Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Ranking Alexa Hari Ini



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 22 Jun 2014


Sakit tekak menyerang lagi. Salah satu aset yang paling berharga ni kalau takde memang susah sebab gaji tiap-tiap bulan itu bergantung kepada aset ini. Sekarang masih kurang sihat. Mungkin faktor persekitaran yang kurang sihat sekarang ini, cuaca pula panas dan agak kering. Sekarang ni suara dah ala-ala rock pulak. Haha. Minggu lepas ada satu hari tu suara langsung tak keluar tapi berusaha jugak untuk bercakap. Huhu. Sedih. Murid-murid pon pelik kenapa suara Cikgu Faiz macam tu. Hihi. Lepas tu ada pulak yang suruh Cikgu Faiz minum air suam. Hikhik. Sayang jugak mereka dengan Cikgu Faiz ni walaupun selalu kena marah. Heee.... Cikgu marah tanda sayang <3 center="">




Dah lama tak check ranking Alexa. Hihi. Kali ini ada peningkatan sikit. Yahuuu.... sukanya. Ranking pertama ada >DI SINI< Alhamdulillah berkat kesungguhan dan tidak mengenal erti putus asa akhirnya berjaya jugak buang satu nombor. Hikhik. Lepas ni kena maintain la pulak ye.


Ranking Alexa 1 - 13,646
Ranking Alexa 2 - 12,773
Ranking Alexa 3 - 9,654 (terkini)


Ini merupakan ranking di Malaysia okey. Yang global tu memang tak pandang dah. Haha. Fokus dekat Malaysia dulu. Lepas ni akan lebih bersemangat untuk berblog dengan adanya ranking ini. Yeah... caiyok. Sekian.




Yang menaip,

Sambutan Hari Guru 2014 Peringkat Sekolah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 27 Mei 2014


Yeay.... cuti sekolah telah bermula. Pagi tadi ada sambutan Hari Guru peringkat sekolah.  Havoc jugak. Hihi. Tema sambutan kali ini 'Back To School'. Jenuh jugak la nak pergi beli baju sekolah, kasut dan tudung kan tapi Cikgu Faiz pakai tudung bawal je. Huhu. Stok tudung dekat kedai dah takde. Hihi. Apa pun sambutan kali ini sangat best dan happening sangat sangat. Akan ingat sampai bila-bila. Kenangan terindah ni. Hihi.



Hihi. Teruja nak pakai kasut sekolah ni okey. Siap beli stoking lagi tu. Haha. Semangat betul.



Taraaaa !!! Ada gaya student sekolah tak? Hihihi. Nampak tak tu tudung bawal? Hihihi. 



Hadiah daripada murid-murid Prasekolah. Terima kasih ye anak-anak cikgu. Sudi juga nak bagi hadiah dekat cikgu dia yang garang ni. Hihi.



Tiba-tiba dapat anugerah pulak. Hihihi. Tak sangka lekat jugak. Dah macam ABP pon ada. Eh, bukan. AGP. Hahaha. Terharu sangat. Tinggal gantung dekat dinding je ni.



Lepas semua acara selesai ada makan makan pulak. Hihi. Ini aje yang dapat snap. Kek indulgence dari Secret Recipe. Sedap. Kek yang cair di mulut.


Keseluruhannya sambutan Hari Guru kali ini memang best. Sekian.


Yang menaip,

Baucar Buku 1 Malaysia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 16 Mac 2014


Di saat Cikgu Faiz menaip entri ini hujan sedang membasahi bumi. Alhamdulillah. Dari pagi hingga sekarang masih hujan. Pagi tadi hujan macam nak tak nak je tapi sekarang ni baru lebat sikit. Syukur. Semoga jerebu akan beransur pulih pada hari esok. Tak lupa juga doa buat MH370. Semoga akan dijumpai dalam masa terdekat. Amin..




Gembira sangat sebab semalam dapat Baucar Buku 1 Malaysia berjumlah RM250. Eh, jangan nak perasan ye. Bukan Cikgu Faiz yang dapat tapi Encik Suami. Hahaha. Kan dah terkena. Hihi. Tapi tak kisah la kan, apa-apa yang berkaitan dengan suami mesti la kena kongsi dengan isteri. Hee...


