Itu dia baju tido daripada Drypers. Macam mana boleh dapat baju ni? Masa beli pampers newborn Hannani tahun lepas dapat borang tebusan baju ni. Dia letak dalam pek pampers tu. Bila Hannani dah lahir baru Cikgu Faiz tebus. Mula-mula kena SMS dulu segala maklumat yang dorang nak. Lepas tu kita akan dapat SMS supaya confirm semula melalui email. Lepas tu baru la dapat baju ni. Hehe. Rasanya tempoh untuk tebus baju tu dah tamat masa hujung bulan 12 hari tu.
Lebih kurang 3 bulan jugak nak tunggu baju ni sampai. Ingatkan dah tak dapat sebab dorang cakap aritu ianya akan mengambil masa selama beberapa minggu sahaja. Ini dah lebih dua bulan. Huhu. Apa pun barang sudah sampai dengan selamat dan Cikgu Faiz happy sangat. Hehe.
Terima kasih Drypers !!!
Yang menaip,