Shopping Di Halfest, Pusat Pameran Mines



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 07 September 2014


Pagi semalam Cikgu Faiz dan keluarga berkesempatan meluangkan masa mencuci mata di HALFEST Halal Fiesta Malaysia. HALFEST ini merupakan Ekspo Halal Terbesar Malaysia yang telah diadakan bermula pada 03 - 07 September 2014 bertempat di Pusat Pameran MINES, Seri Kembangan, Selangor. Tanpa membuang masa mari kita saksikan gambar-gambar yang sempat handphone Cikgu Faiz dan Encik Suami rakamkan. Hihi.




Masa ni baru je sampai dan tengah sibuk nak cari parking. Cikgu Faiz dah teruja habis. Hihi.




Lepas je parking kereta terus masuk ke dalam bangunan ingatkan dah sampai la kan tapi rupa-rupanya kena naik tangga entah berapa tingkat. Tak pasal-pasal pagi tu kena exercise pulak. Hihihi. Gambar atas tu masa dah sampai ke Pusat Pameran, kena mendaftar dulu dengan mengisi borang, lepas tu baru dapatkan pas pelawat untuk masuk ke Pusat Pameran.




Masuk masuk je terus naik ke tingkat atas dulu yang menempatkan HIJABSTERZ iaitu terdiri daripada pakaian, tudung, minyak wangi dan aksesori lain. Cikgu Faiz pulak dok tercari-cari booth Aidijuma. Hihi. Nasib baik la masa tu tak ramai orang jadi dapat la memilih tudung dalam keadaan yang tenang. Hasilnya, dapat la 3 helai tudung seperti di atas. Hihi. Jumlah keseluruhan 3 helai tudung tu RM40. Kebanyakan booth yang terdapat di situ milik artis tempatan kita seperti Siti Nordiana, Memey Suhaiza, Norkhiriah, Mizz Nina, Fazreen Rafi, Yatt Hamzah, Ustaz Don dan ramai lagi.




Boleh pulak terjumpa booth yang menjual baju kurung kanak-kanak. Apa lagi terus tanya tuan kedai baju kurung saiz Hannani. Nasib baik ada. Hihi. Hannani saiz 1 je. Rambang mata dibuatnya dengan pilihan warna dan fesyen baju kurung tu dan akhirnya Cikgu Faiz dan Encik Suami memilih baju kurung seperti gambar di atas. Harga sepasang baju ni RM45 tapi tuan kedai bagi RM35 je. Hihi.




T-shirt Replika Al-Qassam ni pulak Encik Suami beli di booth milik Siti Nordiana. Ini merupakan t-shirt jualan amal di mana setiap RM5 dari setiap pembelian t-shirt ini akan disumbangkan ke tabung Gaza. Harga sehelai t-shirt ni RM39. Lepas tu tuan kedai mintak kami bergambar pulak untuk dimasukkan ke laman instagram. Huhuhu.




Seterusnya kami singgah di booth yang menjual produk Sutra Wellness. Yang menariknya produk ni adalah untuk menghalau serangga seperti nyamuk. Elok sangat la tu. Hannani ni selalu sangat kena gigit nyamuk. Dah sembur ridsect pon nyamuk tetap ada. Kebal pulak tu. Dengan adanya produk ni kita hanya perlu sembur ke udara untuk menghalau serangga. Menurut tuan kedai lagi, kalau anak kita degil atau nakal kita boleh sembur dan selawat serta berdoa semoga anak kita tu lembut hati dan tak nakal. Kiranya produk ni macam aroma terapi la. Cikgu Faiz dan Encik Suami memilih bau sweet lavender dan citrus berry. Harga sebotol RM20 tapi kalau beli 2 botol RM36 je.




Hihi. Sebenarnya Cikgu Faiz nak bergambar dengan pelakon Norkhiriah tapi memandangkan beliau tengah sibuk melayan pelanggan yang datang maka Cikgu Faiz bergambar dengan pelakon Fazreen Rafi. Ala, yang dulu berlakon drama SpaQ tu. Hihi. Hensem kan :p Tengok la Hannani punya toleh. Huhu.




Yang ni pulak Pen Perfume. Encik Suami mintak Cikgu Faiz belanja. Huhu. Comel je pen perfume ni. Bentuk macam pen. Encik Suami memilih bau classic dan lovely. Harga 2 pen perfume ni RM20.




Yang ni pon Encik Suami mintak Cikgu Faiz belanja. Huhu. Susu kambing segar. Sedap diminum ketika sejuk. Harga 2 botol ni RM10.




Yeay... akhirnya sampai jugak di booth Ephyra. Sebenarnya masa mula-mula masuk tu dah nampak booth ephyra ni tapi saje nak jalan tingkat atas dulu sebab malas nak bawak banyak barang. Hihi. Dah nak balik tu baru pergi ke booth ephyra. Nasib baik jugak sebab tak ramai orang di booth jadi dapat berjumpa dengan Puan Amiza Amiruddin selaku pengasas Ephyra itu sendiri. Sempat berbual sekejap lepas tu bergambar. Hihi. Terima kasih kak di atas layanan yang diberikan. Lepas dapat panggilan daripada kak Miza haritu dapat pulak berjumpa in person dengan akak. Berbunga-bunga hati saya ni. Hihi.




Sempat beli stok ephyra selama 30 hari. Kalau nak tahu ephyra ada buat promo di HALFEST ni. Kalau beli 3 kotak pek percubaan ni cuma RM160 je. Dapat percuma shaker ephyra, beg mekap ephyra dan satu lagi produk terbaru daripada ephyra. Hihi. Nak tahu apa? Kena la datang sendiri dan beli ephyra ye. Hihihi. Jangan marah nanti kena jual. Nak beli ephyra dengan Cikgu Faiz pon boleh. PM je dekat facebook ya atau boleh sms atau whatsapp 012-9771902.




Hannani cari apa pulak tu? Ni sebelum keluar dari Pusat Pameran. Sebelum balik tu ada staff dari booth apa entah mintak Cikgu Faiz buat ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha. Terkejut dibuatnya. Tak pasal-pasal pulak kena buat ucapan raya. Haha. Cikgu Faiz suruh Encik Suami yang cakap. Lawak betul. Diorang nak buat iklan untuk bank.




Berehat sebentar sebelum berangkat pulang ke rumah. Penat berjalan tapi puas hati. Hannani pon elok je tak meragam. Suka dia dapat berjalan. Kepada yang belum berkesempatan untuk datang tu boleh la bawak keluarga anda bersama-sama mencuci mata di sini. Kebanyakan yang datang dengan keluarga masing-masing. Selain itu dapat juga kita menyokong barangan produk bumiputera kita kan. Hari ni last tau bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam je. Sekian.


Kesian dia dikecam --> BACA


Yang menaip,

4 comments:

Dunia Zumal said...

Bestnyer dapat pergi Halfest ^_^

Nadratul Syazwana said...

Macam best je Halalfest ni. Tp kita tgh dekat Penang study T.T Ruginyaaa

Thomas Lee said...

Dah lama tak pergi Mines.

Mimie said...

produk ephyra yg baru??apa tuh??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...