Showing posts with label Nurul Faizatul Hannani. Show all posts
Showing posts with label Nurul Faizatul Hannani. Show all posts

Hannani Ke Karnival Ceriathon SKPU



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 14 Disember 2017


Hari ni baru update semula. Lemaunya la rasa ni ha padahal bahan ada je ni nak update. Macam mana blog nak maju kalau perangai macam ni. Huhuhu. Okey la, kali ni Cikgu Faiz nak cerita sikit tentang aktiviti Karnival Ceriathon yang telah diadakan pada 11 November 2017 yang lalu bertempat di SK Puchong Utama. Untuk pengetahuan semua, program Ceriathon ini adalah kutipan dana untuk membaikpulih prasarana sekolah supaya kelihatan lebih ceria. Jadinya, penutup program ini telah diadakan karnival dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk murid-murid, ibu bapa serta masyarakat setempat. Masa program tersebut Cikgu Faiz terpaksa membawa abang Hakim dan Hannani bersama kerana abah dia pon ada program juga haritu. masak jugalah Cikgu Faiz melayan dua orang ni.



Dapatlah juga bawa anak-anak melihat beberapa jenis haiwan yang turut ada pada karnival tersebut.




Tak pandang kamera sebab takut.




Yang ni baru nampak okey sikit ada juga la gaya peace tu.




Lepas tu bawa ke aktiviti 'Sand Art'. Action je lebih tu padahal bonda yang buatkan. Hahaha.




Artis jemputan yang dijemput khas untuk memeriahkan karnival. Budak-budak memang suka la.




Last sebelum balik. Main 'Giant Bubble' dulu. Hannani berlagak tak kasi bonda tolong last last tak jadi pon belonnya. Geram betul. Kesimpulannya penat sangat haritu. Bukan penat buat kerja tapi penat melayan Hannani yang tak reti duduk diam ni. Huhuhu. Abang dah besar okey la sikit. Balik rumah terus pengsan kepenatan. Apa pun aktiviti pada hari tersebut memang best sebab pengalaman baru untuk Hannani dapat pergi sekolah bonda. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Tukar Kad Pengenalan Baru dan Mykid Hannani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 13 Ogos 2017


Jumaat yang lalu, Cikgu Faiz berkesempatan juga untuk menukar kad pengenalan baru dan membuat mykid Hannani di Jabatan Pendaftaran Negara, Puchong Utama. Kad pengenalan Cikgu Faiz tu kalau korang tengok memang gambar dah berkurun lamanya. Kalau tak silap kad pengenalan tu Cikgu Faiz buat sebelum sambung belajar di maktab. Sekarang ni dah 11 tahun bekerja. Lama tak lama la kan.




Memang sukar dengan kad pengenalan lama ni terutamanya jika melibatkan urusan di bank kerana bila nak buat pengesahan ibu jari je mesti tak boleh nak detect terutamanya jari kanan. Haritu masa nak renew kad bank baru tu jenuh weh tekan tekan tak boleh. Huhu. Dah la ramai yang beratur masa tu. Sabar je lah. Encik Suami pon dah banyak kali suruh tukar tapi keadaan masa yang tak mengizinkan tapi alhamdulillah dipermudahkan juga akhirnya. Caj penukaran kad pengenalan baru hanya RM10. Kad pengenalan akan siap dalam masa dua minggu. Tak sabarnya....




Okey, alang-alang nak tukar kad pengenalan tu Cikgu Faiz buat terus mykid Hannani. Yang ni pon tak berkesempatan nak buat. Sibuk mengalahkan perdana menteri pulak. Hahaha. Umum mengetahui yang mykid telah diberhentikan pengeluarannya pada tahun 2013 iaitu pada tahun Hannani dilahirkan. Cikgu Faiz pon tak pasti sebab apa tapi tahun-tahun seterusnya ada kot. Tiada caj dikenakan untuk urusan mykid. Dalam masa dua bulan siaplah mykid ni. Fuhhh... lega rasanya bila dua urusan penting ni dah selesai. Sekian.


Korang dah tukar kad pengenalan ke? Hihi.


Yang menaip,

Cerita Raya Cikgu Faiz



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 09 Julai 2017


Ya ampunnn.... Penyakit 'M' semakin menjadi-jadi pulak selepas raya ni. Satu entri pon takde. Kata nak konsisten. Hangat-hangat tahi ayam betul la. Huhu. Baiklah, entri kali ini merupakan gambar-gambar sepanjang hari raya pertama sehinggalah tamat seminggu bercuti.



