Baru

Assalamualaikum. Hai hai dan selamat pagi.

Untuk kesekian kalinya blog aku berwajah baru. Ni dah kes takde keje la ni. Oleh kerana esok cuti, aku mengambil kesempatan untuk tidur lewat. Lepas tu esok mesti susah nak bangun. Mata pon dah jadi macam mata kambing. Dah la siang tadi aku tido kat dalam kelas. Lepas budak2 balik la wei. Aku terus baring. Mengantuk giler. Terlelap jugak la tadi. Bangun2 mate macam taknak bukak je. Bila dah sampai rumah terus taknak tido.

Mungkin sebab aku berpuasa sebab tu mengantuk. Ceh, pandai2 je buat teori. Hari ni aku berbuka puasa dengan nasi tomato yg dibeli di pasar malam je. Malas aku nak masak sejak kebelakangan ni. Letih setelah seharian bekerja untuk mencari sesuap nasi (ayat takleh blah).

Korang jangan lupa tau komen blog baru aku ni. Aku nak jugak tau pandangan korg tentang blog ni. Jom tido la. Mengantuk pulak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...