Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ahad . 14 September 2014
Sekarang ni Cikgu Faiz telah mula berjinak-jinak dengan tudung bawal Aidijuma. Dulu selalu juga dengar nama tudung tu tapi tak terpengaruh lagi. Lepas Cikgu Faiz kirim sehelai tudung dekat biras, mintak tolong dia belikan, sejak dari itu rasa macam berminat pulak dengan tudung tu. Hihi.
Aidijuma. Jenama tudung bawal yang menjadi kegilaan wanita masa kini termasuk Cikgu Faiz. Hikhik. Yang best pasal tudung ni sebab bidangnya besar. Corak pulak ada macam-macam. Nampak ceria je kan. Yang ni Cikgu Faiz beli dekat concept store di Bukit Jelutong. Semua white label.
Yang best lagi pasal tudung ni sebab boleh digayakan dengan pelbagai gaya. Sekarang ni Cikgu Faiz dah join satu group tutorial yang mengajar cara-cara nak pakai tudung Aidijuma ni. Biras jugak la yang tolong masukkan Cikgu Faiz dalam group tu. Hihi. Mana yang nampak senang tu boleh la cuba kan. Kalau korang yang peminat tegar Aidijuma tu nak join sekaki pon boleh. Klik >
SINI< Tudung atas tu pula Cikgu Faiz beli masa dekat
HALFEST baru-baru ini. Ada white label dan black label.
Tak berapa pandai lagi nak belit-belit tudung. Ini pon gaya yang paling mudah. Belasah je la janji selesa. Hihi. Yang tak bestnya pasal tudung ni pulak stok cepat sangat habis. Itulah penangan Aidijuma yang tengah meletup-letup sekarang ni. Siapa dekat sini sama macam Cikgu Faiz, peminat tudung Aidijuma? Jom share koleksi tudung masing-masing. Hihi. Sekian.
Saya anak Malaysia -->
SINI
Yang menaip,