Hannani Dah Setahun !



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 14 November 2014


Tanggal 10 November 2014 baru ni genab la usia baby girl Cikgu Faiz setahun. Dah besar dah anak dara sorang tu. Sekejap je masa berjalan tup tup dah setahun. Dah boleh dapat adik tu. Uppsss.... adik? Hihi. Kena selesaikan urusan PJJ dulu baru boleh fikir pasal adik Hannani. Heee....





Bukan main suka lagi ye bila ambik gambar. Saje la tu nak tayang 6 batang gigi yang comel tu. Rambut pon dah panjang tak lama lagi boleh la buat tocang. Hihihi. Lepas sehari daripada tarikh hari lahir Hannani Cikgu Faiz bawak dia pergi klinik untuk suntikan setahun. Kali ni kena suntik dekat bahu kanan pulak. Macam biasa la Hannani akan menjerit bila kena inject. Hihi. Tapi sekejap aje. Bila jarum dah keluar dia terus diam. Kali ni suntikan 3 serangkai kalau tak silap.






Ini gambar sebelum kena inject. Suka sangat dapat selfie dengan bonda. Abang Faqih dengan abah tunggu di luar klinik sebab takut nak tengok Hannani kena inject. Huhu. Nasib baik la lepas tu Hannani tak demam. Biasanya baby akan demam lepas kena inject.






Tapi hari ni Hannani tak sihat. Pengasuh kat taska cakap dua kali Hannani muntah. Lepas tu masa nak bawa balik pon muntah lagi terus kami ke klinik. Masa dekat klinik pon muntah tapi kali ni yang keluar kahak. Hannani memang mudah dapat batuk sebab dia suka mengutip. Kalau dekat rumah tu entah berapa kali Cikgu Faiz dok sapu lantai sebab takut Hannani mengutip. Hannani ni memang kuat sangat mengutip tau tak macam abang dia masa baby dulu. Huhu.


Semoga baby girl Cikgu Faiz ni cepat sihat dan kembali aktif seperti sediakala. Hari ni abang Faqih takde geng bergaduh sebab Hannani tak sihat. Huhu. Harap anda semua pon akan turut mendoakan Hannani supaya cepat sembuh. Risau bila anak tak sihat.


Ketika entri ini ditaip, Hannani sudah tidur setelah muntah :(


Yang menaip,

1 comment:

Maria Firdz said...

Alhamdulillah... Semoga dlm pemeliharaan Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...