Belajar Dari Kesilapan



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Alhamdulillah... Hari kedua berada di kampung halaman. Malam tadi meriah betul dengan bunyi mercun. Namun begitu, ianya langsung tidak menggugat ketenteraman Cikgu Faiz untuk tidur lena. Hehe. Selamat Tahun Baru Cina, Happy Chinese New Year dan Gong Xi Fa Cai kepada penduduk Malaysia yang meraikannya khususnya kepada kaum cina ^ ^


Hari ni Cikgu Faiz nak share keputusan peperiksaan + assignment untuk semester yang kedua baru-baru ini. Takde la dapat cemerlang tapi keputusan kali ni lebih baik dari semester satu tahun lepas. Bersyukur sangat sebab kali ini ada peningkatan dari segi pointer sem dan gred purata.




Kali ni Cikgu Faiz dapat 1A, 2B, 1C. Bila dah bekerja sambil belajar ni memang dah tak fikir nak cemerlang. Apa yang penting lulus dan dapat meneruskan pengajian di peringkat yang seterusnya. Jauh di sudut hati Cikgu Faiz pon teringin juga nak dapatkan keputusan yang lebih baik dari yang ini tapi apakan daya, bukan senang nak bahagikan masa dengan kerja dan menjadi seorang pelajar. Lagi pulak sekarang dah berstatus puan makin bertambah la tanggungjawab yang harus dipikul. Mereka yang mengalami situasi seperti ini mungkin faham.


Sebenarnya banyak sangat dugaan sebelum Cikgu Faiz mendapat keputusan seperti di atas terutamanya bagi subjek Pengantar Bahasa Melayu dan subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2. Dua subjek tu betul-betul membuat Cikgu Faiz tidak tentu arah sekejap. Kalau diingat balik kelakar pun ada dan Cikgu Faiz akan jadikan ianya sebagai pengajaran supaya lebih teliti dan tidak membuat tugasan 'last minute'. Hehe.


Pengantar Bahasa Melayu

Subjek ni ada dua tugasan dan selalunya setiap tugasan mempunyai dateline yang berbeza. Tapi entah macam mana Cikgu Faiz boleh tak perasan yang tarikh penghantaran kedua tugasan tersebut adalah sama. Memang cuak giler sebab Cikgu Faiz cuma menghantar tugasan satu sahaja manakala tugasan kedua tidak dapat dihantar secara online kerana telah disubmit kepada pensyarah e-learning secara online ! Ayoyo macam mana ni?? Apa lagi terus private mesej dekat pensyarah tersebut memaklumkan perkara itu dan meminta beliau supaya membuka kembali tapak penghantaran tugasan tersebut. Dalam masa yang sama Cikgu Faiz menghantar tugasan tersebut melalui pos sebagai backup jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Beberapa hari kemudian pensyarah tersebut membalas mesej dan meminta Cikgu Faiz menghantar tugasan kedua melalui emailnya dalam tempoh beberapa hari sahaja. Satu lagi masalah besar terjadi kerana Cikgu Faiz cuma membaca mesej itu setelah tempoh penghantaran tugasan itu telah tamat. Alamak !! Habis la kali ni. Huhu. Tapi Cikgu Faiz tetap submit assignment tu melalui email. Dalam hati terfikir mesti result subjek ni teruk. Hati memang dah tak keruan sebab takut gagal subjek tu. Aaaa !!! Saya tak nak repeat ! Tapi, Alhamdulillah.... Pensyarah tersebut memberi gred B+. Terima kasih Dr. ^ ^. Saya sangat hargainya. Allah saja yang dapat membalas segala jasa baik Dr. kepada saya. Huhu.


Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2

Bagi subjek ni semua pelajar dikehendaki membuat rakaman pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cara penghantaran adalah dengan memuat naik video tersebut di laman youtube dan mengambil url video tersebut untuk dihantar melalui tapak assignment yang telah disediakan. Tapi Cikgu Faiz tak dapat nak memuat naik video tersebut kerana tempoh masa video yang agak lama iaitu hampir 30 minit telah menyukarkan Cikgu Faiz untuk memuat naik video itu. Akhirnya Cikgu Faiz mengambil keputusan dengan mengepos CD sahaja. Syukur Alhamdulillah sebab pensyarah tersebut telah menerima tugasan Cikgu Faiz tu :).


Forum

Menjawab forum juga dapat menyumbang markah bagi sesuatu subjek. Masa semester satu Cikgu Faiz agak malas nak jawab forum jadi sebab itulah pointer agak kureng. Untuk semester kedua ni Cikgu Faiz banyak menghabiskan masa dengan menjawab forum. Ternyata sagala usaha Cikgu Faiz ada juga hasilnya :). Terima kasih ya Allah.


Sorry la kalau entri kali ni agak panjang lebar. Hehe. Sekian.




Salam sayang,

9 comments:

Mimie said...

tahniah kire ok la kptsn tuh kan

puteri kasih said...

dah ok dah keputusan tu cikgu..semoga terus berjaya :)

Anonymous said...

Tahniah sebab lulus :) hee
Semoga terus berjaya.

NEEZA said...

chaiyook!chaiyook!!cikgu faiz boleh :D

Akupenghibur.com said...

wahhh oklah cikgu hebat jgk..moga terus sukses

ainun said...

cikgu buat PJJ ek..macam mana ek rasa buat PJJ? wann pun rasa macam nak apply PJJ jugak la..hehe :)

Katak Comel said...

truskan usaha utk dpt result yg lbih cmrlg..

EH - Ekslamasi Holistik said...

Tahniah Cikgu utk kptsn peperiksaan di UPSI...

sHaRiNa eLyaNa said...

wah hbt la CF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...