Cikgu Faiz target nak menumpang beli stok pen merah dan hitam banyak-banyak. Hihi. Senang tak payah asyik nak pergi beli aje. Lepas tu nak mintak novel satu. Hehe. Dah mintak baucar RM50 dan Encik Suami kata boleh yang penting lepas ni Cikgu Faiz kena belanja Encik Suami pulak la. Huhu. Boleh aje. Heeee..


Tak sabar nak shopping sakan dengan baucar ni. Tapi kena tunggu masa yang sesuai sebab sekarang ni tengah musim jerebu takut nak bawak Hannani dan abang keluar. Bila dah okey nanti baru boleh pergi. Siapa lagi yang dapat baucar buku ni sila angkat tangan cikgu nak tengok. Hehe. Sekian.


Nak handphone ni --> KLIK


Yang menaip,

Sudah Lima Tahun



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 14 Mac 2014





Tarikh keramat itu tiba lagi.

Hampir terlupa tarikh itu akibat sibuk dengan kerja-kerja seharian.

Pagi tadi tanya si dia, adakah ingat hari ini hari apa?

Si dia berkata, ingat.. Dia yang tidur awal.

Ye.. Ingat nak tunggu detik 12 malam tapi apakan daya.

Bersempena dengan 14 Mac ini, semoga kita akan terus bersama dalam melayari bahtera rumahtangga.

Bukan mudah kerana terlalu banyak onak dan duri yang harus dihadapi.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke - 5 buat KITA.



Leb u mucuk mucuk :)



Argghhh !!! Tak dapat nak karang lebih-lebih dah sebab abang Faqih Hakim mintak bonda basuh yayak dia pulak. Huhuhu. Bonda baru nak beremosi ni :) Hehe. Sekian dulu.


Yang menaip,

Hadiah Giveaway Syuhada1981.com



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 16 Februari 2014


Beberapa hari yang lepas Cikgu Faiz terima parcel. Dalam pada sibuk-sibuk tu terubat juga hati dengan penerimaan hadiah ini. Hehe. Hadiah Handphone Giveaway di blog syuhada1981.com. Cikgu Faiz menang hadiah random jer. Hadiah handphone blogger lain yang dapat. Huhuhu. 



Dapat hadiah solat perfume. Ada cop halal lagi tu. Hihi.





Dalam kotak tu ada 6 botol solat perfume yang berlainan bau. Sebotol dah kena kebas dengan Encik Suami. Hihih..





Cikgu Faiz juga mendapat sijil sebagai tanda kemenangan. Hehe. Pertama kali dapat sijil giveaway ni :)






Berbanyak terima kasih kepada kak Syuhada. Lain kali buat la giveaway macam ni lagi ye dengan hadiah yang best best. Sekian.


p/s : Baru-baru ni Cikgu Faiz menang topup RM5 pulak di blog Hunyeda. Terima kasih kepada penganjur dan sponsor. Hehe. Murah rezeki. Syukur :)


Siapalah agaknya yang dapat duit ni? --> KLIK


Yang menaip,

Ephyra Yang Diidam-Idamkan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 06 Februari 2014


Akibat terpengaruh dengan cerita-cerita, review serta iklan yang terdapat di blog, Cikgu Faiz berasa terpanggil untuk mencuba produk terlajak laris ini. EPHYRA. Excited bila baca entri-entri pasal produk ni. Rasa nak jugak try. Macam best je. Hihi. Ini merupakan kali pertama Cikgu Faiz mencuba minuman yang berasaskan kecantikan dan kesihatan ni. 





Cikgu Faiz order dengan sis Mialiana aje. Ala, siapa yang tak kenal kan. Rasanya ramai yang kenal dengan blogger yang famous amos ni ^ ^ Seronok betul bila dapat bungkusan Ephyra ni. Huhuhu. I like.




Wah wah !! Sangat teruja dan tak sabar nak tunggu hari malam semata-mata nak minum ephyra ni. Hahaha. Terpoyo pulak Cikgu Faiz ni. Cikgu Faiz beli ephyra pek percubaan aje. 10 sachet = RM65. Nak test dulu okey ke tak. Kalau ada perubahan nak teruskan dan beli sekotak yang dalamnya ada 30 sachet. Hihihi.




