Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Bila Cuaca Panas, Apa Yang Cikgu Faiz Buat?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 17 September 2016


Panas betul rasanya hari ni. Berbahang je. Cuaca panas ni duduk rumah je la siapkan kerja-kerja sekolah. Cuti dah nak habis. Lepas ni akan kembali sibuk seperti biasa.




Kononnya bawa balik sepuluh buah buku ni untuk disiapkan tapi malangnya baru dua buah buku siap. Huhu. Inilah antara rutin cikgu masa cuti sekolah. Siapa yang cakap cikgu banyak cuti tu memang tak dinafikan la cuti sekolah memang banyak pada pandangan mata kasar tapi apa yang tersirat di sebalik cuti sekolah tu mungkin tak semua yang tahu. Contohnya seperti inilah kan. Apa pun cikgu tak pernah merungut sebab ianya dah menjadi sebahagian daripada tuntutan kerja. Bekerja kerana Allah dan demi membantu anak bangsa sendiri mudah-mudahan mendapat keberkatan dariNya. In Sha Allah.


Yang menaip,

Lawatan Sambil Belajar 2015 | 3D Art dan Farm In The City, Seri Kembangan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 12 Ogos 2015


Hari ini selesai sudah satu lagi aktiviti tahunan Prasekolah. Semakin lega nampaknya. Hihi. Pagi tadi telah diadakan Lawatan Sambil Belajar ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Murid-murid hadir ke sekolah seawal jam 7 pagi. Lebih kurang jam 7.45 pagi bas yang akan membawa rombongan tiba. Kalau dah namanya pon Prasekolah mestilah murid-murid terlalu teruja lebih-lebih lagi bila nak naik bas. Hihihi. Nampak je kelibat bas semuanya excited dan tak sabar-sabar nak naik. Huhu.


Lebih kurang pukul 8.10 pagi, kami semua bertolak ke Seri Kembangan. Lokasinya tak jauh sangat dari Puchong. Orang kata tak sempat nak panas punggung dah sampai. Hihihi. Walaupun dekat tapi ada jugak murid yang pening masa dekat dalam bas. Huhuhu. Di bawah ini ada la beberapa keping gambar yang sempat Cikgu Faiz rakamkan semasa di 3D Art dan Farm In The City.



Inilah wajah-wajah teruja yang tak sabar-sabar nak naik bas. Hihihi. Tahun ni hanya 32 orang murid sahaja yang menyertai lawatan sambil belajar.



Jeyeahh... seronoknya dapat naik bas. Hihihi. Gambar kurang memuaskan disebabkan bas yang sedang bergerak.



Oleh kerana kami sampai sebelum jam 9.30 pagi makanya agen pelancongan iaitu Mr Edwin menyarankan kami untuk bergambar di 3D Art dahulu sementara menunggu Farm In The City dibuka. Tak sangka dekat Seri Kembangan pon ada 3D Art ni. Ingatkan hanya ada di i City Shah Alam je. Hihi.







Tamat cerita di 3D Art.




Jam 9.15 pagi terus bergerak ke destinasi utama kami iaitu Farm In The City. Sampai-sampai terus nampak banner iklan ni. Promosi untuk family 2 dewasa, 2 kanak-kanak dengan harga RM116. Antara pakej yang ditawarkan korang boleh tengok dekat gambar tu. Cikgu Faiz ingat nanti boleh la bawak suami dan anak-anak ke sini sebab pakej tu macam menarik je. Hihihi. Boleh la Cikgu Faiz pulak yang jadi pemandu pelancong kepada Encik Suami. Hihihi.



Sebelum masuk ke dalam murid-murid diberi taklimat oleh staff Farm In The City. Cik ni la yang akan membawa rombongan kami menghayati keindahan flora dan fauna di dalam FITC. Hihihi. Itu yang menarik sebenarnya bila datang ke sini sebab ada orang yang guide kita bila masuk ke dalam. Takde la kelam kabut nak tengok yang mana dulu. Betul tak? Budak-budak ni nampaknya sudah bersedia untuk bertemu dengan haiwan-haiwan.



