Hannani Mengamuk Lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 05 Julai 2015


Dah lama pulak tak berkongsi cerita tentang anak-anak Cikgu Faiz. Heh. Kali ni nak share gambar-gambar selfie Cikgu Faiz dan Hannani. Masa tu Encik Suami ada urusan di kedai makanya Cikgu Faiz mengambil kesempatan untuk bergambar dengan anak dara sorang ni. Abang Hakim tak nak masuk campur urusan orang perempuan. Huhuhu.



Masa ni Hannani steady lagi duduk dalam kereta. Hihi.




Senyap sekejap dapat tengok muka sendiri. Perasan comel la tu.




Suka sangat buat mulut macam tu. Tak pasal-pasal bonda pon dah terjebak sama. Huhu.




Kalau tak muka garang tak sah.




Akhirnya, mengamuk jugak dia. Huhu. Tak suka menunggu sama macam bonda. Dah abah tu lama sangat berurusan di kedai. Bosan la Hannani.




Haha. Dah pandai korek hidung ek sekarang ni. Senyap sikit. 


Haaa... Itulah antara gambar-gambar selfie Hannani dan bonda. Lama punya gambar ni baru sekarang dapat update. Huhu. Sibuk la katakan. Ahaks. Sekian.


Yang menaip,

1 comment:

Maria Firdz said...

Bebudak mmg gtu dah.. Rimas dalam kereta lelama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...