Semalam, abang Faqih menyambut Hari Lahir bersama rakan-rakan di sekolah. Seramai 13 orang murid termasuk abang Hakim diraikan bersama murid-murid lain dan guru. 13 orang murid yang diraikan tu lahir pada bulan Januari hingga Jun. Yang selebihnya akan diraikan pada hujung tahun.
Dua hari sebelum majlis tersebut abang Hakim beria-ia memberitahu bahawa cikgunya suruh membawa hadiah. Mula-mula tu tak berapa faham. Bila dah sampai rumah baru jumpa surat yang cikgu bagi. Semua murid dikehendaki membawa 13 hadiah. Tak kisah la berapa nilai hadiah dan isi hadiah tersebut yang penting 13.
Hari Khamis tu bergegas ke mydin untuk mencari 13 hadiah tersebut. Nasib baik barang-barang untuk 'party pack' abang Hakim dah beli sebelum tu. Jadinya takde la sibuk sangat nak cari barang. Hihi.
Rupa-rupanya murid-murid ni ada pertukaran hadiah. Balik je semalam, dalam kereta je abang Hakim kecoh memberitahu hadiah-hadiah yang dia dapat. Hihi. Satu plastik besar hadiah-hadiah. Satu plastik lagi penuh dengan 'party pack' pemberian kawan-kawan dia. Hihi. Best betul.
Macam-macam hadiah ada. Pensel, set alat tulis, dompet, tabung, pemadam, sticker, botol air dan macam-macam lagi hadiah abang Hakim dapat. Rezeki budak-budak kan. Seronok betul rasanya tengok abang Hakim buka hadiah-hadiah dia. Huhu.
Abang Hakim dah mengalahkan bonda dengan abah pulak ye. Macam dia pulak yang sambut Hari Guru. Huhuhu. Tak nak buka baju sekolah terus nak buka hadiah.
Muka excited nak buka hadiah.
Nampaknya kesemua hadiah-hadiah abang Hakim ni sangat berguna. Memang boleh buat stok sampai hujung tahun ni. Tak payah nak beli alat tulis dah. Huhuhu
Selamat Hari Lahir abang Hakim. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa membanggakan abah, bonda dan adik. Jangan la asyik nak menyakat adik je. Huhuhu. Ini baru permulaan hidup abang. Jauh lagi perjalanan yang harus abang tempuh. Bonda doakan yang baik-baik aje untuk abang Hakim. Amin.
Yang menaip,
Banyaknya hadiah abg hakim..seronok tadika sekarang..macam2 aktiviti..bukan setakat belajar saja
ReplyDelete