Haiwan pertama yang kami jumpa. Ostrich atau burung unta. Tapi kan rombongan kami dapat hadiah tau. Nak tahu apa dia? Hmmm.... dengan tak semena-mena burung unta ni terkucil pulak dan membuang air besar di hadapan kami semua. Huhuhu. Terkejut sangat sebab masa terkucil tu macam air paip je. Kihkih. Itulah hadiah dari burung unta ni.





Bergambar kenangan di pintu masuk Farm In The City bersama semua murid, guru dan ppm. Silau sangat masa ni. Matahari tengah naik.



Selepas ini kami akan dibawa melihat dan memberi makan kepada kura-kura. Semua murid berpeluang untuk memberi makanan kepada kura-kura gergasi ini.



Mula-mula semuanya takut-takut nak suap sayur dekat kura-kura ni. Bila dah lama-lama tu barulah okey. Huhuhu. Ada dua ekor je kura-kura gergasi ni.



Melawat kolam itik pula. Nasib baik takde sape yang nyanyi lagu Anak Itik Tok Wi. Kihkih. Seronok melihat gelagat itik-itik ni.





Kali ini cikgu-cikgu kena sukarela bagi makan burung. Mulanya Cikgu Abdullah dengan burung pipit je. Okey la kan kecik aje. Huhu. Cikgu Faiz pon kena jugak tau tapi takde gambar la pulak. Ada sekeping je tadi. Tunggu di akhir entri ini ye baru boleh tengok. Hihik.



Yang ini pula burung merak tapi sayang ekornya tak kembang. Kalau tak boleh la tengok rupa burung merak yang cantik ni.



Melawat kambing pula. Dekat bandar tu memang susah nak tengok kambing yang real macam ni. Hihi. Masuk je kandang kambing ni semua takut sebab kambing-kambing tu meluru je dekat murid-murid sebabnya kambing ni nak makan. Hahaha. Habis kasut Cikgu Faiz kena pijak disebabkan murid-murid yang ketakutan. Hahaha. Nakal kambing ni.



Bila murid-murid ni dah bagi kambing makan barulah kambing ni okey sikit. Mungkin sebab kambing ni tahu kalau ada orang ramai je mesti nak bagi dia makan. Itu yang meluru je bila nampak kami datang. Hihihi. Tengok tu dah jinak dah dan murid pon berani je nak usap-usap kambing. Hihi.



Asalnya Cikgu Faiz nak selfie dengan kambing tapi tak menjadi pulak. Huhuhu. Nampak kepala kambing je la.



Melawat arnab pula. Dapat bagi makan jugak. Pendek kata dekat Farm In The City ni kita banyak bagi makan dekat haiwan yang ada. Itu yang best.











Seterusnya, nak bagi makan ikan pula. Menderu-deru ikan datang nak makan.





Swan pon ada jugak.





Kini tibalah masanya untuk aktiviti 'Longkang Fishing'. Murid-murid boleh menangkap ikan-ikan yang ada di dalam 'longkang' ini. Bukan senang nak tangkap ikan kecik-kecik ni.



Ha... tangkap jangan tak tangkap.



Yang perempuan ni lagi la. Tangkap ikan dengan penuh bersopan. Hihihi.



Dengan bantuan seorang brader ni merasa jugak la budak-budak ni dapat ikan. Hihihi. Tengok tu hasil tangkapan murid-murid lelaki.







Yang dekat tepi tu masih gigih untuk menangkap ikan. Huhuhu.



Sambung melawat lagi sebelum makan tengahari pula. Semua macam tak lapar je nampak gayanya. Seronok ye.







Ini namanya cicak lidah biru.



Menyaksikan persembahan burung kakaktua. Ada yang bercakap 'hello', ada yang meneka bola dan ada yang menaikkan bendera. Hebat betul burung-burung ni. Mesti hari-hari dah berlatih.



Akhirnya habis jugak kami berjalan di Farm In The City. Barulah terasa penat sangat kaki ni. Huhuhu. Perut pon dah mula kelaparan. Destinasi kami yang terakhir adalah KFC !!! Siap je makan terus bergerak pulang ke sekolah.



