Jamuan Hari Raya Prasekolah 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 07 Ogos 2015


Aktiviti tahunan yang wajib di kelas prasekolah ialah jamuan Hari Raya. Alhamdulillah selesai sudah jamuan raya pada tahun ini. In Sha Allah kalau ada rezeki tahun depan boleh buat lagi. Hihihi. Anak-anak murid la yang paling gembira sebab dapat pergi sekolah dengan memakai baju raya. Di samping itu ada yang turut membawa makanan dari rumah. Alhamdulillah murah rezeki murid-murid tahun ni dapat makan macam-macam.



Hari ni tiga orang je yang tidak hadir. Yang lain semuanya cantik dan segak dengan baju raya masing-masing. Kalau yang perempuan tu tudung bukan main lilit-lilit lagi. Hihihi. Sampai je kelas pagi tadi sibuk suruh Cikgu Faiz betulkan tudung masing-masing. Hihi.



Bukan main seronok lagi masing-masing. Pandai memainkan peranan di depan lensa kamera Cikgu Faiz. Hikhik.



Yeahh... Selfie dengan cikgu itu wajib. Hihihi. Suka ye dapat selfie.



Selfie dengan murid yang tudungnya sama warna dengan tudung Cikgu Faiz. Hihihi. Yang lain tu jangan jeles pulak ye.



Masa ini kami semua bersiap-siap untuk pergi ke dewan terbuka dulu sebab nak menyaksikan persembahan daripada abang-abang dan kanak-kanak. Sempa lagi selfie. Huhu. Yang dekat belakang tu siapa lambat kena tinggal la jawabnya. Hihi.



Persembahan sempena sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah. Lagu yang paling popular adalah lagu 'Suasana Hari Raya' nyanyian Anuar Zain dan Ellina. Ramai yang jadi backup singer. Hihihi.



Bersama rakan-rakan seperjuangan di kelas prasekolah.




Tak cukup korum. Sepatutnya ada lagi seorang. Hihihi.




Selesai sahaja aktiviti di dewan terbuka tadi, jamuan Hari Raya pon dimulakan. Ini antara bekalan-bekalan dari murid-murid. Ada yang bawa bihun goreng, mi goreng, nasi himpit beserta kuah kacang, agar-agar, kek dan banyak lagi. Menu utamanya adalah nasi beriyani.




Menu yang paling wajib adalah kek. Hihi. Rezeki dapat sebiji kek dari salah seorang murid yang menyambut Hari Jadi. Lagi dua biji tu memang beli untuk kelas. Alhamdulillah semuanya cukup untuk murid-murid sampai dah tak larat nak habiskan. Hihi. Mana-mana makanan yang tak habis tu ppm packing dan bagi murid bawa balik sorang sikit. Cikgu pon dah tak larat nak makan dah. Hihihi. Sekian.


Cantik-cantik gambar perkahwinan ini hasil sentuhan jurugambar profesional. Kepada yang sedang mencari jurugambar untuk majlis perkahwinan tu boleh la tengok SINI


Yang menaip,

4 comments:

Arckiba said...

Best kalau raya time tengah-tengah nie tahun . Boleh buat jamuan , paling best buat potluck .

Hana said...

bergaya sakan.. prasekolah ka sekolah hana isnin ni jamuan raya.hehe

NuSaNa NoSa 91 said...

meriahnya raya dengan anak-anak murid..

btw, selamat hari raya ye, cikgu faiz.. ^_^

Aisy said...

comelnyaaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...