Showing posts with label romper. Show all posts
Showing posts with label romper. Show all posts

Hannani Suka Hisap Jari | Dapat Baju Baru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 21 Februari 2014


Meriah betul entri hari ni. Semua pon cerita pasal BR1M je. Huhu. Syok la yang dapat tu. Tapi Cikgu Faiz bukan nak cerita pasal BR1M tapi pasal Hannani je. Hihi. Beberapa hari ni memang agak sibuk dan jarang dapat online guna laptop. Kalau online pon guna handphone je. Kalau duduk depan laptop Hannani yang merengek pulak. Huhu. Serba tak kena jadinya. Nak tidurkan Hannani Cikgu Faiz pon tertidur sekali dan langsung tak dapat nak update. Huhuhu. Sadis.


Hannani sekarang ni dah ada tabiat baru yang diwarisi turun temurun daripada abang dia. Hihi. Apa lagi kalau bukan tabiat hisap jari. Hihih. Cikgu Faiz tak ajar pon, Hannani yang belajar sendiri masa dekat kampung hari tu. Agaknya masa dalam perut dulu Hannani asyik tengok abang dia dok hisap jari je keje jadi dia pon nak cuba la. Hahaha.


Lihat je la aksi Hannani yang sibuk menghisap jarinya yang kecik comel je tu... geram betul tengok :)




Yang tak bestnya Hannani hisap jari tangan kiri. Huhu. Nak kena ajar dia guna tangan kanan la.




Syoknya Hannani hisap jari ye. Sarung tangan terpaksa ditanggalka sebab dah basah kuyup akibat dihisap oleh Hannani. Huhu.




Senyum je dapat hisap jari.




Senyum lagi :)




Baru-baru ni Hannani dapat baju lagi. Kakak Taska yang bagi. Kena tunggu Hannani besar sikit baru boleh pakai. Bertambah lagi koleksi baju Hannani.


p/s : Esok pagi Hannani akan ditinggalkan bersama dengan abah dan abang. Bonda kena pergi kursus pulak. Kesian asyik kena tinggal je. Huhu.


Siapa pulak dengan Sam tu? --> KLIK 


Yang menaip,

Membeli-belah Untuk Hannani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 27 Januari 2014

>>Handphone Giveaway<<


Hari ni Cikgu Faiz sudah berada di Puchong. Malam semalam baru sampai. Hehe. Teruja giler nak balik ke Puchong sebenarnya. Iyalah... masa balik kampung Bentong tahun lepas bertiga, tup tup balik ke Puchong semula dah berempat. Hehe. Mana taknya seronok dengan kehadiran orang baru di dalam keluarga Cikgu Faiz ni. Syukur alhamdulillah :)


Dua bulan duduk di Bentong dan dua minggu di rumah mertua. Lama betul Cikgu Faiz bercuti. Hehe. Pertama kali cuti bersalin tiga bulan. Masa Faqih dulu takde lagi cuti tiga bulan ni. Hehe. Tapi kan walaupun cuti lama bukan dapat pergi shopping pon. Huhu. Cikgu Faiz cuma shopping dalam talian aje. Jadi la kan nak lepas gian shopping. Hihih.. Dua minggu lepas Cikgu Faiz ada beli baju yang hot sangat untuk baby zaman sekarang ni iaitu baju romper. Beli kat instagram aje. Memang rambang mata dibuatnya. Disebabkan Hannani masih tiada koleksi baju romper jadi Cikgu Faiz belikan untuk dia.




Comel tak? Hihi. Cikgu Faiz beli sebab corak polkadot tu. Yang ni romper lengan pendek aje. Lepas ni nak usha seluar legging pulak. Boleh digayakan dengan romper ni. Harga 1 set romper ni RM29 + RM6 bagi kos penghantaran. 1 set ada 3 helai. Cikgu Faiz beli saiz 9 bulan untuk Hannani. Hihihi.




Muat jugak Hannani pakai baju ni ye. Hihi. Tak payah nak tunggu dia masuk 9 bulan. Semangat la katakan. Baju yang Hannani pakai tu agak kecil sedikit berbanding yang lagi 2 helai tu. Jadinya Cikgu Faiz pakaikan yang tu dulu. Kaki kena tutup dengan selimut sebab seksi. Hehhe. 


Ni instagramnya mamas_munchkin. Selain pakaian baby, ada jugak mainan baby, alat pengepam susu badan, telekung kanak-kanak dan macam-macam lagi la. Selamat membeli-belah !!


Jom menang hadiah --> KLIK


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...