Semalam Cikgu Faiz ada jugak mempelawa Encik Suami untuk mencuba ephyra ni tapi dia tak nak. Huhuhu. Katanya takut jadi macam perempuan pulak. Haha. Cikgu Faiz bagitau Encik Suami yang ephyra ni boleh diminum oleh kaum lelaki jugak. Kalau Encik Suami pon berminat dengan ephyra ni nanti boleh la mintak dia belanja. Hikhikhik. 


p/s : Tak sabar untuk melihat sendiri hasil daripada meminum ephyra ni. Ada lagi sembilan hari :)


Nak duit raya tak? Tekan SINI


Yang menaip,

Menang Giveaway di Blog Syuhada1981DotCom



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 04 Februari 2014


Perhatian !!! Kepada mereka yang ada join Handphone Giveaway di blog Syuhada1981DotCom baru-baru ini, korang dah semak ke senarai pemenang? Cikgu Faiz dah. Hehe. Semak di SINI. Alhamdulillah.. buat kesekian kalinya blog Cikgu Faiz menang lagi ^ ^ Tak dapat handphone tapi dapat solat perfume. Hehe. Susah tu nak jadi top referral. Jadilah kan. Ada jugak kenangan sepanjang Cikgu Faiz berblog ni. Huehue.




Nombor giliran Cikgu Faiz ialah 45. Ada ong tu :)



Ha... nampak tak tu nombor 45. Heeee.... 


Terima kasih kepada penganjur kerana telah menganjurkan satu GA yang hadiahnya memang gempak walaupun tak menang hadiah utama tersebut. Huhu. Lepas ni buat la lagi GA yang gempak macam ni ye. Mana tau ada rezeki lagi. Hihi. Kepada yang tak menang tu jangan sedih-sedih ye. Korang boleh join banyak GA yang lain. Antaranya :


Sekian. Peace no war ^ ^


<KLIK>


Yang menaip,

Hadiah Giveaway Fatin Diana



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 03 Februari 2014



Ingat lagi tak dengan entri INI? Cikgu Faiz ada dapat beberapa parcel kan? Lagi satu parcel tu datangnya dari GA Fatin Diana. Dapat T-Shirt adibas Adidas warna biru.





Encik Suami pulak yang terlebih excited nak bukak parcel tu. Huhu. Biarkan aje. Hehe. Lepas tu tengok saiz baju L. Ingat nak bagi Encik Suami aje. Lepas tu bila dia try pakai punya la fit. Hihi. Terus tak jadi nak ambik. Hikhik.




Siap dapat surat dari sponsor lagi. Heee... Terima kasih Red Delima. Cikgu Faiz suka baju tu :) Tak lupa jugak terima kasih kepada Fatin Diana selaku penganjur GA. Sekian.




Yang menaip,

Kot Baju Tidur Drypers Hannani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 31 Januari 2014


Hari ini Cikgu Faiz dan keluarga telah berada di kampung halaman yang terletak di Bentong, Pahang. Ni kalau duduk kat Puchong sekarang ni mesti tengah berdentum dentam dengan bunyi mercun. Faqih bukan main takut lagi dengan bunyi mercun yang kuat meletup-letup tu. Hihi. Adik dia Hannani pulak syok je tido walaupun keadaan tersangatlah bingit dengan bunyi mercun sempena dengan Tahun Baru Cina.


Sampai je rumah tadi terus tengok kot-kot ada surat. Hehe. Banyak jugak surat dan parcel yang diterima. Salah satunya di bawah ini.




Itu dia baju tido daripada Drypers. Macam mana boleh dapat baju ni? Masa beli pampers newborn Hannani tahun lepas dapat borang tebusan baju ni. Dia letak dalam pek pampers tu. Bila Hannani dah lahir baru Cikgu Faiz tebus. Mula-mula kena SMS dulu segala maklumat yang dorang nak. Lepas tu kita akan dapat SMS supaya confirm semula melalui email. Lepas tu baru la dapat baju ni. Hehe. Rasanya tempoh untuk tebus baju tu dah tamat masa hujung bulan 12 hari tu.


Lebih kurang 3 bulan jugak nak tunggu baju ni sampai. Ingatkan dah tak dapat sebab dorang cakap aritu ianya akan mengambil masa selama beberapa minggu sahaja. Ini dah lebih dua bulan. Huhu. Apa pun barang sudah sampai dengan selamat dan Cikgu Faiz happy sangat. Hehe.


Terima kasih Drypers !!!




