Cash Out Nuffnang Buat Kali Yang Ke-2



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 30 September 2014


Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari terakhir di bulan September ini Cikgu Faiz akan CASH OUT earning Nuffnang setelah menabung selama setahun. Hihi. Lama kan.




Bismillah.... Cikgu Faiz tekan ye. Hihi.




Yeay.... berjaya juga akhirnya. Earning kembali kepada zero. Kena menabung semula la nampaknya. Hihihi.




Agak lama juga Cikgu Faiz kumpul earning kali kedua ni. Kira-kira setahun jugak la.




Malangnya, target RM150 tu tak tercapai. Huuhu. Kena usaha lebih lagi nampak gayanya. Cikgu Faiz memang sengaja tunggu setahun sebab nak tengok banyak mana dapat kumpul. Hihi. Tapi ada juga peningkatan cuma target tak tercapai. Syukur alhamdulillah atas rezeki melalui blog ini. InsyaAllah tahun depan Cikgu Faiz cash out lagi ye. Hihihi. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi klik klik iklan di blog ini. Hanya Tuhan saja dapat membalas. Kepada yang mention sesudah klik iklan tu Cikgu Faiz akan balas semula klik anda itu. Cuma cepat atau lambat saja. Sekian dan terima kasih Nuffnang !!!


P/S : Bulan November dapat la cheque tu. Hihi


Semestinya halal --> SINI


Yang menaip,

CPUV | Sime Darby LPGA 2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 29 September 2014


Dah lama betul tak dapat CPUV secara berterusan daripada Nuffnang. Alhamdulillah hari ini blog ini mendapat CPUV lagi. Terharu dan gembira kerana Nuffnang nampak kembali blog Cikgu Faiz ni. Tu la kan, antara tips nak dapat CPUV kita kena la rajin update blog. Sehari sekali pon dah cukup asalkan ada update setiap hari. Ini yang Cikgu Faiz praktikkan apabila agak lama menyepikan diri kerana sibuk dengan tugasan seharian. Bila dah lama tak update tu Cikgu Faiz akan tingkatkan lagi kepada sehari 2/3 entri.




Itu dia CPUV yang tersangkut di blog ini yang datangnya daripada Sime Darby LPGA 2014. Terima kasih kepada pihak penaja dan Nuffnang. Diam tak diam dah ada 4 CPUV yang sedang berjalan dan kalau tak ada aral, esok Cikgu Faiz akan tekan butang CASH OUT untuk kali yang kedua. Tak sabar rasanya nak merasa duit hasil berblogging. Esok, Cikgu Faiz akan update earning terkumpul dan berapa lama duit tu mengambil masa untuk beranak pinak. Hihi. Akan tercapaikah misi Cikgu Faiz untuk target sebanyak RM150 tu? Nantikan esok ye. Itu pon kalau tiada apa-apa halangan. InsyaAllah. Sekian.


Cinta menyeramkan? --> SINI


Yang menaip,

Novel Terpakai Untuk Dijual



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 27 September 2014


Sekarang ni Cikgu Faiz sedang dalam proses untuk pelupusan koleksi-koleksi novel yang ada di rumah. Caranya dengan menjual kembali novel-novel terpakai tersebut dengan harga yang rendah berbanding harga biasa. Dah nama pon terpakai kan jadi tak boleh la jual ikut harga sebenar. Cikgu Faiz pon tak kisah asalkan novel-novel tersebut dapat dilupuskan secepat mungkin.




