google.com
- Menyanyi lagu dengan irama dan intonasi yang betul sambil membuat pergerakan.
- Bercerita tentang ahli keluarga masing-masing.
- Mengamalkan rasa kasih sayang, hormat menghormati dan tanggungjawab terhadap keluarga.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas. Ia sesuai untuk kanak-kanak memupuk rasa kasih sayang dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang lain.
Bahan / alatan : Video atau slide tentang keluarga.
Persediaaan guru : Membuat slide atau video tentang sebuah keluarga. Menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Senikata lagu :
Rajin Adik Rajin
Rajin adik rajin,
Rajinlah belajar,
Bila besar nanti boleh tunjuk ajar,
Ayah juga ibu gembira selalu,
Melihat adikku rajin baca buku.
Prosedur :
- Guru menayangkan video atau CD tentang sebuah keluarga.
- Guru menasihatkan kanak-kanak agar sentiasa menyayangi ahli keluarga masing-masing.
- Guru meminta seorang kanak-kanak bercerita tentang ahli keluarga masing-masing.
- Guru memberi peluang kanak-kanak bercerita.
- Guru menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan atau bermain kerincing.
- Kanak-kanak mendengar nyanyian guru.
- Guru menyebut senikata lagu diikuti oleh kanak-kanak.
- Guru meminta kanak-kanak bertepuk tangan atau bermain kerincing mengikut rentak lagu.
- Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama sambil bertepuk tangan dan bermain kerincing.
Cadangan : Guru boleh meminta kanak-kanak bercerita tentang adab dan cara menghormati ahli keluarga yag lain.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar perkara yang baik dan tidak baik dilakukan sewaktu menjaga adik kecil di rumah. Minta kanak-kanak memilih dan memadankan gambar yang sesuai dan tidak sesuai.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar perkara yang baik dan tidak baik dilakukan sewaktu menjaga adik kecil di rumah. Minta kanak-kanak memilih dan memadankan gambar yang sesuai dan tidak sesuai.
Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Salam sayang,
3 comments:
puteri pula yang terikut nyanyi lagu tu..hehe
itulah..trikut2 sama..sambil tepuk tangan..hehe
Mesti seronok mengajar kanak2 ;D
Post a Comment