Yang menaip,

Semakan Status Ujian Kompetensi ICT



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 30 Januari 2014


Tahun lepas semua guru dikehendaki menjawab soalan yang berkaitan dengan ICT di satu laman web. Kalau tak silap semuanya ada 40 soalan dan kena jawab semua soalan tersebut dalam masa yang ditetapkan. Cikgu Faiz pon tidak terkecuali untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Fuhh.. memang berasap jugak dibuatnya. Ialah.. soalan dalam bahasa Melayu dan kalau tak silap boleh tukar dalam bahasa Inggeris jugak. Tapi yela kan.. Cikgu Faiz ni tak confident sangat dengan bahasa Inggeris ni jadi telah memilih untuk menjawab soalan di dalam bahasa Melayu sahaja.


Tup tup tadi kecoh dekat facebook mengenai keputusan ujian ni. Hehehe. Cikgu Faiz dah lupa terus pasal ujian ni. Tapi bila cikgu cikgu lain dah sibuk dengan status ujian ni apa lagi, Cikgu Faiz pon cepat-cepat la cari link tersebut dan semak sendiri. Hihihi. Dan keputusannya...




Alhamdulillah... syukur padaMu ya Allah... Cikgu Faiz lulus jugak. Soalannya bukan senang. Banyak kali jugak baca dan fahamkan soalan tu sebelum menjawab. Dah la masa pon terhad. Hihi. Almaklum la, Cikgu Faiz ni bukan teror sangat bab-bab ICT ni. Kalau yang mudah-mudah tu boleh la. Tapi kan, serius cakap la bila baca soalan tu memang susah nak faham sebab dalam komputer kan guna bahasa Inggeris, soalan pulak dalam bahasa Melayu, itu yang lambat sikit tu. Huhuhu. Apa pun bersyukur sangat dengan keputusan ni. 


Kepada cikgu cikgu yang belum semak status ujian anda boleh la berbuat demikian di laman sesawang ini --> KLIK


P/S : Jadi lebih bersemangat ^ ^




Yang menaip,

Menang Segmen Di Blog Syira Lokman



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 26 Januari 2014

>>Handphone Giveaway<<


Alhamdulillah... baru dapat tahu yang Cikgu Faiz menang hadiah istimewa dari segmen Syira Lokman. Lepas je dapat tahu terus private message Syira dekat facebook. Hihihi.




Semenjak dua menjak ni rezeki semakin murah. Mungkin berkat dapat baby Hannani. Hehehe. Syukur alhamdulillah... Terima kasih kepada penganjur :)



Yang menaip,

Menang Giveaway Fatin Diana



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

30 Disember 2013


Buat kesekian kalinya Cikgu Faiz menang giveaway lagi. Kali ni dari Fatin Diana. Alhamdulillah ada jugak rezeki. 





Terima kasih kepada penganjur dan sponsor :)




Yang menaip,

Kejutan | T-Shirt I Am Blogger



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

05 Disember 2013


Hari yang ke 25 berpantang. Sekejap je masa berlalu kan. Tup tup nanti dah masuk kerja semula. Okey, ni nak cerita masa sebelum masuk wad bersalin hari tu. Sehari sebelum tu masa Cikgu Faiz sampai di kampung dapat satu kejutan yang sangat la dinanti-nantikan. Hehe. Tengok-tengok ada satu bungkusan dari pos laju. Dalam hati dah dapat agak barang yang sampai.






Haaa.... mesti korang pon ada beli kan. Hehe. Ala, t-shirt blogger tu la. Cikgu Faiz order melalui blogger Shida. Tapi blogger Apit yang uruskan pasal t-shirt tu. Memang happy sangat masa tu terus bukak bungkusan dan try dekat badan yang tengah memboyot. Huhu. Ini merupakan t-shirt blogger yang pertama. Lepas ni kalau ada yang jual t-shirt blogger macam ni rasa macam nak beli lagi la. Huhu. Best jugak kalau dapat buat koleksi baju blogger.


Thanks to Apit coz t-shirt ni memang ohsem giler. Cikgu Faiz suka ^ ^ Hehe. Sekian.


Peminat tegar korea patut tengok ni --> KLIK


Yang menaip,

Please Meet My New Baby



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Perkenalkan orang baru dalam family cikgu Faiz ^ ^ Syukur padaMu Ya Allah.





p/s : Inilah sebabnya Cikgu Faiz jarang update blog sejak beberapa bulan yang lepas :)


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...