Inilah antara koleksi novel kesayangan Cikgu Faiz. Terpaksa lupus sebab susah nak pindah rumah. Banyak sangat barang. Kalau dah duduk rumah sendiri tu lain cerita. Takpe. Nanti boleh kumpul lagi asalkan ada minat membaca. Antara tajuk yang ada :
  • Pilot Cafe - booked
  • Untuk Tiga Hari
  • Kasyah - Lagenda Berakhir - booked
  • Katerina - booked
  • Adam dan Hawa - booked
  • Cinta Tiada Akhirnya
  • Kasih Yang Suci
  • Bukan Sekadar Teman Mesra
  • Kami Dah Kahwinlah
  • Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik - booked



  • Tuan Rumah Pembantu Rumah - booked
  • Kasih Antara Kita
  • Teduhan Kasih
  • Cik Bunga Dan Encik Sombong - booked
  • Setia Hujung Nyawa - booked
  • Cintaku
  • Seindah Sakura


Maaf la Cikgu Faiz tak letak harga sebab bukunya ada di tingkat atas. Cikgu Faiz tak ingat harganya berapa. Paling murah Cikgu Faiz jual RM10 je. Sekiranya ada yang berminat dengan novel-novel terpakai ni boleh la SMS/WhatsApp Cikgu Faiz di talian 012 977 1902. Harga tu tak termasuk postage ye. Kondisi buku berada di dalam keadaan yang baik. Kalau ada buku yang tak berapa nak cantik tu boleh dapat lagi murah.


Sebenarnya bukan ini sahaja koleksi novel Cikgu Faiz. Ada lagi tapi tak tahu mana duduknya. Huhu. Hari tu pindah banyak sangat barang. Dekat kampung pon ada sikit. Nanti Cikgu Faiz update lagi ye. Hihi. Sekian.


Jom pergi bercuti --> SINI


Yang menaip,


CPUV | Proton PCC



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 27 September 2014


Semalam Cikgu Faiz dapat CPUV SENHENG kan. Semalam jugak blog ini mendapat satu lagi CPUV. Maksudnya semalam ada dua ketul CPUV. Hihi. Cuma CPUV tu masuk lambat sikit.




Itu dia CPUV yang keempat untuk bulan September ini yang datangnya daripada Proton PCC. Mungkin kempen ni pasal kereta terbaru proton kot. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh la klik pada iklan tersebut. Terima kasih kepada Proton dan Nuffnang.


Lagi beberapa hari Cikgu Faiz akan tekan butang CASH OUT buat kali yang kedua. Agak-agak mencapai target tak? Hihi. Target kali ini RM150 je. Tunggu Cikgu Faiz update ye. He. Sekian.


Yang berani je boleh tengok tau --> SINI


Yang menaip,

CPUV | SENHENG Online Store



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 26 September 2014


Alhamdulillah... berkat hari Jumaat pada hari ini Cikgu Faiz dapat CPUV lagi. Syukur... Satu pergi, satu mari. Hihi.




CPUV ketiga untuk bulan September 2014 ini datangnya daripada SENHENG Online Store. Apa ye trademark Senheng? "Beza memang berbeza". Maafkan Cikgu Faiz jika tersilap. Ingat-ingat lupa la. Huhuhu. Akhir kata, terima kasih kepada Nuffnang dan Senheng.


Ada apa dengan Running Man? Tengok SINI


Yang menaip,

Giveaway 2014 Mialiana.com



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 20 September 2014



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....


Memang murah --> SINI


Yang menaip,

Cara Menyemak Kedudukan Blog Di Alexa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 19 September 2014


Teringat pula hari tu ada yang bertanya tentang cara bagaimana kita nak semak kedudukan blog di ALEXA. Entri tu di SINI





Caranya mudah saja. Korang cuma perlu pergi ke laman web http://www.alexa.com/ dan masukkan url blog. Lepas tu klik GO. Boleh rujuk gambar di bawah.





Senang bukan? Selamat mencuba.


Saya suka makan --> SINI


Yang menaip,

Liebster Award



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 19 September 2014


Liebster Award kembali lagi. Bagi mereka yang tak tahu, Liebster Award tu korang yang ditag dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Lepas tu korang kena bagi soalan dan tag pada rakan-rakan yang lain pula. Baiklah, kali ini Cikgu Faiz telah ditag oleh blogger SERBA SALAH. Anda sudah bersedia? Jom kita mulakan.




