Assalamualaikum. Semua mesti sudah kenyang berbuka puasa kan. Alhamdulillah di atas kurniaan rezeki untuk hari ini. Semoga esok masih punya rezeki untuk kita semua. Aminn...
Ermm.. korang minat tak dengan Aaron Aziz? Mesti minat kan. Yelah.. selepas drama Nora Elena meletup-letup kat TV3 aritu. Aku? Biase je. Takde la minat sangat. Tapi, entah macam mane tibe-tibe aku boleh termimpikan pelakon hensem tu. Hahaha... Agak sukar dipercayai dan mimpi tu macam betul-betul terjadi...
Masa tu aku kat shopping kompleks kat mane tah. Tup tup dah pegi date dengan die. Hahaha. Macam mane tah boleh jumpe aku pon tak tau. Masa tu aku tengok Aaron Aziz tu hensem giler wa cakap sama lu. Jatuh cinta dibuatnya. Tapi memang betul pon dia hensem kan. Inikan pulak kat dalam mimpi. Huahua... Yang aku pelik camane aku leh berdua dengan dia tu yang aku tak paham sangat-sangat. Haa... dah nama pon mimpi. Hihi...
Yang pasti, aku suke sangat mimpi tersebut. Rasa macam tak nak bangun tido je masa tu. Haha. Bila terjaga aku jadi blur sekejap sebab aku dapat rasakan kejadian itu benar-benar berlaku. Tapi rupa-rupanya hanya mimpi....
No comments:
Post a Comment