Hari Ke-30 | Check Up Prolonged Jaundice



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Isnin . 09 Disember 2013




Hari ni genab la 30 hari usia baby Hannani. Pagi tadi Cikgu Faiz bawak Hannani pergi check up kuning. Patutnya hari ni jugak kena cucuk sebulan tapi kesian pulak dekat Hannani kena cucuk banyak kali. Jadi, esok je la pergi cucuk sebulan tu. Lagi pun pergi klinik yang dekat dengan rumah je. Hmmm.... mengenai perkembangan bacaan kuning Hannani masih belum turun sepenuhnya lagi. Hari ni bacaannya 8.0. Doktor kata kena turun sampai 4. Hari ni jugak dapat keputusan ujian air kencing Hannani. Keputusannya doktor suruh buat ujian lagi sebab macam ada kuman dalam result tu. Doktor kata mungkin sebab plastik yang digunakan untuk mengumpul air kencing tu terkena kulit punggung Hannani jadinya air kencing dah tak bersih lagi. Nak tak nak terpaksa jugak buat sebab doktor nak confirmkan yang keputusannya betul-betul baik. Kalau betul air kencing tu ada kuman ianya boleh menjejaskan buah pinggang. Takut la pulak bila dengar macam tu.





Inilah plastik yang digunakan untuk mengumpul air kencing tu. Khas untuk baby je ni. Kalau baby boy mungkin air kencing senang nak masuk. Sebelum doktor nak ambik air kencing Hannani tadi Cikgu Faiz asyik tanya doktor dan nurse sama ada proses tu menyakitkan baby atau tidak. Dorang kata tak sakit tapi tangisan Hannani betul-betul membuatkan Cikgu Faiz tak senang duduk. Sakit la tu. Kesian Hannani. Kecik-kecik dah kena buat macam-macam test. Next check up kuning dan result air kencing akan dapat pada 23hb Disember pulak. Harap-harap masa tu kuningnya dah takde.



Abah, bonda dan abang Faqih Hakim sayang Hannani ^ ^





Yang menaip,

3 comments:

Jejari Menaip said...

kesiannya....moga baik2 saja ya CF..:)

Mimie said...

Kesiannue..sy kan faiz kalo bab bab baby kalo skit memg sy xsmp ati n akan nangis..baby kot..ne thn skit

Mia Liana said...

alahai kesiannya... tak sampai hati kalau dengar baby menangis... sayup je hati ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...