Hari raya pertama tu, pagi-pagi lagi sesudah subuh Cikgu Faiz dan keluarga di Bentong bertolak untuk ke kampung abah Cikgu Faiz yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Bertolak lebih kurang pukul 6.30 pagi kerana abah nak solat sunat hari raya di sana. Masa ambik gambar ni hari dah siang.



Lepas dah siap tolong mak long isi kuih raya dan apa-apa yang patut di dapur, barulah Cikgu Faiz berkesempatan untuk mengabadikan kenangan di hari raya pertama. Encik Suami nampaknya kepenatan.



Hari raya pertama tema merah jambu. Baju kurung Cikgu Faiz dan Hannani tempah di Puchong manakala baju Melayu Encik Suami dan abang Hakim beli di Jakel Senawang.



Gambar kami berempat. Spoil pulak bantal kat sebelah Cikgu Faiz tu. Huhuhu. Okey, Cikgu Faiz ambik gambar ni guna mobile stand tripod yang bida dekat Chilindo tu. Hahaha. Berguna kan.




Okey, gambar-gambar seterusnya ni pula diambil di rumah keluarga Encik Suami ye. Hannani bergaya dengan set pakaian Dora The Explorer yang beli dekat The Store Seremban masa bulan puasa haritu.



Baiklah, gaya ni Cikgu Faiz yang suruh Hannani buat. Biasa la bonda kan berangan nak jadi photographer.



Gambar ini pula diambil sebelum berangkat ke kampung ibu mertua Cikgu Faiz di Batang Kali. Bergambar dengan anak buah yang paling junior. Qa'id Qasyaf namanya.



Gambar ketika dalam perjalanan ke Batang Kali. Wefie dengan menggunakan monopod yang Cikgu Faiz bida di Chilindo. Hahaha. Hannani tengah sibuk mengira duit raya nampaknya. Abang Hakim mana? Kuikuikui.



Sampai sudah di Kampung Kuantan, Batang Kali. Baju yang Cikgu Faiz pakai tu made in Jakel Senawang. Hihihi.



Entah apa motif posing macam ni pon tak tahu la. Ini semua kerja photographer Cikgu Faiz aka Encik Suami. Nak gelak pon ada tengok gambar ni. Cikgu Faiz hanya upload gambar ni di blog sahaja tau. Segan nak masuk facebook sebab macam kelakar je. Hahaha.



Oleh kerana raya tahun ni trend bergambar di atas jalan raya makanya dua beranak ni pon tak terkecuali dari pengaruh hipster. Nasib la masa ni kenderaan tak banyak.



Bergambar sebelum pergi beraya ke rumah biras. Repeat balik baju raya pertama. Hahaha. Sebelah Cikgu Faiz tu anak buah sebaya dengan Hannani. Fuh, penat menaip entri panjang ni. Ceh, padahal ayat takde la panjang mana pon. Huhuhu. Mana tengah siapkan entri ni celcom kejap laju kejap macam siput sedut stress Cikgu Faiz dibuatnya. Cikgu Faiz akhiri entri ini dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Sekian.


Yang menaip,

"Nani Nak Makan Kek La Bonda"



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 13 September 2016


Masih dalam mood raya walaupun hanya duduk di rumah. Sehari selepas Cikgu Faiz sampai di kampung, keesokan harinya pagi-pagi lagi Hannani dah mintak nak makan kek. Cikgu Faiz pon jawab la takde kek. Kalau nak sekejap lagi kita pergi beli kek. Hannani ni kita tak boleh nak cakap tidak, kalau dia nak tu mesti nak jugak. Huhu. Puas Cikgu Faiz cakap takde kek dia tetap nak jugak. Mulalah bonda rasa nak marah je ni. Lepas tu Encik Suami menyampuk, "kek tu kuih apam la tu". Laa....... kuih apam rupanya. Kek pula yang dipanggil. Huhuhu. 




Tengok la tu bukan main suka dapat makan 'kek'. Kuih apam tu pemberian daripada parent anak murid Encik Suami. Sambil tunggu Hannani makan 'kek', Cikgu Faiz pon membancuh sepaket ephyra. Bila Hannani nampak je Cikgu Faiz minum dia cakap, "jangan habiskan.....". Huhu. Nak menyelit jugak la tu.




Habis sebiji apam terus minum ephyra. Tinggalkan sikit pon takpe janji dapat minum. Hihi. Kadang-kadang tu dia buat tak tau aje. Kadang-kadang tu nak menyelit jugak. Ikut mood dia la.




