Jururawat memberi penerangan tentang waktu-waktu untuk memberus gigi. Murid-murid dinasihatkan untuk memberus gigi tiga kali sehari iaitu pagi, tengahari dan malam.
Jururawat menunjukkan gambar gigi yang rosak akibat tidak dijaga dengan betul. Murid-murid kusyuk mendengar cerita misi.
Selain itu, misi juga menerangkan tentang plak yang melekat pada gigi.
Misi menunjukkan contoh berus gigi yang tidak sesuai digunakan untuk memberus gigi. Kalau berus gigi yang dah kembang semangkuk tu tak payah la guna lagi. Hihihi.
Persembahan puppet. Cerita tentang gigi.
Pertandingan mewarna di dalam kelas. Siapa warna cantik, misi nak bagi hadiah.
Murid-murid diajar cara untuk memberus gigi yang betul. Bukan main gosok je. Ada teknik jugak. Hihi.
Masing-masing dah tak sabar nak gosok gigi.
Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna. Tiga orang je yang dapat.
Penyampaian hadiah untuk pertandingan gigi tercantik. Tiga orang pemenang juga.
Semua murid mendapat goodie bag daripada misi. Memang seronok la budak-budak ni. Hihi.
Semuanya kusyuk mendengar cerita misi tentang gigi. Selesai sudah entri tentang aktiviti gigi ni. Punya la lama Cikgu Faiz peram gambar ni akhirnya dapat jugak update. Fuhhh... Banyak lagi cerita lain yang nak di update. Semua sedang menanti giliran untuk diterbitkan. Hihi. Sehingga berjumpa lagi. Sekian.
p/s : Cikgu Faiz lebih suka memanggil misi daripada jururawat. Lebih santai. Itu yang tiba-tiba bertukar dari jururawat ke misi. Hihi.
Yang menaip,
Hehe teringat kenangan masa cuci gigi tepi longkang masa darjah satu dulu. Mengenang betul :'D
ReplyDelete