Ladap di Pulau Perhentian



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 14 April 2018


Pada cuti persekolahan Mac yang lalu, Cikgu Faiz berpeluang menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan atau singkatannya LADAP bertempat di Pulau Perhentian, Terengganu. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SKPU. Cikgu Faiz tidak melepaskan peluang untuk turut serta kerana belum pernah menjejakkan kaki ke pulau ni. Berikut merupakan rentetan daripada bertolak pergi sehinggalah sampai semula di SKPU.


16 MAC 2018 (JUMAAT)

Rombongan SKPU bertolak lebih kurang pada pukul 11.30 malam dengan menaiki bas.



17 MAC 2018 (SABTU)

Berhenti solat subuh di sebuah masjid di Terengganu. Sampai di jeti Kuala Besut lebih kurang jam 8.30 pagi. Kami naik bot untuk ke Pulau Perhentian pada jam 9.30 pagi dan sampai di pulau pada jam 10.26 pagi. Sesampainya kami di pulau, masing-masing sibuk bergambar dan update status di facebook. Sepanjang 3 hari 2 malam di sini, kami menginap di Eco Marine.




Oleh kerana tak boleh nak check in bilik lagi, kami hanya berjalan-jalan dan merakamkan gambar sebagai bukti yang kami dah sampai ke Pulau Perhentian. Hihihi. Cuaca memang cantik. Alhamdulillah tak hujan.





Penat berjalan, singgah sebentar di restoran untuk basahkan tekak yang kering pada hari yang panas tu. Mata dah mengantuk tapi nak buat macam mana tak boleh nak masuk bilik lagi. Huhuhu. Sempat jugak la tertidur di kedai tu. Hihihi. Dasar kuat tido.




Air jus epal ni berharga RM8. Huhuhu. Harga makanan di restoran ni 2x ganda daripada harga asal. Tapi berbaloi kot sebab nampak banyak. Cikgu Faiz sempat usha mat saleh dekat meja sebelah yang order nasi pataya. Hihihi. Banyak jugak la nasi dia tu. Rasa tak tahu la. Nampak mat saleh tu makan berselera je. Sedap la tu. Lebih kurang pukul 3 petang baru dapat masuk bilik. Apa lagi terus terjun atas katil sebab dah semalaman tido dalam bas.




Lepas asar keluar semula untuk aktiviti asas snorkeling. Masa ni belum nak mula lagi jadi kita ambik gambar dulu la ye.




Rasa tenang je bila melihat langit dan laut yang membiru serta kehijauan flora. Lupa seketika kerja-kerja dan kesesakan yang ada di Puchong tu.




Jam 5.27 petang, kami dah bersiap sedia untuk aktiviti asas snorkeling. Sebelum memulakan aktiviti, kami diberikan taklimat yang ringkas tetapi padat. Okey, jom terjun.





Kami buat aktiviti ni berhampiran Eco Marine je. Keyakinan diri di air kerana esoknya baru snorkeling betul-betul di tengah laut. Ini merupakan pengalaman kedua Cikgu Faiz snorkeling. Kali pertama masa belajar di maktab. Dapat belajar cara mengapungkan diri dan bernafas menggunakan mulut. Sebelum jam 7 malam, kami naik ke darat semula.



18 MAC 2018 (AHAD)


Bersarapan di Eco Marine sebelum bersiar-siar menikmati keindahan pantai. Bergambar saje sepanjang berada di Pulau Perhentian ni. 




Sesi mencari angle yang cantik. Kami berjalan dari jam 8.41 pagi selepas bersarapan.




Sementara menunggu kawan-kawan bergambar, Cikgu Faiz selfie dulu. Kalau ada monopod kan senang, tak payah nak panjang-panjangkan tangan tu. Huhuhu.




Jalan lagi. Jumpa backdrop menarik, berhenti, ambik gambar. Hihihi. Bila lagi kan? Manfaatkan masa yang ada.




