First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 30 Jun 2015



Klik banner untuk join ^^ Hari ni last kalau korang nak join tau.


Yang menaip,

Aktiviti Hari Sabtu | IOI Mall Puchong



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 29 Jun 2015


Hari Sabtu baru-baru ini Cikgu Faiz dan keluarga ke IOI Mall Puchong. Sebenarnya tak plan pon nak ke sana. Petang tu ke pejabat pos lepas tu Encik Suami terus ajak ke sana. Nasib baik la orang tak ramai masa tu. Sampai IOI je baru nak dekat pukul 6 petang. Awal lagi. Terus ajak Encik Suami pergi ke kaunter Aeon. Nak renew kad la apa lagi. Hahaha. Dah setahun tak renew. Huhu. Bila nak shopping raya baru la sibuk nak renew kan. Huhu.


Siap renew kad aeon RM12 terus menuju ke tempat pakaian kanak-kanak. Alang-alang ada masa ni baik beli baju Hannani sikit. Hihi. Dapat la rembat 3 pasang baju Hannani termasuk seluar. Cikgu Faiz cari yang ada sale je. Huhu. Mana yang takde sale tu ambik yang murah-murah je. Hihi. Nak jimat la katakan tapi mestilah pilih yang terbaik untuk anak kan. Heee.... Baju abang Hakim nak shopping hari lain pulak. Kalau beli semua terus nanti jenuh pulak nak membayarnya. Huhuhu. 3 pasang tu pon nak dekat dua ratus jugak habis. Hihi. Nasib baik la ada sepasang baju Hannani yang baru beli tak pakai lagi. Memang cadang nak simpan untuk raya. Hihihi. Lagi sepasang dah beli secara online. Huhu. Pantas betul bonda bertindak kan. Huhu. Kiranya untuk Hannani tinggal kasut aje la. Fuhhh... Lega sikit. Bab-bab sepit rambut memang tak payah beli sebab Hannani memang tak suka berdandan. Hihi.


Okey... selesai shopping serba sikit baru la tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa. Ingat nak ke KFC tapi penuh la pulak. Last last ke Wendy's aje la. Nasib baik ada menu nasi. Hihi. Puas hati la jugak kan.





Sebelum waktu berbuka tu sempat jugak la selfie tiga beranak. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Aktiviti Di Prasekolah : Itik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 27 Jun 2015


Hai... bersua lagi kita di blog ini. Entri kali ni Cikgu Faiz nak cerita tentang aktiviti murid-murid Prasekolah semalam. Salah satu aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid ialah membuat itik.



Macam biasa, Cikgu Faiz akan selfie sementara menuggu murid-murid menyiapkan gambar itik masing-masing. Huhu. Ada jugak yang perasan cikgu nak selfie ye. Hihi.




Haaa..... dah siap pon itik gembo gembo. Bukan main seronok lagi semua sebab dapat buat itik. Hihi. Good job. Nanti boleh bawa balik rumah.




Cantik tak itik kami? Hihi. Lembaran kerja itik ni Cikgu Faiz ambik dekat google je. Dah lupa kat blog mana. Budak-budak seronok dapat buat itik ni sebab bila dah siap nampak macam 2D gitu. Cuma cikgu kena la buat satu contoh itik yang dah siap diwarnakan supaya murid-murid senang nak tengok. Nanti macam-macam pulak warna itik yang muncul. Kikiki. Biasa la budak-budak.



Ini contoh lembaran kerja itik tu. Ikut je step yang dah diberi tu. Lepas tu gunting. Yang dekat bahagian bawah itik tu cikgu la yang kena tolong murid buat. Cikgu Faiz lekat dengan salotape je. Senang. Hihi. Selamat mencuba !!


P/S : Yang dekat rumah pon boleh buat itik ni. Buat dengan anak-anak mesti lagi seronok ^^


Sekian.


Yang menaip,

Review Novel | Rindu Awak 200% - Liyana Zahim



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 25 Mei 2015


Hai... Entri kali ini Cikgu Faiz nak review sebuah lagi novel yang telah tamat dibaca beberapa minggu yang lepas. Novel ini juga telah diadaptasikan ke drama TV3 yang berjudul 'Rindu Awak 200%'. Para pelakonnya pula terdiri daripada Zul Ariffin dan Ayda Jebat. Katanya drama ini meletup-letup di kaca tv. Hmm... Cikgu Faiz tak tengok jadinya tak tahu jalan ceritanya sama atau tidak seperti dalam novel ni. Cikgu Faiz cuma sempat tonton episod terakhir drama ni. Itupon nak dekat-dekat habis. Huhu. Okey la. Tanpa membuang masa jom baca review novel RINDU AWAK 200% hasil karya penulis Liyana Zahim.



