Showing posts with label sekadar bingkisan. Show all posts
Showing posts with label sekadar bingkisan. Show all posts

Selamat Tinggal Cinta



Selamat Tinggal Cinta....

Cinta... Ungkapan yang nampak cantik dan indah,

Madah yang diungkapkan tatkala hati bersulam suka dan sayang,

Rijal dan nisa' berebut-rebut untuk mendapatkan cinta,

Yang kadang-kadang tak pasti akibatnya.


Aku benci cinta...

Kerana cinta aku lalai,

kerana cinta aku leka,

Kerana cinta aku alpa dengan dunia,

Kerana cinta aku semakin jauh dengan Tuhan yang menciptakanku,

Kerana cinta juga aku hampir tersungkur menyembah bumi,

Kerana cinta aku lupa Akhirat....


Cinta... Kau sangat merbahaya,

Membawa ke alam kemaksiatan,

Dunia yang penuh noda dan dosa.

Kini aku menyesal,

Cinta yang ku cari selama ini ibarat bunga,

Yang akhirnya akan layu dan jatuh ke tanah jua,

Hanya cinta kepada Allah itu yang abadi selamanya.


Cinta... Selamat tinggal sebelum membina Baitul Muslim,

Selamat datang selepas membina rumahtangga,

Selamat tinggal cinta yang penuh noda,

Selamat tinggal..

Sekadar renungan..

Manusia, manusia....
Manusia dijadikan dengan berbagai-bagai rupa dan kerenah,
Semua manusia itu cantik dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri,
Dan kecantikan itu bukan hanya kecantikan luaran, bahkan kecantikan dalaman,
Untuk mencantikkan diri, manusia perlu mencorakkannya dengan sikap yang cantik,
Bukan sekadar berhias rupa,
Hati yang bersih dan ikhlas turut memainkan peranan.

Kehidupan juga perlu cantik untuk mencantikkan lagi dunia mereka,
Dunia yang penuh tipu daya,
Dunia yang penuh pancaroba,
Malangnya, ada segelintir manusia yang terlalu mengikut nafsu yang menggila,
Nafsu untuk mendapatkan apa yang bukan menjadi milik mereka.

Manusia jenis apakah itu?
Dengan sesuka hatinya merampas kebahagiaan orang lain,
Sampai sanggup merobek kepercayaan yang telah diberikan terhadapnya.

Kenapa perlu memaksa diri jika tidak mampu?
Bukankah itu akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain,
Manusia memang tamak dan mementingkan diri sendiri,
Sampai tergamak melukakan perasaan orang di sekeliling mereka.

Manusia juga tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang mereka ada,
Apa lagi yang kau mahu wahai manusia?
Jika kau tidak berusaha, manakan dapat apa yang kau minta,
Semua itu tidak datang bergolek,
Kau yang harus berusaha,
Tapi kau malas,
Kau hanya tahu meminta, meminta dan meminta,
Apa gunanya tulang empat keratmu yang telah Allah kurniakan?
Adakah kau mahu mensia-siakan hidupmu dengan meminta-minta?

Manusia yang punya akal tidak akan sampai hati untuk berperangai sebegitu,
Tapi kau?
Kau hanya tahu bersenang-lenang tanpa memikirkan orang lain yang bertungkus-lumus mencari rezeki,
Kenapa tidak sama-sama berganding bahu membantu insan-insan yang memerlukan?
Itu lebih adil bukan?
Keadilan memang susah dicari,
Ada saja alasan untuk mengelakkan diri.

Tapi kau harus tahu,
Walau apa pun yang kau lakukan ada yang sentiasa memerhatikan,
Tepuk dada, tanya iman.
Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di lubuk hati makhluknya,
Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...