Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Cuci Mata Di IOI City Mall, Putrajaya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 03 Februari 2015


Hari ini negeri Selangor cuti bersempena dengan perayaan Thaipusam. Dapat la rehat sikit. Dah lama betul tak update blog ni. Baru je bayar bil broadband celcom ni ha. Huhu. Sabar je la Cikgu Faiz ni. Banyak cerita dah tertunggak ni. Grrrr.... Terpaksa la update satu satu ye.




Cuti baru-baru ini Cikgu Faiz sekeluarga berkunjung lagi ke IOI City Mall, Putrajaya. Yang paling teruja nak berjalan dah tentu la anak-anak Cikgu Faiz lebih-lebih lagi si kecil yang baru dapat kaki tu. Hihihi. Tengok je la gaya OOTD Hannani dekat muka pintu. Nampak sangat dah tak sabar nak berjalan. Hahaha.




Aiiiii.... lama betul abah ni adjust kereta. Hannani dah tak sabar nak keluar tu. Pintu grill tu memang pantang terbuka, cepat je Hannani nak keluar. Haha. Dah pandai nak berjalan sendiri kan. Macam dah besar sangat gayanya.




Yeayyy !!! Dah sampai tapi kena duduk dalam stroller la pulak. Huhuhu. Nasib baik la boleh duduk walaupun tak berapa nak diam sangat. Suka betul Hannani tengok orang yang lalu lalang di sepanjang jalan. Hihi.




Salah satu daya tarikan pengunjung untuk ke sini termasuk la Cikgu Faiz. Hihi. Ice skating. Bestnya kalau dapat meluncur. Huhu. Hati ni melonjak-lonjak nak main tapi apakan daya anak-anak masih kecil. Kena tunggu diorang besar baru dapat merasa kot. Huhu. Masa ni tak ramai orang sebab hari Jumaat.




Singgah di kedai cermin mata menemani Encik Suami yang nak menempah cermin mata untuk silau. Sambil tu cuci mata melihat aneka cermin mata yang ada. Comel je design yang ada. Geram pulak tengok. Hihi. Harga pon boleh tahan.




Masa ni Encik Suami sedang sibuk mencari seluar kerjanya. Haha. Sambil tu boleh posing kejap. Hihi. Masa Cikgu Faiz datang ke IOI City Mall ni, kebanyakan kedai ada membuat potongan harga. Mau tak rambang mata nak memilih. Seluar jeans abang Faqih pon ada sale, cuma RM19.90 je. Terkejut giler sampai 2x dok tanya pekerja betul ke harga tu. Haha. Takut bila bayar nanti harga lain pulak tapi memang betul. Dapat la ambik 2 helai seluar jeans. Mihmih. Maaf, tiada gambar. Heeee....




Haaa.... yang ini pulak untuk Hannani pon ada sale. Dekat kedai Mother Care. Design semua lawa-lawa memang rambang mata dibuatnya almaklum la pakaian baby girl kan semuanya cantik-cantik dan comel. Dapat la 2 helai baju dan sehelai seluar. Hihi. Yang syoknya beli baju Hannani ni memang pakej sekali dengan hanger. Huhu. Cashier terlupa nak keluarkan hanger tu ha. Tak pasal-pasal dapat hanger free. Hehe.


Kesimpulannya Cikgu Faiz memang puas hati sebab semuanya ada sale. Hihihi. Lain kali boleh la datang lagi cuci mata dekat sini ye. Sekian.



Yang menaip,

Taman Botani, Putrajaya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 07 Januari 2015


Masih lagi bercuti. Kali ni Cikgu Faiz nak cerita pula tentang aktiviti di Taman Botani, Putrajaya. Dah hampir seminggu baru dapat update. Biasa la macam-macam dugaan. Huhu. Talian internet yang takde di kampung tu yang tak dapat nak buka blog ni.


Okey... Lepas je Cikgu Faiz keluar dari Alamanda Putrajaya, Encik Suami ajak pusing-pusing sekitar Putrajaya. Saje la nak tengok apa tempat yang ada di situ kan. Encik Suami cerita la dekat situ ada Taman Botani, Wet world dan lain-lain. Lepas tu Encik Suami ajak masuk ke Taman Botani. Pertama kali menjejakkan kaki ke situ, seronok jugak ye. Suasana tenang je dengan hamparan tasik yang menyejukkan mata yang memandang. Ramai jugak keluarga yang beriadah dan berkhelah di tepi tasik tu. Nampak macam seronok betul. Hihi. Almaklum la masa tu Tahun Baru kan, jadi semua pon bercuti.


Sempat jugak la merakamkan gambar di situ. Hihihi. Wajib okey. 



Entah apa-apa gaya la yang abang Faqih buat tu.




Bernasib baik sebab dapat gambar Hannani pandang kamera. Bukan senang ni.




Dah mula dah buat gaya ultraman dia. Huhu. Hannani macam biasa tak nak pandang kamera.




Ini gaya apa pulak? Macam-macam la abang Faqih ni. Tengok Hannani nak berdiri pulak tu. Huhu.




Ultraman lagi. Huhu. Penat tengok gaya yang sama je.




Baby girl yang comel dan lasak bukan main. Geram tengok abang posing macam ultraman la tu.




Ambik lagi, gambar saya yang comel ni ^^v




Tu apahal tu abang Faqih berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku je lagaknya. Hihi.



Memang seronok dapat menghabiskan masa dengan suami dan anak-anak. Bila dah mula bekerja nanti dah mula sibuk dengan kerja-kerja di sekolah pula. Huhu. Sekian saja laporan pada hari ini.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...