'Bila dekat tak peduli, bila jauh tercari-cari'


Rindu Awak 200% mengisahkan Armel Aisya yang secara kebetulan telah berjumpa dengan Zill Faezrul yang pada ketika itu telah menjadi tunangan orang. Beberapa tahun berlalu setelah pertemuan itu Armel Aisya pulang ke tanah air setelah tamat belajar di luar negara. Gadis itu tidak bersetuju dengan cadangan ibu bapanya yang ingin menjodohkannya dengan seorang pemuda kampung yang tidak dikenali. Sikap Armel yang keras kepala telah membuatkan hubungan dengan ibunya seringkali bercakaran.


Zill Faezrul lelaki yang pernah ditemui oleh Armel Aisya secara tidak sengaja beberapa tahun yang lalu. Lelaki itu juga sedang bersedih di atas kematian tunangnya disebabkan kemalangan jalan raya. Pertama kali bertemu dengan Zill Faezrul telah berjaya menambat hati orang tua Armel lantas mereka bersepakat untuk menjodohkan Zill dengan anak gadis mereka. Setelah mengetahui yang dirinya akan dijodohkan dengan Zill, Armel telah bertindak untuk memutuskan pertunangannya dengan Zill. Akan tetapi Armel terpaksa menyambung kembali ikatan yang telah diputuskan olehnya atas sebab ingin membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya. Zill Faezrul yang tidak tahu hujung pangkal menerima Armel seadanya tanpa mengetahui niat sebenar bakal isterinya itu.


Kehidupan Armel Aisya dan Zill Faezrul tidak seperti pasangan suami isteri yang lain. Sikap Zill yang kerap menghilangkan diri beberapa hari dan kemudian muncul semula menimbulkan tanda tanya di hati Armel. Disebabkan ego yang tinggi, Armel hanya mendiamkan diri walaupun hatinya melonjak-lonjak ingin tahu apakah pekerjaan sebenar suaminya itu.


Hubungan di antara Armel dan bekas teman lelakinya bertambah baik tanpa Armel mengetahui yang lelaki itu mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya. Sehinggalah suaminya datang menyelamatkan Armel daripada diapa-apakan oleh bekas teman lelakinya itu. Selepas insiden itu, hubungan Armel dan ibunya bertambah baik kerana Armel telah menyesali segala perbuatannya terhadap ibunya dulu. Dalam pada itu, Armel ingin memulakan kehidupan baru dan mula menerima kehadiran Zill Faezrul di dalam hidupnya. Rupa-rupanya suaminya itu seorang juruterbang. Patut la asyik menghilang aje kerjanya. Zill Faezrul bercerita semula tentang pertemuan pertama dengan Armel dan menyatakan isterinya itulah yang seringkali muncul di dalam mimpinya setelah solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk akan jodohnya itu. Armel dapat menerima segalanya dengan hati yang terbuka.


Zill dan Armel hidup bahagia tetapi tidak lama apabila Irene mula mencuba untuk memporak perandakan rumah tangga mereka. Disebabkan satu cerita yang tidak benar telah menyebabkan Armel meninggalkan Zill seorang diri.Kemuncak cerita ini apabila Irene bertindak dengan menikam Zill dan akibatnya Irene telah ditangkap polis. Kesudahannya, Armel telah mengetahui cerita yang sebenar mengenai Irene daripada kawan Irene sendiri. Armel dan Zill akhirnya hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Tamat.




Review kali ni macam kureng sikit tak tahu la kenapa. Mungkin sebab Cikgu Faiz dah lama habis membaca novel ni jadi tak berapa nak ingat secara lengkap jalan ceritanya. Sekarang ni pon Cikgu Faiz dalam proses nak habiskan novel terbaru pula. Huhu. Itu yang otak agak berpinar-pinar tu. Banyak cerita nak kena ingat balik. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Pertandingan Reka Cipta Bahan Inovasi Guru Prasekolah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 25 Jun 2015


Pagi semalam telah diadakan Pertandingan Reka Cipta Bahan Inovasi Bagi Guru-Guru Prasekolah peringkat daerah Petaling Perdana. Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Seksyen 18 Shah Alam. Ini merupakan aktiviti yang wajib disertai oleh semua guru prasekolah sama ada secara individu atau berkumpulan. Cikgu Faiz memilih secara berkumpulan. Pada hari tersebut wakil kumpulan sahaja yang datang untuk membentangkan bahan yang telah dibuat.







