Suka Main Bedak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 27 Julai 2015


Siapa dekat rumah ada adik-adik yang masih kecil? Kalau yang dah berumah tangga tu mesti ada anak kecik kan. Kalau korang perhatikan anak-anak kecik korang tu mesti ada je benda-benda yang dia nak teroka kan. Terutamanya bila anak korang tu dah biasa dipakaikan bedak selepas mandi. Bila korang tengah sibuk dengan sesuatu kerja tu dalam diam budak-budak kecik ni akan memulakan operasi mereka. Hihi. Contohnya seperti di bawah ini.



Baik punya aktiviti. Kalau jumpa je botol bedak memang habis la. Mula-mula bedak akan ditabur sebanyak-banyaknya di atas lantai. Nasib baik la Cikgu Faiz cepat sedar akan aktiviti Hannani ni. Kalau tidak habis la sebotol bedak tu. Huhu.




Sambil-sambil tabur bedak tu tangan dok sapu bedak dekat muka sampai putih melepak. Seluar jangan cakap la habis putih. Ini dah macam iklan Qu Puteh je. Huhu.




Bonda nak ambik gambar dok panggil Hannani suruh pandang kamera langsung tak nak pandang. Tau la tu salah diri sendiri sebab main bedak tak berani nak tengok bonda. Mula-mula tu memang nak marah tapi cepat-cepat ambik handphone nak ambik gambar Hannani ni terus hilang rasa marah tu. Huhu.




Berpura-pura main handphone sedangkan hakikatnya takut kena marah dengan bonda. Huhuhu. Gaya macam nak selfie pon ada. Hihi. Qu Puteh, barulah putihhhh...


Tak cukup duit sebab ..... --> BACA SINI


Yang menaip,

3 comments:

Athirah said...

adik sy pon mcm ni la,,haha

WNN said...

mak saya cakap dulu pun saya macam ni..siap dngan tepung saya main.tapi saya langsung tak ingat bila..mungkin mak saya bergurau kot..hehe


jemput singgah blog saya..follow trus k..

Bunda_nora said...

Memang biasalah tu...budak2 sebaya ni suka nk mencuba benda baru...lagi satu sajer jer nak cari kena marah atau nak tarik perhatian bondanya...

Salam lebaran dari BUNDA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...