- Mengenali garisan lurus sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
- Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan lurus.
- Menghasilkan garisan lurus secara kreatif melalui pemerhatian.
- Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan lurus.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.
Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan Jalur Gemilang.
Persediaan guru : Menyediakan Jalur Gemilang yang mempunyai corak garisan lurus dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Contoh :
Prosedur :
- Guru mengumpulkan kanak-kanak.
- Guru menunjukkan Jalur Gemilang yang mempunyai garisan lurus kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada Jalur Gemilang.
- Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
- Guru membuat demonstrasi melukis garisan lurus.
- Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada Jalur Gemilang dan melukis garisan lurus.
- Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
- Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain Jalur Gemilang, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan lurus serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini. Selepas aktiviti melukis garisan lurus melintang, guru boleh mengadakan aktiviti melukis garisan menegak bersama kanak-kanak.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan lurus.
Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Galeri Ilmu Sdn, Bhd.
With love..,
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)