Inilah bahan inovasi dari kumpulan Cikgu Faiz. Nama kumpulan kami 'PU CREATIVE'. PU tu bermaksud Puchong Utama. Hihi. Simple je bahannya. Inovasi ini diberi nama 'Roda Pintar'. Kami cuma perlu membina tapak roda pintar sahaja kerana semua kad-kad yang digunakan memang dah ada di kelas Cikgu Faiz. Cikgu Faiz cuma beli gam uhu je. Barang-barang lain semua guna yang dah sedia ada. Jimat tak jimat la kan. Huhu.



Kad imbasan ni memang dah lama Cikgu Faiz siapkan sebab memang nak guna dalam kelas. Hihi. Nasib baik ada kad ni. Kebetulan printer buat hal pulak tak dapat nak print bahan. Guna yang ni je. Senang. Huhu.



Suasana sebelum pertandingan bermula. Semua sedang sibuk menyusun atur bahan inovasi masing-masing. Cikgu Faiz memilih untuk duduk diam diam sebab hati ni dah mula rasa tak tenang. Huhu. Biasa la. Nerves. Hihi.



Sebaik sahaja pertandingan dimulakan. Juri menilai inovasi peserta individu dahulu. Berdebar-debar rasanya jantung ni. Huhu.




Semakin menghampiri nampaknya. Tiba-tiba rasa seram sejuk. Padahal cuma cerita pasal bahan je. Bukan ada apa pon tapi takutnya bukan main lagi. Huhu.




Alamak !! Dah nak dekat la. Huhu.




Bahan inovasi yang bertemakan aiskrim.




Sampai juga giliran Cikgu Faiz. Mula-mula tu memang gugup tapi bila dah asyik bercakap tu baru okey sikit. Hihi.




Roda Pintar ni bukan sahaja untuk mengenal ABC tetapi boleh digunakan untuk mengeja perkataan dan mengajar tajuk bertema. Bila dah selesai giliran Cikgu Faiz barulah bersemangat nak tengok kawan-kawan punya bahan. Kalau tak duduk je sebab nerves punya pasal. Huhu. Ini antara bahan-bahan inovasi yang Cikgu Faiz sempat rakamkan gambarnya.












Yeay... terus dapat sijil. Ini yang penting. Hihi. Sebagai bukti penyertaan. Huhuhu.




Baru ada mood nak selfie. Kihkih.



Ini merupakan pemenang bagi kategori berkumpulan. Tempat ketiga.



Pemenang di tempat kedua. Memang gigih la nak buat minion ni. Tapi takpe. Berbaloi sebab sangat menarik dan macam-macam aktiviti boleh buat dengan minion ni. Tahniah !!! Tempat pertama dan pemenang kategori individu tak sempat nak ambik gambar. Hihi. Tamat sudah satu bab. Lepas ni akan ada aktiviti lain pulak. Huhu. Sekian.




Yang menaip,

Pabila Anak Murid Berpuasa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 23 Jun 2015


Alhamdulillah hari ini kita telah berpuasa selama 6 hari. Syukur kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmatnya berpuasa di bulan ramadhan al mubarak. Puasa kali ni kurang penat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebab mungkin faktor cuaca dan makanan tambahan yang diambil. Jeng jeng jeng. Itu nanti Cikgu Faiz cerita ye. Sekarang nak ambik mood dulu sebab dah lama tak update blog. Hihi. Untuk permulaan ni Cikgu Faiz nak update entri yang simple dulu.




Ambik ni. Gambar selfie dengan anak-anak murid pagi tadi. Haha. Semuanya berpuasa tau. Tengok tu ada yang muka monyok je. Untuk mengelakkan murid berasa bosan jadi apa salahnya sekali sekala cikgu ajak murid-murid selfie kan. Hihihi. Esok tak dapat nak selfie lagi sebab Cikgu Faiz tak masuk kelas. Ada aktiviti luar. Hari Khamis kita selfie lagi ye anak-anak. Huhu. Layan je la kepala cikgu ni. Hihi.


Okey la. Itu je nak cerita sebenarnya. Cikgu Faiz nak blogwalking sekejap melawat rakan-rakan dan dah berkunjung ke sini. Sehingga berjumpa lagi di lain entri. Dadaaaa...


Yang menaip,

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 11 Jun 2015


giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom


Ohsem kan hadiah-hadiahnya. Dah lama Cikgu Faiz tak join giveaway ni. Harap-harap ada rezeki nanti. Hihi. Kepada yang ingin turut serta boleh klik banner besar di atas tu. Sekian.


