Perkembangan 9 Bulan Hannani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

31 Ogos 2014


Tanggal 10 Ogos yang lalu genab la usia baby Hannani 9 bulan. Lepas cuti raya hari tu Cikgu Faiz dan Encik Suami bawak Hannani pergi klinik untuk check up dan suntikan. Seronok sangat sebab berat Hannani dah 8kg. Hihi. Dan yang paling bernasib baik pada hari tu Hannani tak payah kena injection sebab nurse cakap Hannani dah dapat suntikan tu masa umur 5 bulan. Jadi, suntikan yang seterusnya pada usia setahun. Lega sangat tau sebab Cikgu Faiz ni takut jarum. Huhuhu.




Baby ni dah pandai membebel tau. Perkataan yang dia suka cakap sekarang ni "atatatatata....... , nanananananana......". Hihi. Tak padan dengan perempuan suka betul menjerit tau. Lepas tu pandai pulak marah abang dia. Huhuhu. Garang ni.




Lepas tu sekarang ni dah pandai nak menampar muka orang tau. Yang selalu jadi mangsa ialah orang yang dukung dia. Hahaha. Tengok muka Hannani je kena penampar. Huhu. Garang betul. Lepas tu suka mencekau muka orang. Huhu. Suka sangat buat mulut macam dekat atas tu. Hihi.




Kalau pasal mengutip nombor satu. Hish... benda yang kecik halus pon Hannani boleh nampak tau. Bahaya budak kecik ni. Lepas tu tak boleh tengok orang makan dia pon terliur je. Haha. Hannani tak macam abang. Kalau boleh semua dia nak makan. Abangnya dulu tak berapa nak makan sangat. Kalau bagi makan biskut tak boleh bagi dia pegang sendiri sebab nanti semua dia masuk dalam mulut dan banyak la yang terbuang kan. Jadinya terpaksa suapkan dia jadi takde la yang jatuh-jatuh kan. Hihi.




Sekarang ni juga Hannani dah pandai tepuk tangan bila dengar lagu "tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu". Hihi. Kadang-kadang sekejap je tepuk lepas tu malas dah. Haha. Banyak songeh tau baby girl ni. Geram je tengok. Nasib baik anak sendiri. Hihi. Budak ni juga dah pandai nak memanjat. Pantang ada tempat nak berpaut cepat je dia nak berdiri. Hihi. Dah tak sabar nak berjalan la tu. Habis la bonda kalau Hannani dapat kaki nanti. Makin slim la bonda. Huhuhu.




Syukur alhamdulillah Hannani membesar dengan baik sepanjang hampir 10 bulan ini. Semoga Hannani akan menjadi anak yang solehah dan dapat menyejukkan hati keluarga. Amin.




Yang menaip,

Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Negara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 31 Ogos 2014


Minggu lepas, Cikgu Faiz bersama unit Prasekolah SKPU telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Negara bersama murid-murid Prasekolah 2014. Seramai 48 orang murid dan 4 orang guru turut serta di dalam aktiviti ini. Ini bukan pertama kali Cikgu Faiz ke Zoo Negara kerana sebelum ini dan tahun-tahun yang lepas pernah juga membawa murid ke sini dan berjalan-jalan bersama keluarga tercinta.


Dalam trip ini Cikgu Faiz menggunakan khidmat pakej yang ditawarkan oleh agensi Matahari Travel. Murid-murid hanya perlu membayar RM45 sahaja. Bayaran ini tidak termasuk panda okey. Hihi. Kalau nak tengok panda kena tambah lagi RM15 ye. Huuuu... Dapat tengok rumah panda je la. Bayaran RM45 tu termasuklah harga tiket, bas dan makan tengahari.




Sebelum bertolak. Menunggu kehadiran murid-murid. Sambil tu minum ephyra dulu supaya lebih bertenaga nak mengawal murid-murid nanti. Hihi. Abaikan rak yang bersepah tu ye. Hihi. Penuh dengan buku je.




Masa dalam bas nak bertolak ke Zoo Negara. Bukan main riuh lagi semuanya. Seronok sangat kot dapat naik bas. Huhu.