Sebelum itu jom kita lihat apa syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh mereka yang tercalon di Liebster Award ni. Antara syarat-syaratnya ialah :

  • Sertakan nama dan URL rakan anda yang telah dicalonkan di Liebster Award ni.
  • Jawab 11 soalan yang diajukan.
  • Anda wajib mencalonkan 11 blog lain.
  • Cipta 11 soalan anda sendiri dan mereka yang tercalon wajib menjawab kesemua soalan tersebut.
  • Maklumkan kepada 11 blog yang tercalon supaya mereka menjawab soalan anda itu.

Sekarang masa untuk menjawab 11 soalan yang diajukan.....

1. Apa erti kehidupan pada anda?
Erti kehidupan pada pendapat Cikgu Faiz ialah bagaimana kita memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Sesuatu perkara yang membuatkan kita belajar sesuatu darinya.


2. Suka baca buku? Apa jenis buku?
Cikgu Faiz suka baca novel cintan cintun terutamanya novel yang diadaptasi ke drama tv. Hihi.


3. Apa hobi anda di masa lapang?
Hobi.... Hmmm.... Cikgu Faiz suka membaca novel seperti di atas, melayari internet, mengemas rumah, berniaga secara dalam talian. Hihi.


4. Apa impian anda?
Teringin sangat nak ada rumah sendiri memandangkan umur pon dah masuk 30an. Doakan impian Cikgu Faiz ni cepat-cepat menjadi kenyataan.


5. Makanan kegemaran anda?
Banyak sangat. Paling suka makan sambal petai/jering, gulai tempoyak/sambal tempoyak, asam pedas, laksa, mi kari. Pendek kata semua masakan kampung la.


6. Suka dengar lagu genre apa?
Balada, hip hop. Tak tentu jugak. Ikut pada kesedapan lagu tersebut. Hihi. Lagu korea pon suka jugak.


7. Apa yang anda lihat pada persekitaran anda?
Suasana yang sangat mendamaikan sebab sekarang ni Cikgu Faiz berada di kampung halaman. Hihi.


8. Apa pandangan anda terhadap masyarakat masa kini?
Masyarakat masa kini terlalu obses dengan gadjet. 


9. Apa harapan anda untuk Malaysia?
Semoga negara Malaysia akan terus aman dan damai. Takut bila dengar macam-macam perkara yang terjadi di negara lain.


10. Apa ketakutan anda?
Rusuhan kaum.


11. Sertakan doa dan pengharapan anda.
 Cikgu Faiz berharap semoga diberi kekuatan yang berterusan untuk mendidik anak bangsa walaupun sekarang ni orang luar selalu mencari kesilapan cikgu. Semoga dimurahkan rezeki untuk terus menyara kehidupan bersama keluarga tercinta. Amin.


Fuhhh.... selesai juga menjawab 11 soalan. Sekarang ni masa untuk Cikgu Faiz mencalonkan 11 rakan blogger yang lain pula. Mari kita lihat siapa yang kena...



Tahniah kepada yang tersenarai. Harap korang dapat menjawab 11 soalan Cikgu Faiz ni dengan hati yang tulus ikhlas.


1. Kenapa korang suka berblog?
2. Macam mana korang boleh terjebak dengan dunia blog?
3. Tempat menarik yang korang pernah sampai.
4. Apa haiwan kesayangan korang?
5. Bila stress apa yang korang selalu buat?
6. Korang pakai handphone jenama apa? Apa yang menarik tentang handphone tu?
7. Suka masak apa?
8. Kenangan pahit yang korang pernah alami.
9. Suka selfie? Kenapa?
10. Filem yang paling best korang pernah tonton. Kenapa?
11. Apa yang korang suka tentang blog Cikgu Faiz?


Selamat menjawab !! Jangan lupa tag Cikgu Faiz bila korang dah jawab ye. Sekian.


Comel --> SINI


Yang menaip,

CPUV | RMK Autumn / Winter 2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 18 September 2014


Yess !! Bulan September ni nuffnang dengan berbesar hati memberi seketul CPUV untuk blog ini.