Yang menaip,


Cendol Gemuk di Bentong



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 10 Jun 2015


Bersua lagi kita. Kali ini Cikgu Faiz bersiaran dari Bentong Pahang. Alhamdulillah, hari ni baru dapat berehat dekat rumah. Semalam ada exam di UPSI. Petang ni ingat nak ke bandar beli susu dan pampers Hannani. Katanya pampers drypers yang dijual di TF Value Mart hanya RM31.99 !! Murah tu. Entah ada lagi entah tak. Tengok aje la kot-kot ada rezeki Hannani dapat pampers murah nanti. Huhu.


Bila dah lama tak balik Bentong ni, rasanya banyak jugak perubahan. Sekarang ni dah ada cendol yang boleh dikatakan agak popular jugak di Bentong. Cikgu Faiz memang teruja bila dengar nama CENDOL GEMUK. Hihi. Siapa-siapa yang orang Bentong dan Raub tu tau la CENDOL GEMUK tu.




Ha.... inilah Cendol Gemuk. Kenapa dipanggil Cendol Gemuk? Sebabnya cendol ni tak macam cendol-cendol yang lain. Cendol Gemuk ni memang gemuk gemuk. Masa makan tu rasa cendol ni cair dimulut. Tak payah kunyah. Berbaloi jugak beli semalam. Hihi. Nasib baik la merasa jugak. Pergi semalam pon dalam pukul 12 lebih camtu. Kalau lambat memang habis la cendol ni. Opsss... sorry la Cikgu Faiz tak sempat snap gambar cendol yang dibeli semalam sebab tak sabar nak makan. Hahaha. Harga pon boleh tahan. Cendol Jagung RM3.00 je. Ada lagi perisa lain seperti kacang merah, pulut dan lain-lain. Lupa dah. Hihi. Harga tetap RM3.00 jugak. Encik Suami pulak memilih cendol special RM5.00. Encik Suami komen cendol ni kurang santan la pulak. Huhu. Encik Suami ni bab-bab komen bagi je dekat dia. Huhu. Tapi bagi Cikgu Faiz cendol ni sedap je. Hihi.


Di mana lokasi Cendol Gemuk?


Kepada yang nak merasa Cendol Gemuk ni boleh la datang ke Bentong ye. Hihi. Tempatnya di KFC Bentong (gerai no 1 MDB). Korang juga boleh ke cawangan di Raub jugak ye. Lokasinya di bulatan Hospital Raub. Atau korang boleh usha facebook >>>CENDOL GEMUK. Sekian.


Yang menaip,

Hannani Otai, Abang Mengalah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 03 Jun 2015


Kali ni Cikgu Faiz nak update cerita budak berdua ni. Abang Faqih Hakim dan adik dia Hannani. Kalau korang tengok gambar di bawah ni nampak macam okey je dua beradik ni. Tapi hakikatnya, fuhhh.... Dasyat tau tak. Hihi. Apa yang dasyatnya?



Alangkah indahnya kalau macam ni hari-hari. Abang Faqih dan Hannani ni suka sangat gaduh-gaduh manja. Hannani ni garang sikit. Pantang abang buat salah mula la dia marah abang lepas tu tampar-tampar manja gitu. Huhu. Abang pulak tak boleh nak bergurau. Kena macam tu tangan cepat je nak mencubit adik. Macam ni la hari-hari. Huhu.



Si adik pulak apa yang abang ada dia pon nak. Contohnya, kalau abang tengah buat kerja sekolah dia pon nak buat jugak. Selalunya Cikgu Faiz bagi buku yang dah tak pakai untuk Hannani conteng tapi sekejap je. Lama-lama dia tak nak dah buku tu. Sebabnya Hannani nak buku yang sama macam abang dia. Ada gambar dan boleh warna. Huhu. Itu yang kejap-kejap abang kena kacau dengan adik. Lepas tu mula la cubit mencubit dan menangis. Huhuhu. Ini baru dua orang dan macam ramai je. Meriah sungguh rumah dengan ragam dua beradik ni. Bila bonda pon menyelit dengan budak dua orang tu lagi gamat la jadinya. Huehuehue. Tapi kadang-kadang abang boleh diharap jugak. Kalau Cikgu Faiz tengah masak, boleh jugak dia tolong jaga adik atau tepuk-tepuk adik sampai tido tapi selalunya Hannani tak tido pon. Huhu. Nak jugak mengacau bonda kat dapur.


