Showing posts with label itik. Show all posts
Showing posts with label itik. Show all posts

Aktiviti Di Prasekolah 2016 | Itik 3D



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu. 21 September 2016


Ini adalah entri yang dah berkurun lama. Tak dapat nak up di blog sebab masalah celcom hari tu. Masa tu idea memang mencurah-curah tapi internet pulak buat hal. Ini merupakan aktiviti di kelas Prasekolah Cikgu Faiz. Pada hari tersebut murid-murid membuat aktiviti fizikal dan estetika. Jom kita tengok murid-murid ini membuat itik 3D.



Mula-mula sekali, murid dikehendaki mewarnakan gambar itik tu cantik-cantik. Boleh ikut warna yang telah dinyatakan pada lembaran kerja. Kalau nak senang, buat satu contoh gambar itik yang telah siap diwarnakan.





Bila dah siap warna, murid boleh menggunting gambar itik mengikut garisan luar gambar. Untuk mengelakkan daripada salah faham, Cikgu Faiz akan tunjuk cara bagaimana nak menggunting gambar itik tersebut. Biasa la murid-murid Prasekolah ni kan. Kadang tu ada yang tersilap gunting.





Bila kita dah tunjukkan cara bagaimana nak gunting gambar itik tu barulah mudah untuk murid menjalankan aktiviti.





Bila dah siap gunting, Cikgu Faiz akan bantu mencantumkan bahagian itik supaya ianya menjadi seperti gambar di atas. Nampak macam itik sedang berenang di kolam.





Senang je kan. Bukan boleh buat di sekolah aje malah di rumah pon sesuai sangat untuk mengisi masa lapang anak-anak. Di sini Cikgu Faiz kongsikan juga lembaran kerja itik comel ni. Rasanya tahun lepas pon Cikgu Faiz ada buat jugak entri pasal itik ni. Budak-budak memang suka sangat kalau buat aktiviti macam ni. Selamat mencuba !


p/s : sumber gambar lembaran kerja dari google.


Yang menaip,

Aktiviti Di Prasekolah : Itik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 27 Jun 2015


Hai... bersua lagi kita di blog ini. Entri kali ni Cikgu Faiz nak cerita tentang aktiviti murid-murid Prasekolah semalam. Salah satu aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid ialah membuat itik.



Macam biasa, Cikgu Faiz akan selfie sementara menuggu murid-murid menyiapkan gambar itik masing-masing. Huhu. Ada jugak yang perasan cikgu nak selfie ye. Hihi.




Haaa..... dah siap pon itik gembo gembo. Bukan main seronok lagi semua sebab dapat buat itik. Hihi. Good job. Nanti boleh bawa balik rumah.




Cantik tak itik kami? Hihi. Lembaran kerja itik ni Cikgu Faiz ambik dekat google je. Dah lupa kat blog mana. Budak-budak seronok dapat buat itik ni sebab bila dah siap nampak macam 2D gitu. Cuma cikgu kena la buat satu contoh itik yang dah siap diwarnakan supaya murid-murid senang nak tengok. Nanti macam-macam pulak warna itik yang muncul. Kikiki. Biasa la budak-budak.



Ini contoh lembaran kerja itik tu. Ikut je step yang dah diberi tu. Lepas tu gunting. Yang dekat bahagian bawah itik tu cikgu la yang kena tolong murid buat. Cikgu Faiz lekat dengan salotape je. Senang. Hihi. Selamat mencuba !!


P/S : Yang dekat rumah pon boleh buat itik ni. Buat dengan anak-anak mesti lagi seronok ^^


Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...