Showing posts with label nilai-nilai murni. Show all posts
Showing posts with label nilai-nilai murni. Show all posts

Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Malam ni Cikgu Faiz nak share tentang Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Bagi seorang guru macam Cikgu Faiz ni, nilai-nilai peribadi asas patut ada di dalam diri. Kalau takde tu pandai-pandai la terapkan di dalam diri ye ^ ^





Antara nilai-nilai peribadi asas yang patut diterapkan ialah :-


Taat setia
  • Patuh, tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan, membinasakan, menjatuhkan imej, memalukan serta memburukkan organisasi.
  • Taat setia kepada Raja, Negara dan Kerajaan.

Amanah / Jujur
  • Tidak menyeleweng, boleh dipercayai sama ada dalam menjalankan tugas atau memegang rahsia.
  • Semua urusan yang dipertanggungjawabkan mesti ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin.

Bertanggungjawab
  • Kewajipan yang perlu dilaksanakan.
  • Ada akauntabiliti, boleh diperiksa atau dinilai pada bila-bila masa.
  • Tidak 'melontar batu sembunyi tangan'.

Ikhlas
  • Kebersihan rohani yang tertinggi, tidak menipu atau menunjuk-nunjuk.
  • Tidak mengharapkan balasan
  • Tidak mempunyai agenda tersembunyi.

Dedikasi / Tekun
  • Mengerjakan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh, sabar serta minat yang mendalam sehingga selesai dengan sempurna.
  • Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Berdisiplin
  • Patuh dan mengamalkan secara berterusan segala arahan, peraturan dan ketetapan yang dikenakan oleh sesuatu organisasi.

Bekerjasama
  • Bergotong-royong dan bantu-membantu dalam menjalankan tugas.
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  • Mewujudkan kerja berpasukan.
  • Menjalankan tugas secara kolektif.

Bersih
  • Rohani dan jasmani.
  • Jauh daripada perasaan hasad dengki, tamak. khianat, dendam.
  • Pakaian, persekitaran kerja, pemilikan harta.

Sederhana
  • Menolak keterlaluan, pertengahan antara dua ekstrem.
  • Dalam tugas seharian, percakapan, arahan, pergaulan, pakaian.

Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia




Salam sayang,

Nilai-Nilai Murni Dalam P&P

Assalamualaikum.





Terdapat 16 nilai-nilai murni dalam P&P beserta dengan penerangan ringkas. 
  • Baik hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap ini dilihat dengan menilai tindak tanduk seperti : aspek belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami dan sedia memaafkan.


  • Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain yang membawa pengertian : bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri dan jaya diri dan yakin pada diri sendiri.


  • Hemah tinggi
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat seperti : kesopanan, mengakui kesalahan dan ramah mesra.


  • Hormat menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan yang merangkumi : hormat dan taat kepada ibu bapa, hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin, hormat kepada Raja dan Negara, patuh kepada undang-undang, hormat kepada hak asasi, hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan dan hormat kepada keperibadian individu.


  • Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan, lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri : sayang kepada nyawa, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada negara dan cinta kepada keamanan dan keharmonian.


  • Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.


  • Kebebasan
Kebebasan yang tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah : kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.


  • Keberanian
Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati yang perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana, Nilai ini merangkumi : berani dengan tidak membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian dan berani bertanggungjawab.


  • Kebersihan fizikal dan mental
Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah : kebersihan diri, kebersihan persekitaran, pertuturan dan kelakuan yang bersopan dan pemikiran yang sihat dan membina.


  • Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.


  • Kerajinan
Usaha berterusan yang penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.


  • Kerjasama
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royong, ketoleranan dan perpaduan.


  • Kesedaran
Sikap yang tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah : sederhana dalam menimbangkan kepentingan orang lain dan tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.


  • Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih, mengenang budi dan penghargaan.


  • Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, berfikiran logik dan terbuka.


  • Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.


* Nota : P&P ialah pengajaran dan pembelajaran.


Jom klik HAPPY DEEPAVALI.


With love..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...