Tapi rasanya Hannani lagi kental dari abang Hakim sebab ada masanya abang Hakim tak boleh tahan bila kena babap dengan Hannani. Haha. Mula la menangis. Lepas tu adik dia tengok je abang menangis. Bila Cikgu Faiz suruh Hannani pujuk abang pandai pulak dia tak babap dah. Huhuhu. Macam-macam hal dengan anak-anak. Tersenyum sorang-sorang bila teringat keletah dua beradik ni. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

Ephyra Skin Bar - Formulasi Pantas dan Selamat untuk Kulit Putih dan Gebu



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 03 Jun 2015


Sekarang ni Cikgu Faiz telah berjinak-jinak dengan bisnes secara kecil-kecilan iaitu dengan menjual produk ephyra. Salah satu produknya ialah Ephyra Skin Bar yang merupakan sabun untuk mencuci muka dan juga boleh digunakan untuk keseluruhan badan. Nak tahu apa kelebihan Ephyra Skin Bar? Pastikan anda membaca entri ini sehingga habis okey.



Ephyra Skin Bar seberat 50 gram



Ephyra Skin Bar diformulasikan dari 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia terlarang yang memudaratkan. Ianya selamat dan amat sesuai untuk semua jenis kulit, lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.


Kelebihan Ephyra Skin Bar
  • melembapkan kulit wajah
  • kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
  • menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • merawat kulit berjerawat
  • menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • menghilangkan 'blackheads' di muka
  • boleh menghilangkan bau badan
  • sesuai digunakan untuk keseluruhan badan


Potong Ephyra Skin Bar menjadi empat ketul untuk lebih jimat.


Ephyra Skin Bar merupakan sabun cuci muka yang menjadi fenomena terbaru selepas minuman Ephyra dan menjadi pilihan pengguna termasuk selebriti dengan perubahan seawal tiga hari. Ephyra Skin Bar merupakan formula pantas dan selamat (lulus KKM) untuk kulit lebih cerah dan 'flawless'.


Kandungan hebat dalam Ephyra Skin Bar
  • Kolagen - menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit serta menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
  • Glutathione - kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract - paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam.
  • Glycerin - merawat kulit berminyak yang menyumbang kepada masalah jerawat serta masalah kulit lain. Ianya sangat berguna merawat masalah ekzema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit. Selain itu ianya juga memberi kelembapan pada kulit.
  • Seaweed - salah satu agen anti keradangan kepada jerawat. Rumpai laut atau seaweed menjadikan kulit lebih anjal, menaikkan seri wajah serta menjadikan kulit lebih tegang.
  • Banana Enzyme - bertindak sebagai agen anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin, halus dan berseri.
  • Carrot Extract - sifat anti keradangannya membantu menggiatkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata, bersinar serta membantu memperbaiki tisu kulit, melindungi kulit dari pancaran sinar matahari.
  • Rice Bran Oil - bahan semulajadi yang diperkaya dengan kandungan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu merawat penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam di samping memperbaharui dan memperbaiki permukaan kulit.





Harga Ephyra Skin Bar - RM39
Postage - RM6 SM | RM10 SS



Salah satu testimoni dari pengguna Ephyra Skin Bar.


Kalau nak tahu Cikgu Faiz juga merupakan pengguna Ephyra Skin Bar. Pada peringkat permulaan mungkin ada yang mengalami kekeringan kulit di awal penggunaan. Sekiranya ini berlaku, anda boleh mengurangkan penggunaan sabun ini. Contohnya daripada 3x kepada 1x sehari. Lepas seminggu tu cuba cuci 2x sehari. Insha Allah nanti kulit akan okey semula. Inilah yang Cikgu Faiz alami sewaktu mula-mula menggunakan Ephyra Skin Bar. Rasanya cuci 2x pon dan okey. Pagi dan malam / petang.



Sekiranya ada yang berminat untuk mencuba produk ini boleh la menghubungi Cikgu Faiz secara SMS / WhatsApp / Telegram di talian 012-9771902. Anda juga boleh WeChat - cikgufaizcute. Cikgu Faiz juga ada membuat penghantaran produk ini terus ke rumah atau lokasi yang berhampiran. Buat masa ini Cikgu Faiz aktif COD di Puchong dan Seri Kembangan. Kadang-kadang ada balik Senawang dan Bentong (Pahang) tu boleh jugak hantar.


Lagi testimoni Ephyra Skin Bar anda boleh ke fan page >>OCEANLIFE2U<<


Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...