Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Sambutan Hari Raya Bersama Murid



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 17 Julai 2017


Pada Khamis lepas bersamaan dengan 13 Julai 2017 telah diadakan sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Prasekolah juga tidak terkecuali dengan sambutan pada hari tersebut.



Ini antara makanan yang dibawa oleh murid-murid prasekolah. Kelas Amanah dan Bestari digabungkan di dalam satu kelas kerana kelas lagi satu digunakan untuk tetamu VIP.



Ini antara murid-murid kelas cikgu Faiz yang hadir pada sambutan Hari Raya. Semuanya berpakaian cantik. Rayalah katakan.



Ini pula murid-murid kelas Amanah. Pon berpakaian cantik. Semua nampak gembira dan ceria.



Bila dua kelas digabungkan. Yang depan tu kenapa muka serius sangat? Huhuhu.



Bersama rakan sejawat.



Bergambar 'outdoor' pulak. Terima kasih kak Wan Yati sebab tolong ambilkan gambar ni. Cantik sangat.



Jurugambar meminta kami membuat gaya. Jadi inilah hasilnya. Hihihi.



Eh, apa tu?



Bersama ratu peplum. Merah sangat lipstick tu tau. Cikgu pon tak berani nak pakai merah macam tu. Huhuhu.



Penat bergambar. Masa untuk mengisi perut. Lepas makan makanan berat, baru boleh makan kuih raya.



Bukan main berselera lagi makan ye. Semua makan dengan tertib.



Pertandingan menganyam ketupat antara guru dan staf sekolah. Bukan senang tau nak anyam ketupat ni. Huhuhu.


Haaa.... Itulah antara gambar-gambar yang sempat cikgu Faiz rakamkan. Alhamdulillah aktiviti sambutan Hari Raya telah selesai untuk tahun 2017 ni. Lepas ni fokus pada aktiviti yang seterusnya. Okeylah, itu sahaja laporan cikgu Faiz untuk hari ini. Sehingga berjumpa lagi. Sekian.


Yang menaip,

Cerita Raya Cikgu Faiz



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 09 Julai 2017


Ya ampunnn.... Penyakit 'M' semakin menjadi-jadi pulak selepas raya ni. Satu entri pon takde. Kata nak konsisten. Hangat-hangat tahi ayam betul la. Huhu. Baiklah, entri kali ini merupakan gambar-gambar sepanjang hari raya pertama sehinggalah tamat seminggu bercuti.



Hari raya pertama tu, pagi-pagi lagi sesudah subuh Cikgu Faiz dan keluarga di Bentong bertolak untuk ke kampung abah Cikgu Faiz yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Bertolak lebih kurang pukul 6.30 pagi kerana abah nak solat sunat hari raya di sana. Masa ambik gambar ni hari dah siang.



Lepas dah siap tolong mak long isi kuih raya dan apa-apa yang patut di dapur, barulah Cikgu Faiz berkesempatan untuk mengabadikan kenangan di hari raya pertama. Encik Suami nampaknya kepenatan.



Hari raya pertama tema merah jambu. Baju kurung Cikgu Faiz dan Hannani tempah di Puchong manakala baju Melayu Encik Suami dan abang Hakim beli di Jakel Senawang.



Gambar kami berempat. Spoil pulak bantal kat sebelah Cikgu Faiz tu. Huhuhu. Okey, Cikgu Faiz ambik gambar ni guna mobile stand tripod yang bida dekat Chilindo tu. Hahaha. Berguna kan.




Okey, gambar-gambar seterusnya ni pula diambil di rumah keluarga Encik Suami ye. Hannani bergaya dengan set pakaian Dora The Explorer yang beli dekat The Store Seremban masa bulan puasa haritu.



Baiklah, gaya ni Cikgu Faiz yang suruh Hannani buat. Biasa la bonda kan berangan nak jadi photographer.



Gambar ini pula diambil sebelum berangkat ke kampung ibu mertua Cikgu Faiz di Batang Kali. Bergambar dengan anak buah yang paling junior. Qa'id Qasyaf namanya.



Gambar ketika dalam perjalanan ke Batang Kali. Wefie dengan menggunakan monopod yang Cikgu Faiz bida di Chilindo. Hahaha. Hannani tengah sibuk mengira duit raya nampaknya. Abang Hakim mana? Kuikuikui.



Sampai sudah di Kampung Kuantan, Batang Kali. Baju yang Cikgu Faiz pakai tu made in Jakel Senawang. Hihihi.



Entah apa motif posing macam ni pon tak tahu la. Ini semua kerja photographer Cikgu Faiz aka Encik Suami. Nak gelak pon ada tengok gambar ni. Cikgu Faiz hanya upload gambar ni di blog sahaja tau. Segan nak masuk facebook sebab macam kelakar je. Hahaha.



