Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selasa . 02 Disember 2014
Korang suka kucing? Cikgu Faiz suka sangat dengan kucing. Dulu masa zaman budak-budak memang suka bela kucing. Lepas seekor, seekor Cikgu Faiz bela. Cikgu Faiz tak bela banyak sekaligus. Bila seekor kucing tu dah mati, mesti akan ada pengganti. Biasanya kucing yang Cikgu Faiz bela tu kucing terbiar, orang buang. Mak Cikgu Faiz yang rajin bawak balik kucing. Huhuhu
Kucing ni comel sangat kan. Kalau bela kucing dulu, Cikgu Faiz la yang bagi makan. Makanan biasanya nasi gaul dengan ikan goreng yang ditumbuk / ikan bilis yang ditumbuk / ikan sardin yang ditumbuk. Huhu. Mau tak gemuk kucing Cikgu Faiz. Bila dah mula bekerja sambilan selepas SPM, ada la duit sikit Cikgu Faiz belikan makanan kucing yang mahal sikit tu. Whiskas ke friskies. Tapi macam tak sesuai pula dengan kucing kampung sebab cirit birit ke gatal-gatal. Dah lupa. Huhu.
Nama kucing pulak macam-macam ada. Semuanya diberi secara spontan. Huhu. Si Tompok, Si Babu, Si Bobby, Si Neng, Si Mama dan banyak lagi. Huhu. Yang lawaknya kucing ni bila dah rapat dengan seseorang ia akan ikut je ke mana kita pergi. Contohnya masa dalam rumah. Pergi dapur ke bilik ke mesti kucing ikut. Kadang-kadang Cikgu Faiz saje berlari boleh pulak kucing tu kejar Cikgu Faiz. Macam tu la hubungan Cikgu Faiz dengan kucing. Ibarat isi dengan kuku.
Kucing la peneman Cikgu Faiz ketika di rumah. Pernah sekali tu kucing terkurung dalam kereta. Cikgu Faiz pon tak perasan bila masa kucing tu menyelinap masuk masa Cikgu Faiz ambil barang di dalam kereta. Bila panggil kucing tu tak balik-balik sampai la esok. Lepas tu esoknya bila bukak kereta tengok-tengok ada kucing. Huhuhu. Nasib la tak terkencing terbuang air besar dalam tu. Kalau tak jenuh jugak nak hilangkan bau. Huhuhu
Nampaknya penyakit suka kucing turut diwarisi oleh anak bujang seorang ni. Tapi kan, kebanyakan kucing takut sangat dengan abang Hakim. Mana taknya, abang Hakim suka sangat kejar kucing. Huhu. Bertempiaran la kucing bila kena kejar. Pegang kucing pon dah berani. Dulu agak takut.
Entah bila la dapat bela kucing lagi. Rindu pulak rasanya dengan kucing-kucing Cikgu Faiz tu. Semua pon dah mati. Sobsob. Sekian.
Yang menaip,