Liebster Award



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 19 September 2014


Liebster Award kembali lagi. Bagi mereka yang tak tahu, Liebster Award tu korang yang ditag dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Lepas tu korang kena bagi soalan dan tag pada rakan-rakan yang lain pula. Baiklah, kali ini Cikgu Faiz telah ditag oleh blogger SERBA SALAH. Anda sudah bersedia? Jom kita mulakan.




Sebelum itu jom kita lihat apa syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh mereka yang tercalon di Liebster Award ni. Antara syarat-syaratnya ialah :

  • Sertakan nama dan URL rakan anda yang telah dicalonkan di Liebster Award ni.
  • Jawab 11 soalan yang diajukan.
  • Anda wajib mencalonkan 11 blog lain.
  • Cipta 11 soalan anda sendiri dan mereka yang tercalon wajib menjawab kesemua soalan tersebut.
  • Maklumkan kepada 11 blog yang tercalon supaya mereka menjawab soalan anda itu.

Sekarang masa untuk menjawab 11 soalan yang diajukan.....

1. Apa erti kehidupan pada anda?
Erti kehidupan pada pendapat Cikgu Faiz ialah bagaimana kita memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Sesuatu perkara yang membuatkan kita belajar sesuatu darinya.


2. Suka baca buku? Apa jenis buku?
Cikgu Faiz suka baca novel cintan cintun terutamanya novel yang diadaptasi ke drama tv. Hihi.


3. Apa hobi anda di masa lapang?
Hobi.... Hmmm.... Cikgu Faiz suka membaca novel seperti di atas, melayari internet, mengemas rumah, berniaga secara dalam talian. Hihi.


4. Apa impian anda?
Teringin sangat nak ada rumah sendiri memandangkan umur pon dah masuk 30an. Doakan impian Cikgu Faiz ni cepat-cepat menjadi kenyataan.


5. Makanan kegemaran anda?
Banyak sangat. Paling suka makan sambal petai/jering, gulai tempoyak/sambal tempoyak, asam pedas, laksa, mi kari. Pendek kata semua masakan kampung la.


6. Suka dengar lagu genre apa?
Balada, hip hop. Tak tentu jugak. Ikut pada kesedapan lagu tersebut. Hihi. Lagu korea pon suka jugak.


7. Apa yang anda lihat pada persekitaran anda?
Suasana yang sangat mendamaikan sebab sekarang ni Cikgu Faiz berada di kampung halaman. Hihi.


8. Apa pandangan anda terhadap masyarakat masa kini?
Masyarakat masa kini terlalu obses dengan gadjet. 


9. Apa harapan anda untuk Malaysia?
Semoga negara Malaysia akan terus aman dan damai. Takut bila dengar macam-macam perkara yang terjadi di negara lain.


10. Apa ketakutan anda?
Rusuhan kaum.


11. Sertakan doa dan pengharapan anda.
 Cikgu Faiz berharap semoga diberi kekuatan yang berterusan untuk mendidik anak bangsa walaupun sekarang ni orang luar selalu mencari kesilapan cikgu. Semoga dimurahkan rezeki untuk terus menyara kehidupan bersama keluarga tercinta. Amin.


Fuhhh.... selesai juga menjawab 11 soalan. Sekarang ni masa untuk Cikgu Faiz mencalonkan 11 rakan blogger yang lain pula. Mari kita lihat siapa yang kena...



Tahniah kepada yang tersenarai. Harap korang dapat menjawab 11 soalan Cikgu Faiz ni dengan hati yang tulus ikhlas.


1. Kenapa korang suka berblog?
2. Macam mana korang boleh terjebak dengan dunia blog?
3. Tempat menarik yang korang pernah sampai.
4. Apa haiwan kesayangan korang?
5. Bila stress apa yang korang selalu buat?
6. Korang pakai handphone jenama apa? Apa yang menarik tentang handphone tu?
7. Suka masak apa?
8. Kenangan pahit yang korang pernah alami.
9. Suka selfie? Kenapa?
10. Filem yang paling best korang pernah tonton. Kenapa?
11. Apa yang korang suka tentang blog Cikgu Faiz?


Selamat menjawab !! Jangan lupa tag Cikgu Faiz bila korang dah jawab ye. Sekian.


Comel --> SINI


Yang menaip,

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

tahniah berjaya menyiapkan

Ct NoArizah Aris said...

Huhu...Salam kenal gak...tima kasih sudi mengetag blog RKTS ...dh lama x kono tag skrg kono lagi...ambik masa Nk men jawabnya coz Nk dulu kan entry Yg dh sedia menunggu...sabar yo tuan tanah.

mama 3farhanah said...

Cikgu, saya dah jawab soalan cikgu. Meh tengok sini..

http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/09/liebster-award-tagged-by-cikgu-faiz.html?m=1

محمد شفريزل عزمي said...

Alhamdulillah, dah siap dgn cemerlang.

Amiin, saya doakan cikgu berjaya dunia dan akhirat juga. Insya-Allah.

Shafrizal,
http://serbaalah.blogspot.com/

Nor Nadia Syakila Jamal said...

Siap !
Tapi entry tu akan di publish esok.
Jempot tau singgah Cikgu Faiz.
Salam perkenalan.

Nor Marshaliza Shaidan said...

Dah siap cikgu...jemput ke blog yer..=)

Mimi Azirah said...

Ramai blogger ditag..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...