macam ragam ada kan cikgu :)

Honey Yeo said...

comelnya budak-budak itu kak..geram tengok mereka..huhu

izan mama mia said...

wah melayan budak prasekolah mmg kena byk sabar,,,,

Sally Yatiey said...

Mesti seronok melayan kerenah budak2 :D hee

thomas said...

Wah!Seronok sampai rindukan anak murid.

Harith Iskandar said...

biase la budak2...sy dulu pun jarang jgak la ckp dgn orng...tp dh besar panjang ni..ramah giler...ehehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...