CPUV kali ini merupakan kempen RMK Autumn / Winter 2014. Nak tahu lebih lanjut lagi boleh klik pada iklan tersebut ya. Nak tunggu iklan tu timbul tak jugak muncul. Akhir kata terima kasih kepada nuffnang. Sekian.


Biskut sedap --> SINI


Yang menaip,

Ephyra Di Rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 17 September 2014


Pada 06 September yang lalu, kalau korang perasan EPHYRA ada di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Bagi mereka yang tak sempat atau terlepas nak menonton segmen EPHYRA tu boleh la menontonnya di bawah ini. Jom kita dengar apa kata pengasas dan duta EPHYRA sendiri.




Iklan paling comel --> SINI


Yang menaip,

Terlupa Nak Minum Ephyra



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 16 September 2014


Selamat Hari Malaysia buat semua warganegara Malaysia !!! Semoga Malaysia terus aman dan makmur dari segala anasir-anasir yang tak baik. 


Malam tadi sebelum tidur, Cikgu Faiz boleh pulak terlupa nak buat satu benda yang dah menjadi rutin pada setiap malam. Mulanya nak tunggu Hannani tidur dulu tapi boleh pulak terlelap sampai pukul 4 pagi. Terus tak buat. Rutin ni memang wajib tau sebab untuk kulit dan mengekalkan kecergasan pada siang hari. Hihi.




Satu sachet ephyra ini la yang Cikgu Faiz maksudkan. Ephyra merupakan minuman kolagen yang sangat sedap untuk kesihatan luaran dan dalaman badan kita. Yang bestnya bila minum ephyra ni badan akan rasa bertenaga je tau. Tak mudah penat. Sentiasa cergas.




Macam ni lah rupa minuman ephyra setelah dibancuh. Rasanya macam air oren ada masam manis sikit. Yang pasti memang sedap. Cara nak bancuh pon senang. Cuma goncang sampai serbuk ephyra larut dan sebati di dalam air. Nak kacau macam biasa pon boleh.


Sebab apa Cikgu Faiz minum ephyra?

  • Kulit dan bibir kering. Masalah ini memang selalu menghantui Cikgu Faiz. Tak selesa bila kulit dan bibir kering. Bila jadi macam tu, keyakinan diri pon semakin berkurang.
  • Kulit muka berminyak. Ini pon satu masalah jugak terutama bila pakai krim muka kulit memang senang berminyak.
  • Badan cepat penat. Tugasan seharian memerlukan tenaga yang berpanjangan.




Harga ephyra ni pon okey. Tak salah kalau kita laburkan sedikit duit untuk kebaikan diri sendiri. Dulu Cikgu Faiz ni memang tak pernah langsung cuba mana-mana produk kecantikan ni sebab harga. Hihi. Tapi, selepas mencuba ephyra terus jatuh cinta dan rasa berbaloi sangat. Gambar di atas tu merupakan kotak ephyra untuk percubaan punya. Maksudnya kepada yang baru nak mencuba tu boleh la beli pek percubaan ni. Sekotak mengandungi 10 sachets. Harganya cuma RM68 untuk semenanjung Malaysia dan RM78 untuk Sabah dan Sarawak.




Gambar di atas ni pula pek premium untuk sebulan. Kalau beli pek premium ni korang akan dapat shaker dan beg recycle ephyra secara percuma. Harga pek premium ini ialah RM197 untuk semenanjung Malaysia dan RM207 untuk Sabah dan Sarawak. Ephyra ni minum satu sachet pon dan cukup tapi kalau korang nak dapat hasil yang lebih bagus boleh minum dua sechets iaitu pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Kalau korang minum sekali je boleh pilih sama ada nak minum pada waktu pagi sebelum sarapan atau pada waktu malam sebelum tidur.