Posing lagi. Puas hati ambik gambar dekat sini sebab gambar semuanya cantik-cantik.




Yang ni paling best. Lompat sama-sama lepas tu snap gambar. Hihihi. Banyak kali lompat baru dapat gambar ni. Penuh gallery dengan aksi melompat yang tak jadi. Hihihi. Semput jugak la kita. Hik.




Masa yang ditunggu telah tiba. Sesi snorkeling di 5 point. Masa ni jam lebih kurang pukul 10.42 pagi. Yang mana satu Cikgu Faiz ni? Air laut bersih sangat sangat. Terima kasih kepada mereka yang tidak membuang sampah ke dalam laut.




Lebih kurang jam 12 tengahari kami singgah sebentar di jeti. Masa ni ambik gambar lagi dan cari makanan untuk alas perut. Yang penting cari tandas dulu. Huhuhu.




Sesudah berehat sebentar di jeti, kami menyambung kembali aktiviti. Kali ni singgah di Lata Air Berani.




Selepas selesai aktiviti snorkeling, petang tu kami buat aktiviti Jungle Trekking pulak. Kami bermula dari sebelah Eco Marine je tapi nak naik tu punyalah curam. Kami mula mendaki pada jam 5 petang dan sampai lebih kurang 20 minit kemudian. Gambar di atas ni masa dah sampai. Semua happy sebab berjaya sampai. Walaupun penat snorkeling tak hilang lagi, tetap memberi komitmen yang jitu terhadap program ni. Semangat tu penting.





Gambar ini diambil pada jam 5.33 petang. Panas terik masa ni. Tak hairan la kalau balik je muka berbelang. Huhu. Dah penat bergambar, jom balik ke Eco Marine. Sampai di Eco Marine, main bola tampar kejap. Tiada gambar. Hihihi.




Malam tu kami makan kambing golek (walaupun Cikgu Faiz tak makan kambing). Tetap happy. Esok nak balik dah. Selapas makan malam, kami berjalan-jalan lagi untuk melihat suasana di tepi pantai pada waktu malam. Dapat jugak la menyaksikan pertunjukan api. Lepas tu balik bilik terbongkang kekenyangan.



19 MAC 2018 (ISNIN)


Merupakan hari terakhir di Pulau Perhentian. Sementara menunggu bot sampai, kami bergambar lagi dan lagi. Heh. Tak penat ke asyik posing tengah panas je? Huhu.


     

Gambar ini diambil pada jam 8.44 pagi. macam biasa, cuaca cantik.




Ini dah terlebih rentung ni.





Sebelum check out, kami bergambar kenangan di dalam bilik. Inilah roomate Cikgu Faiz sepanjang di Pulau Perhentian.





Bergambar kenangan di luar bilik...





Bergambar kenangan di bilik jiran pulak. Hihihi.





Gara-gara gambar melompat, tiap kali jurufoto nak snap gambar terkeluar ayat 'satu, dua, tiga, lompat!'. Hihi. Memang tak la nak lompat depan orang ramai. Sabar je la.




Last sebelum bertolak pulang ke Puchong. Kita shopping sepuasnya di Pasar Payang. Sebelum tu singgah di kedai keropok lekor dan kedai makan yang menjual sotong dan udang goreng tepung viral. Jam 5 petang bertolak pulang ke SKPU dan sampai sebelum pukul 12 malam. Dengan itu, tamatlah sudah program Ladap Pulau Perhentian. Terima kasih kerana sudi membaca coretan Cikgu Faiz. Sehingga berjumpa lagi di lain entri. See yah !


Yang menaip,

2 comments:

CD said...

should be pergi ke sini bulan depan.. tapi dekat dengan tarikh mengundi.. huhu.. skrg tgh fikir nak cancel atau tak... jelesnya tengok gambar2 tu... huhuhuhu

Fatin Diana said...

eh pegi perhentian jugak. best kan :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...