google.com.my
- Lambat bertutur.
- Mencampur-adukkan bunyi dan suku kata dalam perkataan yang panjang. Contohnya, 'hostipal' apabila ingin menyebut 'hospital'.
- Jangkitan telinga yang kronik.
- Reaksi yang teruk kepada penyakit kanak-kanak.
- Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai ritma akhir sama. Contohnya, apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi akhirnya dengan 'topi', seperti 'api', mereka akan memberi jawapan yang salah seperti 'baju'.
- Sentiasa keliru antara kanan dan kiri.
- Lambat dalam menentukan sama ada tangan kanan atau pun kiri lebih dominan.
- Menghadapi masalah mengikat tali kasut.
- Sukar mengingati alamat, nombor telefon atau pun huruf.
- Mempunyai saudara terdekat yang menghidapi disleksia.
Peringkat Sekolah Rendah
Simptom disleksia yang dapat diperhatikan semasa peringkat sekolah rendah adalah seperti berikut :-
- Disgrafia iaitu tulisan tangan yang lambat, tidak automatik dan sukar dibaca.
- Berterusan menterbalikkan huruf atau pun nombor sehingga melepasi Tahun 1.
- Mengalami kesukaran ekstrim mempelajari tulisan sambung.
- Masih ada masalah apabila memasang butang baju.
- Bacaan yang lambat, terputus-putus dan tidak tepat seperti, selalu meneka perkataan berdasarkan bentuk dan kandungannya, mencicirkan atau pun salah baca kata penghubung (di, pada), mengabaikan kata awalan semasa membaca, tidak dapat membaca atau pun membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpai.
- Sukar mengingati perkataan bukan fonik dalam bahasa Inggeris (sight words) seperti "eye" dan "ear".
- Sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang menggunakan jarum.
- Menghadapi masalah dengan matematik seperti sukar menghafal jadual sifir, sukar mengingati siri langkah-langkah operasi matematik, sukar membuat operasi mental berkaitan arah.
- Kesukaran mencari perkataan yang tepat semasa bertutur. Contohnya, banyak menggunakan perkataan seperti "apa tu ...", "err ..." dan ucapan biasa dituturkan dalam keadaan terbalik atau pun silap, contohnya kata kiasan seperti, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" mungkin dituturkan "lama-lama sikit-sikit jadi bukit".
- Bilik, beg atau pun meja tulis yang sangat berselerak.
- Sangat tidak suka pergi ke sekolah. Mereka mungkin mengadu sakit perut atau mengalami mimpi, igauan buruk mengenai sekolah.
Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bnd.
Yang benar,
uihh masalah ni ^^
ReplyDeletesalam ukhuwah..salam perkenalan..:)terima kasih mai terjah blog kak intan..hehehe
ReplyDeletebagus la CF share info yg berguna
ReplyDeleteilmu n info yg berguna thnks for shring hehe
ReplyDeletedone hotlink n churp2
ReplyDeleteKak intan pernah g interview kanak2 diseleksia ni..masa keja dengan magazine..depa ni normal Cuma ada kadang2 depa Nampak huruf terbalik…pastu tulis terbalik..b jadi d…tp banyak juga yg berjaya..
ReplyDelete@intanfirdaus247
ReplyDeletedah terbukti yang kanak-kanak disleksia pon boleh berjaya seperti kanak-kanak biasa yang lain. Cuma mereka perlukan lebih bimbingan dari orang di sekeliling.
assalamualaikum...terima kasih atas informasi ini. anak saya pun ada simptom disleksia tapi masih dalam pemerhatian doktor. dia tampak sangat normal tapi bila kita sangat dekat dngna dia..banyak perkara diluar jangkaan.
ReplyDelete