Kos penghantaran untuk ephyra ini adalah percuma jadi tak perlu risau jika korang kena tambah duit untuk postage. Hihi. Ephyra sesuai untuk semua masalah kulit seperti jerawat, jeragat, parut jerawat, ekzema, resdung, alergi makanan laut, kulit kusam, tona kulit tidak sekata, ketidakseimbangan hormon, sakit-sakit sendi, metabolisma rendah, kencing manis, senggugut, migrain dan banyak lagi.


Sekiranya ada yang berminat nak mencuba ephyra ni atau nak tahu lebih lanjut lagi boleh la terus sms / whatsapp Cikgu Faiz di talian 012-9771902.


Yang menaip,

Cara Pakai Tudung Aidijuma White Label



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 15 September 2014


Baru sekejap ni belek-belek akaun nuffnang. Tengok dekat bahagian keywords ada la empat keywords tapi ada satu yang menarik perhatian Cikgu Faiz.




Haaa... nampak tak tu? 'Cara pakai tudung aidijuma white label'. Hihi. Cikgu Faiz tak pandai nak buat tutorial tudung ni sebab Cikgu Faiz pon baru je belajar sikit-sikit. Kepada yang nak tahu cara-cara nak pakai tudung aidijuma boleh la join group tutorial >JUST TUTORIAL #BAWAL AIDIJUMA< di facebook. Harap dapat membantu. Sekian.


Cikgu Faiz suka pakai hp jenama INI


Yang menaip,

Jalan-Jalan di Mydin Seremban 2



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 15 September 2014


Petang semalam Cikgu Faiz berjalan-jalan di Mydin Seremban 2. Pertama kali ke sana walaupun Encik Suami orang Seremban. Sedih kan. Huhu. Turut serta adik ipar dan keluarganya. Nasib agak baik petang tu sebab masa sampai tu orang tak ramai.




Masa tengah dalam perjalanan. Hihi. Hannani buat muka serius. Nak tergelak pulak tengok.




Suka Hannani dapat berjalan hari ni. Sebelum gerak tu Hannani dah puas tido jadi dia tak meragam masa berjalan. Bonda pon syok la window shopping. Hihi.




Masuk je Mydin terus nampak kedai ni. Hahaha. Memang itu pun salah satu sebab utama ke sini. Hikhik. Nasib memang baik sebab masa sampai tu takde orang langsung dekat dalam kedai. Best giler la. Pilihan pon banyak. Rambang mata dibuatnya.




Cukup la dua helai je hari ni. White label keluaran terbaru. Yang dekat rumah pon ada yang tak pakai lagi. Hihi. Lepas tu barulah mula shopping sikit-sikit. Sebenarnya nak beli pampers tapi terbeli benda lain jugak. Haha. Biasa la tu kan. Takde pulak gambarnya.




Selepas selesai membeli-belah perut pon dah lapar jadi singgah di Restoran Dapur Penyet dulu. Akibat terlalu lapar Cikgu Faiz tak sempat nak ambik gambar. Huhuhu.




Ini je la yang ada pon. Gambar dengan biras Cikgu Faiz, orang yang telah memperkenalkan bawal Aidijuma tu. Haha. Dalam masa beberapa minggu je Cikgu Faiz dah jadi peminat tegar Aidijuma.




Cuba tengok tudung kami berdua tu. Hihi. Masa dekat Mydin pon nampak ramai yang pakai tudung Aidijuma ni. Hihi. Oh ya, tudung Aidijuma ni kadang-kadang tak payah gosok pon takpe sebab tak nampak berkedut sangat. Tengok pada coraknya. Sekian.


Ish ish ish --> KLIK


Yang menaip,

Terjebak Dengan Tudung Bawal Aidijuma



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 14 September 2014


Sekarang ni Cikgu Faiz telah mula berjinak-jinak dengan tudung bawal Aidijuma. Dulu selalu juga dengar nama tudung tu tapi tak terpengaruh lagi. Lepas Cikgu Faiz kirim sehelai tudung dekat biras, mintak tolong dia belikan, sejak dari itu rasa macam berminat pulak dengan tudung tu. Hihi.




