Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Baru je siap buat rancangan mengajar untuk esok. Jam baru menunjukkan angka sebelas lebih tapi mata ni dah berpinar-pinar. Baju untuk esok pon tak gosok lagi. Nampak gayanya pagi esok la baru gosok. Huhu. Dah tu hapdet blog ni tak mengantuk pulak ! Pelik pelik ^ ^ Agaknya mata mengantuk disebabkan makan nasi lemak kukus pasar malam tadi. Fuhh !! Memang sedap. Habis licin sepinggan. Hehe. Kuat makan jugak Cikgu Faiz ni. Huhu.
Tak sempat nak ambil gambar nasi lemak sebab dah lapar sangat. Huhu. Yang ini pon okey la.
Nampaknya kesibukan telah mula melanda diri ini. Malam baru dapat bersantai di depan laptop. Petang pon dah jarang-jarang dapat online sebab kadang-kadang Cikgu Faiz buat overtime dekat sekolah. Huhuhu. Sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran hari esok dan seterusnya. Memang tak menang tangan dibuatnya. Mana nak mengajar, tanda buku, buat BBM, hias kelas. Boleh kurus tau (memang dah kurus kering ni. huhuhu). Nasib baik la ada kak Za iaitu Pembantu Pengurusan Murid yang rajin sangat nak menceriakan kelas tu. Amin. Hehe. Nanti ada masa terluang Cikgu Faiz update sudut-sudut keceriaan pulak ye.
Ini BBM untuk tema minggu ini iaitu Rumah Saya dan subtemanya ialah peralatan di dapur. Bahan ni ambil di internet aje. Hehe. Cikgu Faiz cuma print, gunting, tampal, gunting, laminate dan gunting. Macam biasa la. Hari-hari asyik menggunting je ^ ^ Oleh kerana petang tadi buat overtime, maka semua gambar telah siap. Hehehe. Lega.
P/S : Petang esok ada aktiviti ko-kurikulum unit beruniform. Cadang aktivitinya nak buat sandwich. Best best ^ ^
Salam sayang,
8 comments:
bestnya jadi cikgu...cikgu ajar bm ea? hehe..
Bestnya jadi cikgu ni ^_^
nasi lemak mmg la cepat buat mate tu jadik ngantuk... :)
tp xper sedap punyer psal kannnn :p
bestnya jadi cikgu kan.. deno jadi cikgu sementara je.....
kak...alahai pinggan kosong dgn tulang je kak tnjuk hahaaa adoii ^_^
sedapnya nasi tu,,hehe..
best la cg faiz mengjar ni,,kan3?
nak puteri tolong tak cikgu? hehe
amboi,tinggal tulang temulang..haha
Post a Comment