Dah minum ephyra, mintak lagi sebiji apam. Suka betul nampaknya dengan kuih apam kembang ni. Memang patut pon Hannani suka sebab rupa kuih apam tu menarik sangat warnanya. Biasa la budak-budak kan memang suka warna warni macam tu. Habis makan dua biji apam baru la senyap. Takde dah nak mintak 'kek'. Hihihi.


P/S : Cikgu Faiz memang ada jual ephyra tu. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ephyra boleh whatsapp Cikgu Faiz di 012-9771902. WeChat dah lama berkubur.


Yang menaip,

Cikgu Faiz Kembali



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selasa . 31 Mei 2016


Chakkk !!!! Lama betul tak bersua di alam maya ni. Sebenarnya Cikgu Faiz terpaksa melupakan sebentar blog ni kerana ingin memberi fokus terhadap PJJ Cikgu Faiz. Sekarang ni semua assignment Cikgu Faiz dah settle. Jadinya sementara menunggu hari peperiksaan boleh la belek-belek blog ni. Bila dah lama tak update apa-apa mulalah rasa blur. Tak tahu nak cerita apa. Jadi lihat sajalah gambar-gambar selfie ni. Huhu.



Gambar ini diambil ketika Cikgu Faiz sekeluarga dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Encik Suami. 




Abaikan je rambut Hannani yang kusut masai tu. Dia memang tak suka berdandan. Jangan mimpi la nak buat fesyen rambut. Tak sampai 30 minit dah terburai.




Giliran bonda pulak nak selfie sorang-sorang. Harap takde yang menyampah ye. Hihi. Sekian entri suam-suam kuku Cikgu Faiz.


Yang menaip,

Hannani Dah Tak Takut Pergi Gunting Rambut



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 03 Mac 2016


Minggu lepas Cikgu Faiz balik ke rumah mertua di Senawang. Bila balik je Senawang terus terfikir nak bawak Hannani pergi gunting rambut di Mydin Seremban 2. Rambut Hannani sebelum tu dah panjang sampai menutup mata. Bila dah panjang sangat dia terpaksa mendongak bila nak tengok sesuatu sebab tak berapa jelas. Huhuhu. Oleh sebab Hannani tak berapa suka nak ikat rambut jadinya kena la jugak potong supaya pendek.




Inilah rupa Hannani bila dia telah bersedia untuk menggunting rambut. Panjang kan rambut dia. Yang peliknya, Hannani tak agresif macam dulu-dulu dia kena gunting rambut. Mungkin sebab dah besar jadi dia faham. Huhu. Mata asyik memandang cermin di hadapan. Mungkin pelik juga tengok tukang gunting rambut tu nak buat apa. Haha. Jadi, proses menggunting rambut Hannani tidak sesukar sebelum ini. Cuma bila dah nak siap tu mula la rasa bosan dan Cikgu Faiz telah bersiap sedia dengan video lagu kanak-kanak di tangan. Haha. Barulah diam sampai selesai.


Gunting rambut Hannani ni je dah RM15. Alang-alang tu abang Hakim pon gunting sekali pon RM15 jugak tapi takde gambar sebab masa tu Cikgu Faiz tengah sibuk beli tudung aidijuma di sebelah kedai gunting rambut tu. Hahaha. Al maklum la dah lama tak membeli tudung AJ kan. Huuu.... Sekian.


Yang menaip,

Tabiat Baru Hannani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 22 Februari 2016


Sejak Hannani dah genap umur 2 tahun, mulutnya semakin lancar berkata-kata. Kalau dengar dia membebel tu mengalahkan orang tua. Macam mak nenek pon ada. Kadang-kadang abang dia pon jadi mangsa kena bebel siap muka berkerut-kerut lagi marahkan abang. Hari tu kakak taska Hannani bagitau yang Hannani sekarang ni suka bermain dengan kawan-kawan lelaki. Huhu. Mana taknya, dekat rumah pon dia main dengan abang Hakim je. Kakak takde, adik perempuan pon takde. Huhu. Macam-macam perangai Hannani sekarang ni.




Sekarang ni Hannani suka sangat cakap 'buerkk...'. Haha. Entah dari mana la dia dapat tu. Kadang-kadang bonda pon kena buerk jugak. Saje je nak cari gaduh. Lepas tu tak boleh kena tegur. Padahal tak marah pon. Cakap je terus huwaaaa melalak.... Hihi.