Oleh kerana raya tahun ni trend bergambar di atas jalan raya makanya dua beranak ni pon tak terkecuali dari pengaruh hipster. Nasib la masa ni kenderaan tak banyak.



Bergambar sebelum pergi beraya ke rumah biras. Repeat balik baju raya pertama. Hahaha. Sebelah Cikgu Faiz tu anak buah sebaya dengan Hannani. Fuh, penat menaip entri panjang ni. Ceh, padahal ayat takde la panjang mana pon. Huhuhu. Mana tengah siapkan entri ni celcom kejap laju kejap macam siput sedut stress Cikgu Faiz dibuatnya. Cikgu Faiz akhiri entri ini dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Sekian.


Yang menaip,

Selamat Hari Raya Aidiladha



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 12 September 2016


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam. Agaknya mesti semua tengah sibuk melapah daging kan. Yang tak dapat pulang ke kampung tu jangan bersedih ye. Raya Haji tahun ni giliran pulang ke kampung Cikgu Faiz pula. Raya Puasa hari tu dah balik kampung Encik Suami. Hihi. Gilir-gilir baru adil dan saksama.




Cikgu Faiz bertolak pulang ke kampung pada hari Sabtu. Kononnya tak nak balik hari Jumaat sebab nak elak kesesakan tapi rasanya hari Sabtu pon banyak kereta jugak. Huhu. Walaupun dari Puchong nak ke Bentong tapi rasanya perjalanan macam nak ke Kelantan aje. Hihi.




Duduk lama-lama dalam kereta pon bosan jugak. Dah la radio pon tak berbunyi. Jadinya kerja Cikgu Faiz hanya selfie dan ambik gambar apa-apa yang patut. Contohnya seperti gambar di atas. Lepas je sampai simpang Bukit Tinggi, kami ikut jalan dalam. Barulah rasa licin je perjalanan. Suasana pon sejuk dan nyaman je. Cikgu Faiz sampai di kampung lebih kurang jam 5, ++ petang. Bertolak pula pada jam 1.++ petang. Okey lah.... Cikgu Faiz nak pergi makan rendang dan nasi himpit. Lapar pulak perut ni. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Selepas Cuti Berhari Raya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 22 Julai 2015


Bersua lagi. Setelah enam hari di bulan Syawal yang mulia ini barulah berkesempatan untuk mengemaskini aktiviti-aktiviti di blog ini. Sepanjang di akhir bulan Ramadhan yang lalu, Cikgu Faiz langsung tiada masa untuk membelek-belek blog. Ialah kan, nak dekat cuti sibuk mengemas bagasi untuk pulang ke kampung. Sampai di kampung pula dah sibuk dengan urusan di rumah. Takkan sibuk nak belek blog jugak. Huhu.


Alhamdulillah, hari ini juga Cikgu Faiz sudah mula bekerja setelah bercuti untuk beraya lebih kurang seminggu. Mood raya masih ada dan Cikgu Faiz sangat teruja untuk berjumpa dengan anak-anak didik. Huhu. Tetapi apakan daya, yang datang cuma sepuluh orang sahaja. Yang lain? Mungkin masih berada di kampung ibu bapa masing-masing.



Tak cukup dua orang sebab belum sampai lagi. Huhuhu. Bila dah tak ramai ni, murid-murid macam takde semangat je sebab biasanya ada 25 orang. Suasana memang cukup meriah tapi hari ini 10 orang ni macam mati kutu pulak. Hihi.



Untuk memeriahkan suasana yang agak suram maka terpaksalah Cikgu Faiz mengajak murid-murid ini ber selfie. Huhuhu. Barulah nampak sinar keceriaan di wajah masing-masing. Huhuhu.



Alhamdulillah... Lepas je habis kelas tadi, Cikgu Faiz terus membuat pemindahan duit raya anak-anak ke dalam akaun abang Hakim. Hannani masih tiada akaun jadinya Cikgu Faiz tumpangkan di dalam akaun abang dia. In Sha Allah semoga bertambah rezeki penderma duit raya ini. Semoga simpanan ini akan bermanfaat untuk anak-anak Cikgu Faiz. 



Sementara menunggu Encik Suami, Cikgu Faiz tidak melepaskan peluang untuk ber selfie. Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, Cikgu Faiz sangat jarang memuat naik gambar diri sendiri dan anak-anak. Kalau ada pon gambar bersama anak-anak murid.



Inilah biskut Dahlia hasil air tangan mak Cikgu Faiz. Tiap-tiap tahun memang tak pernah miss dengan biskut ni. Esok nak bawak pergi sekolah. Hihihi. Sekian.


Beraya di perantauan? Menarik jugak tu --> SINI


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...