Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Rabu . 25 Februari 2015
Berakhir sudah cuti Tahun Baharu Cina. Cuti kali ini memang sangat bermanfaat dan happy sangat sebab dapat berjalan-jalan bersama keluarga tercinta menikmati keindahan alam semulajadi. Hihi. Alhamdulillah, perancangan untuk bersantai di Port Dickson akhirnya terlaksana jua. Eh, sebenarnya kami nak ke Cherating tapi disebabkan semuanya sudah penuh maka terpaksa memilih PD sebagai pilihan terakhir.
OOTD Cikgu Faiz pada hari tersebut. Hihi. Pergi sana dua hari satu malam je. Jadilah kan daripada takde. Huhu. Turut serta dengan program jalan-jalan ni famili Cikgu Faiz dan sedara mara yang tinggal di Karak. Kami ke sana melalui jalan dalam Simpang Pelangai. Memang penat sebab jalannya bengkang bengkok. Nasib la Cikgu Faiz dan anak-anak boleh tahan dengan jalan seperti itu. Kalau tak alamatnya selamat la termuntah dalam kereta. Huhuhu.
Amboi... Hannani dah bersantai dekat homestay di PD. Kami menyewa homestay di Taman Anggerik. Untuk penginapan ni adik Cikgu Faiz yang handle. Untuk penginapan dua hari satu malam ini kami perlu membayar RM340.
Haha... Ini muka selfie sebelum ke pantai. Petang tu lepas merehatkan diri semua dah tak sabar-sabar nak pergi ke pantai. Jalanraya jangan cakap la memang sesak sangat. Mula-mula tu kami pergi menaiki kereta konon nak parking dekat sana la. Alih-alih parking penuh sepenuhnya dan terpaksa parking di rumah je. Huhu. Nasib baik la rumah tak jauh dengan pantai berbaloi la jugak jalan kaki. Hihi.
Ramai giler orang dekat pantai sampai nak ambik gambar abang dan Hannani mandi pon tak dapat. Huhu. Sebenarnya risau takut handphone terkena air laut tu yang takde langsung gambar tengah bermandi-manda. Ruginya. Sepupu sepapat semuanya naik banana boat. Untuk famili kami je dua banana boat diperlukan. Hihi. Mula-mula tu rasa teruja nak naik tapi bila nak naik je mula rasa takut. Huhuhu. Tapi best sangat sebab dapat menikmati keindahan di tengah laut dan nelayan yang sedang mencari rezeki. Bila nak dekat sampai di tepi pantai kami semua terhumban ke dalam laut. Huhu. Dah macam water confident masa dekat Pulau Tioman je. Tapi memang best la. Dua kami terjatuh ke dalam laut. Hihi. Untuk harga banana boat seorang cuma RM20 dan yang menarik kami dapat menungang jet ski secara percuma. Huhu. Cikgu Faiz jadi pembonceng je la.
Pada malamnya pula ada acara makan makan dan semestinya bbq. Hihi. Semua barang makanan kami bawa dari rumah jadi jimat la sikit kan. Yang pegi pulak ada mak dan makcik memang macam-macam lauk ada. Huhuhu.
Sementara menunggu ayam bbq siap boleh la buat apa-apa yang patut dulu. Tengok la Hannani tu suka sangat sebab ramai yang melayan dia. Huhu. Abang Hakim pon dah pandai buat hal sendiri. Orang bujang la katakan.
Pagi esoknya semua orang dah bangun kecuali abang Hakim. Huhu. Puas Cikgu Faiz kejut dia tetap tak nak bangun. Mentang-mentang la ada aircond bukan main sedap lagi tidur. Cikgu Faiz pon apa lagi mula la mengambil kesempatan untuk selfie dengan minuman kegemaran ni. Tak lain tak bukan Ephyra. Hihi. Almaklum la kulit dah mula terbakar jadi kena la pulihkannya semula.
Hahaha. Sila jangan meluat ye. Promote kejap.
Cantik sihat bertenaga. Yang nak order ephyra tu boleh la contact Cikgu Faiz ye. Hihi. Harga kasih sayang punya tau. Huhu. Nampak tak kat tepi tu sipi sipi je abang Hakim tengah tidur. Huhuhu.
Yahuuuu.... ke pantai lagi kita sebelum pulang ya. Makan makan dulu pekena coconut shake lepas tu Cikgu Faiz mengajak Encik Suami ke pantai untuk bergambar atas alasan semalam tak sempat nak bergambar. Huhuhu. Hari bukan main panas lagi tapi gagahkan diri jugak.
Layan je la gambar-gambar Cikgu Faiz bersama Hannani di tepi pantai ni. Abang Hakim? Hmm... dia ikut pakcik pakcik main kereta. Huhu.
Tamat la percutian kami di PD. Trip seterusnya ke mana pulak agaknya. Kena fikir dulu dan simpan duit. Hihihi. Sekian.
Yang menaip,