Tara.... ada jugak ole-ole dari Farm In The City. Gambar kenangan dengan burung beserta sijil dari Farm In The City. Gambar kecik ni berharga RM11. Murid-murid pon dapat sijil sorang satu beserta baucer tiket 'buy one, free one'. Oh ya, pakej lawatan kali ini berharga RM60 untuk murid dan RM70 untuk guru. Kalau pergi tanpa agen mungkin boleh dapat murah lagi. Harga yang Cikgu Faiz dapat tu termasuklah kos pengangkutan dan makan tengahari. Harga ini juga bergantung kepada agen yang kita ambil.


Agak panjang entri kali ini tapi seronok dapat berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang berada di Farm In The City. Sekian.


Promosi terbaru dari Celcom >>> TENGOK NI


Yang menaip,

Pertandingan Reka Cipta Bahan Inovasi Guru Prasekolah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 25 Jun 2015


Pagi semalam telah diadakan Pertandingan Reka Cipta Bahan Inovasi Bagi Guru-Guru Prasekolah peringkat daerah Petaling Perdana. Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Seksyen 18 Shah Alam. Ini merupakan aktiviti yang wajib disertai oleh semua guru prasekolah sama ada secara individu atau berkumpulan. Cikgu Faiz memilih secara berkumpulan. Pada hari tersebut wakil kumpulan sahaja yang datang untuk membentangkan bahan yang telah dibuat.







Inilah bahan inovasi dari kumpulan Cikgu Faiz. Nama kumpulan kami 'PU CREATIVE'. PU tu bermaksud Puchong Utama. Hihi. Simple je bahannya. Inovasi ini diberi nama 'Roda Pintar'. Kami cuma perlu membina tapak roda pintar sahaja kerana semua kad-kad yang digunakan memang dah ada di kelas Cikgu Faiz. Cikgu Faiz cuma beli gam uhu je. Barang-barang lain semua guna yang dah sedia ada. Jimat tak jimat la kan. Huhu.



Kad imbasan ni memang dah lama Cikgu Faiz siapkan sebab memang nak guna dalam kelas. Hihi. Nasib baik ada kad ni. Kebetulan printer buat hal pulak tak dapat nak print bahan. Guna yang ni je. Senang. Huhu.



Suasana sebelum pertandingan bermula. Semua sedang sibuk menyusun atur bahan inovasi masing-masing. Cikgu Faiz memilih untuk duduk diam diam sebab hati ni dah mula rasa tak tenang. Huhu. Biasa la. Nerves. Hihi.



Sebaik sahaja pertandingan dimulakan. Juri menilai inovasi peserta individu dahulu. Berdebar-debar rasanya jantung ni. Huhu.




Semakin menghampiri nampaknya. Tiba-tiba rasa seram sejuk. Padahal cuma cerita pasal bahan je. Bukan ada apa pon tapi takutnya bukan main lagi. Huhu.




Alamak !! Dah nak dekat la. Huhu.




Bahan inovasi yang bertemakan aiskrim.




Sampai juga giliran Cikgu Faiz. Mula-mula tu memang gugup tapi bila dah asyik bercakap tu baru okey sikit. Hihi.




Roda Pintar ni bukan sahaja untuk mengenal ABC tetapi boleh digunakan untuk mengeja perkataan dan mengajar tajuk bertema. Bila dah selesai giliran Cikgu Faiz barulah bersemangat nak tengok kawan-kawan punya bahan. Kalau tak duduk je sebab nerves punya pasal. Huhu. Ini antara bahan-bahan inovasi yang Cikgu Faiz sempat rakamkan gambarnya.












Yeay... terus dapat sijil. Ini yang penting. Hihi. Sebagai bukti penyertaan. Huhuhu.




Baru ada mood nak selfie. Kihkih.



Ini merupakan pemenang bagi kategori berkumpulan. Tempat ketiga.



Pemenang di tempat kedua. Memang gigih la nak buat minion ni. Tapi takpe. Berbaloi sebab sangat menarik dan macam-macam aktiviti boleh buat dengan minion ni. Tahniah !!! Tempat pertama dan pemenang kategori individu tak sempat nak ambik gambar. Hihi. Tamat sudah satu bab. Lepas ni akan ada aktiviti lain pulak. Huhu. Sekian.




Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...