Assalamualaikum. Dah lama Cikgu Faiz tidak berkongsi tips dengan anda. Kali ni Cikgu nak berkongsi tips menangani perasaan marah secara berhemah. Mudah saja ye murid-murid...
1. Setiap individu sentiasa ingin berada di pihak yang benar dan sentiasa bersikap tegas dalam menegakkan hak kebenaran masing-masing. Perasaan sedemikian memang datang secara semulajadi. Jadi jangan sesekali kamu cuba memaksa pasangan, sahabat, kekasih atau sesiapa sahaja yang berada di samping kamu untuk memberikan respon seperti yang diharapkan.
2. Jangan berdebat. Perasaan memang tidak boleh diperdebatkan. Jadi tidak ada gunanya memperdebatkan perasaan kamu itu.
3. Tidak ada gunanya jika kamu mengekspresikan perasaan atau bercerita ketika si dia tidak menaruh minat untuk mendengar cerita kamu itu.
4. Kamu juga perlu belajar untuk menyamakan emosi antara kamu dengan sahabat atau pasangan. Persamaan emosi pastinya dapat menyatukan kamu dengan si dia.
5. Menilai secara berlebihan akan menghancurkan hubungan. Jadi, jangan terlalu berlebihan dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.
6. Bersikap sarkastik menerusi kata-kata dan perlakuan yang kasar adalah ekspresi yang tidak langsung lahir dari kebencian, permusuhan, kepahitan, kekecewaan, sakit hati, amarah dan sebagainya. Cubalah untuk mengidentifikasikan atau mengungkapkan perasaan secara langsung.
7. Menerima tanggungjawab dapat melepaskan kebencian.
8. Ketika seseorang berteriak, marah atau berlalu pergi, ia menandakan kamu memerlukan bantuan di saat itu.
9. Perasaan orang boleh berubah-ubah dengan cepat. Mengharapkan konsistensi hanya akan menyebabkan kekecewaan. Sebaliknya, cubalah untuk menerima setiap perasaan pada setiap saat. Jadi kamu akan lebih bersedia dan bersikap terbuka untuk menerima apa jua perubahan sikap individu itu.
10. Kekecewaan dapat dihindari dengan bersikap tidak terlalu berharap. Ajar diri agar tidak mengharapkan sesuatu yang tidak realistik. Ingatlah bahawa kamu yang menciptakan kekecewaan itu lebih dari orang lain.
No comments:
Post a Comment