16 Mei kian tiba...
Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menghembuskan nafas di bumi yang bertuah ini. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepada hambamu ini meneruskan kehidupan. Terima kasih juga kerana Engkau telah menghantar emak dan abahku datang untuk menjenguk aku yang sedang sakit beberapa hari yang lalu. Indah sungguh rasanya dapat bertemu dengan orang-orang yang paling aku sanjung. Aku insaf. Disaat aku sedang bertarung dengan kasakitan Engkau telah mengabulkan doaku untuk bertemu mereka. Aku betul-betul bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan.
Diam tak diam esok dah 16 Mei. Tarikh keramat itu merupakan tarikh yang amat dinanti-nantikan oleh semua warga pendidik termasuk aku. Pada hari itulah mereka yang bergelar guru akan diraikan dan bermacam-macam aktiviti akan diadakan pada hari tersebut. Namun, terdapat dua perkara yang aku nanti-nantikan pada 16 Mei iaitu Hari Guru dan Hari Lahir Faqih. Percaya atau tidak Faqih Hakim telah dilahirkan pada pagi 16 Mei. Sungguh tidak ku sangka aku akan melahirkan Faqih pada hari tersebut. Ianya sungguh bermakna. Faqih si comel Hari Guru hadiah daripadaNYA buat aku dan suami pada Hari Guru 2010.
Buat Faqih, Selamat Hari Lahir cayang 'mona'. Semoga cepat sembuh ya. Risau 'mona' tengok keadaan Faqih. Jangan nakal-nakal ya sayang. 'mona' dengan abah sayang Faqih.
kata kunci ---> mona = bonda
4 comments:
Selamat Hari Guru buat Cikgu Faiz & Selamat Hari lahir buat Faqih ^_^
selamat hari guru cikgu
wah hppy bsday faqih
@Sally Yatiey
tq anti sally. muah dari faqih.
@sis92
tq siti saleha. ihiks..
Post a Comment