MINUM AIR DALAM KEADAAN PERUT KOSONG



Tahukah kamu, minum air ketika perut kosong sewaktu bangun pagi sangat popular di Jepun. Kajian saintifik juga mendakwa ia terbukti berkesan untuk melegakan sakit perut, masalah buang air kecil, cirit-birit, pening kepala, loya dan muntah, masalah mata, sakit tekak dan membantu masalah kegemukan.




Bagaimana caranya? Selepas kamu bangun dari tidur dan dengan tanpa memberus gigi minumlah air kosong dengan kuantiti 160ml sebanyak 4 kali. Kemudian, baru kamu memberus gigi dan membersihkan mulut tetapi jangan makan apa-apa selama 45 minit. Selepas 45 minit, kamu boleh makan dan minum seperti biasa.


Untuk lebih menjaga kesihatan, selepas waktu makan tengahari atau makan malam, jangan minum air selepas 2 jam. Bagi golongan dewasa dan warga tua yang sukar untuk minum 4 gelas air setiap kali bangun pagi, mereka boleh mulakan dengan segelas atau dua gelas sahaja setiap pagi dan lama-kelamaan, biasakan diri untuk minum 4 gelas setiap kali bangun tidur.


Cara-cara ini adalah panduan untuk kamu bagi membantu menyingkirkan toksin di dalam badan sekaligus boleh mencegah pelbagai penyakit.

4 comments:

mohdhazlan Dreadlock said...

mmg bgs minum air kosong ...kurangkn minuman bergula...

Dingdang said...

@mohdhazlan Dreadlock

sy sokong 100%
heee....

Pondok Usang said...

betul,betul... sunnah Rasullullah (SAW) juga menyuruh kite jgn minum air terus selepas makan.. Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air)

Dingdang said...

@Iwanski

ikot sunnah nabi lagi elok kan... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...