Ombak Rindu - Fauziah Ashari



Assalamualaikum.



Tagline : Rinduku umpama ombak yang tak berhenti. Kasihmu bagai pantai yang setia menanti.




Sinopsis:


Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, bapa saudaranya Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.


Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hatinya tidak rela.


Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Semuanya akan terjawab di dalam novel OMBAK RINDU.

2 comments:

thslly said...

Suka novel ni...
First time baca pun zaman skola rendah,
HAHA

Dingdang said...

@Lily Suhaili
best kan cite die.
filemnya dah tgk tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...