Aidijuma. Jenama tudung bawal yang menjadi kegilaan wanita masa kini termasuk Cikgu Faiz. Hikhik. Yang best pasal tudung ni sebab bidangnya besar. Corak pulak ada macam-macam. Nampak ceria je kan. Yang ni Cikgu Faiz beli dekat concept store di Bukit Jelutong. Semua white label.




Yang best lagi pasal tudung ni sebab boleh digayakan dengan pelbagai gaya. Sekarang ni Cikgu Faiz dah join satu group tutorial yang mengajar cara-cara nak pakai tudung Aidijuma ni. Biras jugak la yang tolong masukkan Cikgu Faiz dalam group tu. Hihi. Mana yang nampak senang tu boleh la cuba kan. Kalau korang yang peminat tegar Aidijuma tu nak join sekaki pon boleh. Klik >SINI< Tudung atas tu pula Cikgu Faiz beli masa dekat HALFEST baru-baru ini. Ada white label dan black label.




Tak berapa pandai lagi nak belit-belit tudung. Ini pon gaya yang paling mudah. Belasah je la janji selesa. Hihi. Yang tak bestnya pasal tudung ni pulak stok cepat sangat habis. Itulah penangan Aidijuma yang tengah meletup-letup sekarang ni. Siapa dekat sini sama macam Cikgu Faiz, peminat tudung Aidijuma? Jom share koleksi tudung masing-masing. Hihi. Sekian.


Saya anak Malaysia --> SINI


Yang menaip,

Kedudukan Alexa, Corot



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 13 September 2014


Akibat agak lama tidak update blog secara konsisten, ranking Alexa terus jatuh merudum.





Ranking Alexa 1 - 13,646
Ranking Alexa 2 - 12,773
Ranking Alexa 3 - 9,654
Ranking Alexa 4 - 18, 957 (terkini - 13 Sept 2014)


Entri sebelum ini di SINI


Fuhhh.... memang jatuh gila-gila la. Kalah ranking yang pertama sekali tu. Haha. Sekarang ni masa untuk update blog memang tak menentu sangat. Untuk pengetahuan semua, Cikgu Faiz ni cuma blogger suku masa. Sejak dah ada Hannani ni lagi la sibuk. Mana taknya, Hannani tak boleh langsung tengok bonda dia duduk depan laptop tau. Bila dia dah tidur pulak Cikgu Faiz nak kena buat kerja yang dah tertangguh. Sebab tu la blog ini seakan terabai.


Apa pun, Cikgu Faiz akan cuba perbaiki kedudukan Alexa blog ni. Tak nak la corot macam ni. Hihihi. Sekian.


Cantik --> SINI


Yang menaip,

Pendaftaran Selesai



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 11 September 2014


Alhamdulillah tadi Cikgu Faiz berjaya juga mendaftar untuk semester 6 PJJ UPSI. Line internet tak berapa nak okey. Kejap ada kejap takde. Ke memang dekat sini line celcom tak kuat? Hmmm...





Heh... sekarang ni semuanya secara online tapi kalau internet buat hal memang sakit la. Huhu. Nasib baik esok akan mula bercuti selama seminggu jadi dapat la Cikgu Faiz bersiap sedia untuk mencari apa-apa yang patut untuk assignment nanti. Hihi. Kesibukan akan mula melanda diri ini dan blog ini bakal terabai. Hukhuk. Sekian.


Terliur pulak tengok makanan ni --> TENGOK


Yang menaip,

Semester Baru PJJ Sudah Bermula



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 10 September 2014




Semester baru sudah bermula. Ada 6 subjek yang mesti diharungi. Setiap satu subjek ada dua tugasan. Jadi kesemuanya ada 12 tugasan. Fuhhh.... bermulalah episod kesibukan membuat assignment. Semoga Cikgu Faiz dapat menyiapkan semua tugasan tersebut. Amin.


HP lama saya --> SINI


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...