google.com.my
Aras : Rendah
Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun
Masa : 20 minit
Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
- Mengenali bentuk bulat sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
- Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat bentuk bulat.
- Menghasilkan bentuk bulat secara kreatif melalui pemerhatian.
- Menceritakan objek alam yang mempunyai bentuk bulat.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.
Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan bola pelbagai saiz.
Persediaan guru : Menyediakan bola pelbagai saiz dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Prosedur :
- Guru mengumpulkan kanak-kanak.
- Guru menunjukkan bola pelbagai saiz yang berbentuk bulat kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan bentuk yang ada pada bola tersebut.
- Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
- Guru membuat demonstrasi melukis bentuk bulat.
- Minta kanak-kanak imbas kembali bola pelbagai saiz yang berbentuk bulat dan melukis bentuk bulat.
- Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
- Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain bola, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai bentuk bulat serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang berbentuk bulat.
Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Yang benar,
harini belajar bentuk bulat pulak..hehe
ReplyDeletebanyak ilmu terkumpul ^___^
wah ckg faiz hari ni ajar pasal bentuk..good luck tau!
ReplyDeletebulat? muka sha bulat hehe
ReplyDeletesihat ngn nutri hehe
ReplyDeletehari nie pasal bentuk bulat ya cikgu...
ReplyDeletehari nie belajar bentuk bulat ya cikgu...
ReplyDelete