Nak ambik gambar pon sikit punya susah sebab tak boleh duduk diam. Ambik gambar selfie ni baru okey sikit itu pon kena cepat sebab tak boleh duduk diam kan. Huhu. Sekian.



Yang menaip,

Hannani Pergi Klinik Gigi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 21 Februari 2016


Khamis lepas Cikgu Faiz bawa Hannani pergi check up dua tahun tiga bulan. Kali ni cuma timbang sahaja dan dapat ubat cacing. Ini merupakan check up yang terakhir di klinik kerana semua dos suntikan imunisasi tu Hannani dah dapat. Jadinya hari tu terus dapatkan temu janji untuk pemeriksaan gigi pula. Itu pon atas cadangan jururawat. Kalau nak harapkan Cikgu Faiz ni memang tak la. Huhu. Petang Jumaat baru ni pergi klinik lagi untuk pemeriksaan gigi Hannani. Hannani punya la tak boleh duduk diam dekat klinik tu. Nak berjalan je kerjanya. Dah la ramai orang lalu lalang. Sabar je la menunggu giliran.


Okey, sampai je giliran Hannani terus masuk bilik pemeriksaan. Jururawat yang bertugas check gigi Hannani. Nasib baik la gigi dia okey je. Hihi. Lepas tu jururawat sapu apa benda entah nama dia Cikgu Faiz dah lupa pulak tetapi menurut jururawat tersebut benda tu disapu pada gigi bertujuan untuk menguatkan gigi. Lagi 6 bulan Hannani kena ke klinik gigi lagi untuk melihat perkembangan gigi yang seterusnya dan untuk mendapatkan sapuan ubat pada gigi. Lepas check gigi tu Hannani dapat la berus gigi dan ubat gigi


Semua dah selesai. Sementara menunggu Encik Suami datang jemput, lihat sahaja la aktiviti Hannani ni. Nasib baik la ada buku dan pen. Boleh la dia diam sekejap. Huhu.



Berat Hannani 11kg.




Dah ada gaya seorang jururawat nampaknya. Kusyuk betul menulis.






Sekian.


Yang menaip,

Hannani Dan Rambut



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 26 September 2015


Masa dalam perjalanan nak pulang ke kampung Cikgu Faiz Jumaat lepas, sempat jugak la Cikgu Faiz ber'selfie' dengan Hannani. Kami berdua je sebabnya Encik Suami dan abang Hakim duduk depan jadinya yang perempuan dekat belakang pon buat la apa-apa yang patut. Huhuhu. Semua gambar-gambar ini diambil sebelum rambut Hannani dipotong oleh wannya. Huhuhu. Kiranya ini kenangan semasa Hannani berambut panjang. Hihi.



Rambut dah panjang sampai nak tutup mata dah. Itu yang membuatkan wannya geram tu.




Agak serabut rambut Hannani ni. Nak ikat confirm takkan tahan lama punya. Hihi.



Nampak tak yang bahagian depan tu dah panjang. Mana taknya, kali terakhir Hannani pergi gunting rambut sebelum raya puasa hari tu.



Suka sangat tayang gigi yang comel tu. Mentang-mentang la semua gigi di bahagian depan dah penuh. Huhu.



Yang ni tunjuk punggung pulak.



Tabiat baru sekarang ni. Suka sangat masukkan jari dalam mulut dan main air liur. Nak tumbuh gigi lagi agaknya. Huhuhu. Sekian laporan Cik Hannani untuk hari ini.


Baca kisah seram di Cyberjaya ni --> SINI


Yang menaip,

Dah Pandai Pakai Stoking



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 09 Ogos 2015


Bila duduk di rumah, macam-macam perkara baru yang Cikgu Faiz nampak pada Hannani. Yang terkini Hannani dan pandai pakai stoking sendiri. Terkejut jugak masa tengok tu. Tak sangka Hannani dah boleh menyarung stoking. Hihihi. Nampaknya semakin mudah la kerja Cikgu Faiz. Hihi.



Masa ni Cikgu Faiz pura-pura marahkan Hannani dan lepas tu apa lagi menjebik la dia. Huhuhu. Kalau rumah jangan cakap la bersepahnya bukan main lagi. Hihihi.




Muka sememeh Hannani bila menangis. Geram betul tengok budak ni rasa macam nak gigit-gigit je. Ni tengah duduk atas riba Cikgu Faiz dok mintak susu pulak. Hihi. Sekian. Nak pergi buat susu la pulak karang tak pasal-pasal Hannani mengamuk.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...