Sampai je zoo, pemandu pelancong kami iaitu Wing sibuk menguruskan hal tiket masuk dan cikgu pulak settle hal budak-budak nak ke tandas. Huhuhu. Jammed kejap tandas dibuatnya dengan kehadiran kami. Hihi. Lepas dapat tiket dan semua dah masuk ke dalam zoo kami terus dibawa menaiki tram. Untuk kali pertama, 4 tram digunakan untuk membawa rombongan dari sekolah kami. Hihi. Seronok tak terkata murid-murid ni dapat naik tram dan melihat sendiri haiwan-haiwan dengan mata kepala sendiri. Cikgu Faiz tak dapat nak snap gambar disebabkan kamera yang tak berapa nak cantik. Huhu. Korang bayangkan sendiri la ye. Heee....




Ha.... nampak tak gambar tak berapa cantik kan. Sobsob. Ni masa dekat taman orang utan. Tapi sebelum tu kami dibawa menyaksikan pertunjukan haiwan dulu selama lebih kurang 30 minit. Murid-murid suka sangat tengok pertunjukan singa laut, burung kakak tua dan apa tah lagi satu haiwan tu. Lupa dah namanya. Huhu. Yang penting murid-murid seronok.




Ini gambar selepas pertunjukan haiwan. Muka letih dan lapar je semua. Lepas ni nak isi perut dulu lepas tu baru sambung jalan-jalan lagi.




Dah tak sabar nak makan. Sebelum tu kena baca doa dulu ye. Hihihi. Jemput makan cikgu, jemput makan kawan-kawan. Hihi.




Keseluruhannya Cikgu Faiz bersyukur sangat semuanya berjalan dengan lancar. Segalanya dipermudahkan. Lega sangat-sangat kami selamat pergi dan selamat pulang semula ke sekolah. Selesai sudah aktiviti hujung tahun bersama murid-murid Prasekolah. Sekian.




Yang menaip,

CPUV | Jacob's - Simple Pleasures



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 31 Ogos 2014


Selamat Hari Merdeka semua. Saya bangga jadi anak Malaysia. Hari ni Cikgu Faiz dapat CPUV lagi. Lama betul tunggu CPUV terbaru masuk. Sejak kekurangan masa untuk update blog ni CPUV pon macam dah tak berapa nak ada. Apa pun tetap bersyukur dengan apa yang ada ni.





Dah lama rupanya CPUV ni. Dapat 29 Ogos lepas. Huhu. Kempen kali ini datangnya dari Jacob's - Simple Pleasures. Agaknya apa yang Jacob's nak bagi ye. Kalau nak tahu klik je pada iklan tersebut ye. Terima kasih nuffnang kerana terus memberi kepercayaan kepada blog Ding Dang ni. Sekian.


Gomo Kelate Gome --> KLIK


Yang menaip,

Hannani Dah 9 Bulan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 10 Ogos 2014


Bila tengok tarikh hari ini.... menandakan yang baby Hannani dah masuk 9 bulan. Cepatnya masa berlalu. Besar dah anak dara sorang tu. Rasanya minggu ni kena injection. Ni yang risau ni. Hihi. Alhamdulillah Hannani membesar dengan baik. Sekarang ni mulut dah mula membebel, dah pandai meniarap laju-laju tapi dia tak merangkak okey. Hihi. Duduk pon dah stabil tapi masih kena berjaga-jaga jugak sebab kadang-kadang akan tumbang. Huhuhu.




Masa ni baru baik dari demam. Hannani dah ada dua batang gigi. Hihi. 




Hannani memang susah nak diajak bergambar. Suka sangat bergerak lepas tu tak nak pandang kamera. Huhu. Ini pon nasib je dia tengok kamera.




Tengok la tu. Suka sangat pandang tempat lain. Saje la tu nak bonda ambik gambar candid. Huhu.




Hannani tayang perut moncit dia. Haha. Props tak boleh blah. Petai.




Baby girl yang selalu kena buli dengan abang dia. Tak tahu la kenapa abang dia tak nak kawan dengan Hannani. Bila nampak abang dia mesti dia akan meniarap nak pergi dekat abang lepas tu abang dia tak nak kawan. Huhu. Abang Hannani tu kuat sangat cemburu. Yang kelakarnya bila Hannani babap abang boleh pulak abangnya menangis. Hihi. Garang jugak baby girl ni. Sekian.


Kereta idamanku? --> SINI


Yang menaip,

Giveaway #CikMielaBukaKedai



Assalamulaikum. Giveaway ini dibawakan oleh Cik Miela sempena pembukaan kedai Ladya Shops


Hadiah:
1x Long dress
1 x Long Tee
1 x Toup RM10 
30 x mystery gift untuk 30 peserta pertama
Gambar hadiah: 


Klik sini untuk join


Tak payah nak kelam kabut sangat. Hihi --> TENGOK


Yang menaip,