Kenangan Sewaktu Mengandungkan Baby Hannani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 29 Disember 2013




Hari ini Hannani telah berusia 50 hari. Cepat je masa berlalu. Rasanya macam baru je Cikgu Faiz bersalinkan Hannani. Bila tengok Hannani tido teringat pulak saat-saat ketika mengandung dulu. Sebelum disahkan mengandung, beberapa hari sebelum tu Cikgu Faiz demam agak teruk jugak. Tak lama lepas tu check sendiri guna pregnancy test sah la yang Cikgu Faiz sudah mengandung beberapa minggu. Itu pon check sebab rasa tak sedap badan dan tekak pon rasa loya jer. Lepas demam tu pulak kepala Cikgu Faiz selalu rasa pening-pening lalat. 


Oleh kerana Cikgu Faiz bekerja sambil belajar, agak risau jugak bila dapat tahu yang diri ini telah berbadan dua. Dalam hati dok fikir macam mana la nak pergi kelas dengan assignment yang banyak lagi. Tapi Encik Suami banyak bagi sokongan moral. Takde la rasa risau sangat.


Tiga bulan pertama mengandung memang Cikgu Faiz mabuk agak teruk jugak. Tak macam masa mengandungkan Faqih dulu. Orang kata kalau kita mabuk teruk mungkin nak dapat baby girl. Cikgu Faiz pon tak pasti betul atau tak. Mungkin jugak kebetulan. Perut tak boleh lapar. Asal lapar je mesti termuntah. Dah la nak makan pon semua tak selera. Duduk rumah langsung tak boleh nak makan nasi. Tekak asyik meloya je. Tak tahu nak makan apa. Bila malam pulak tekak hanya boleh terima burger je. Huhuhu. Okey la. Dapat jugak alas perut walaupun makanan tu kurang berkhasiat untuk baby. 


Menghadap laptop langsung tak boleh. Baru nak menaip buat assignment tekak rasa loya. Sebab tu la sembilan bulan lepas Cikgu Faiz tak aktif berblog. Huhuhu. Kadang tu cuma publish komen-komen je. Tak boleh langsung nak duduk lama-lama depan laptop. Badan pon lemah je. Bila balik dari sekolah kerja Cikgu Faiz cuma terbaring.


Bila dan masuk empat bulan ke atas baru la rasa okey sikit. Makan sudah semakin berselera sampai berat badan naik mendadak dan disuruh minum air gula pada bulan puasa yang lalu. Dan hasilnya Cikgu Faiz telah disahkan menghidap kencing manis. Huhuhu. Sedih dan risau. Kena pulak dengar ceramah pemakanan lepas tu dua minggu sekali kena check darah dekat klinik sebanyak 4 kali sehari. Dahla Cikgu Faiz ni memang takut dengan jarum. Tiap kali nak kena check darah / cucuk mesti akan rasa risau tak menentu padahal cucuk sikit je pon. Huhu. Cikgu Faiz memang penakut okey.


Alhamdulillah, lepas bersalin ni kencing manis dah takde tapi Cikgu Faiz akan tetap menjaga pemakanan sama seperti ketika mengandung dulu. Banyak risiko bila ibu mengandung terkena kencing manis ni. Antaranya, berisiko terkena darah tinggi, baby mati ketika dalam kandungan, baby besar, baby berisiko terkena kencing manis dan lagi apa entah tak ingat pulak. Di akhir mengandung sebelum bersalin hari tu doktor ada bagitau sekiranya Cikgu Faiz tak bersalin mengikut due date kena terus serah diri dekat hospital. Bila dengar je macam tu memang risau dan takut. Cikgu Faiz selalu berdoa supaya baby akan keluar awal sebab tak nak serah diri. Saya takutttt. Encik Suami pulak selalu cakap yang Cikgu Faiz akan bersalin seminggu awal dari tarikh due. Memang masin la mulut suami akhirnya baby keluar awal seminggu. Agaknya baby Hannani dengar dan dapat rasa yang bondanya risau sebab tu dia nak keluar cepat-cepat. Hihihi.






Anak dah dua orang. Rasa macam tak percaya je. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan bayi yang comel ini. Terasa segala jerih perih ketika mengandung dan melahirkan dulu terubat dengan adanya cahaya mata yang comel ini. Kadang terfikir jugak kenapa la ada orang yang sanggup nak buang baby sendiri sedangkan baby tu sangat comel dan bukan senang kita nak mendapatnya. Bukankah elok jika memberi baby tu kepada orang lain untuk dijaga? Entah la. Cikgu Faiz pon tak tahu nak cakap apa. Hanya Allah je yang tahu. Sekian.




Yang menaip,

7 comments:

sobri yaacob said...

ala comel2nya :)

Anum said...

Selamat pagi
singgah n follow u back
thanks for support for GA

Anonymous said...

Comelnya baby Hannani ;) hee

intanfirdaus247 said...

salam faiz...alolo comelnya baby Hannani..sekejap je masa kan,da 50 ari dah...

Tq faiz atas pujian wajah blog baru kak intan..da senang loading dan cepat ya..Alhamdulillah

puteri kasih said...

comelnyer baby Hannani..semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik :)

Unknown said...

kejap je dah montel faiz....like fatherla...

Mimie said...

seronok aje bace entry psl pengalaman mengandung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...