Karnival KOKO SKPU1 2013



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Minggu lepas sekolah tempat Cikgu Faiz mengajar telah mengadakan karnival kokurikulum. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di sana sepanjang karnival berlangsung. Sama seperti dua tahun lepas, antara aktiviti yang dijalankan ialah flying fox, paintball, rumah hantu, aktiviti berkuda, karikatur dari kartunis MOY, pameran daripada pasukan bomba, polis k9, unit kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan banyak lagi. Selain itu terdapat juga jualan makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. 



Pameran dari Jabatan Alam Sekitar

Sesi mendaftar keahlian JAS. Siap dapat goodie bag lagi.








Pameran dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan














Aktiviti Faqih Hakim



Bergambar bersama motosikal bomba




Rumah hantu yang sangat menakutkan...


Karnival kali ni tak banyak gambar yang dapat diambil berbanding dua tahun lepas. Aktiviti pon lebih kurang sama je. Kalau korang nak tengok gambar-gambar sebelum ni boleh tengok di SINI, SINI dan SINI. Sekian.


Untuk pengguna Maxis sahaja --> TEKAN


Yang menaip,

5 comments:

  1. Meriahnye..teringat mse skola dlu de wat gak umah hantu tp xpnh masuk pun sbb sy pnakut

    ReplyDelete
  2. banyak nama untuk program ni, Hari Kantin la, Hari Koko la, Hari Perdagangan la..dll ;)

    ReplyDelete
  3. dlu msa zamn skolah kak faiz shida handle gak bt rumah hantu ma hari koko hehee..

    ReplyDelete
  4. seronok kalau kat sekolah ade karnival..meriah kan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)