Anak bujang sorang ni dah tak sabar nak pergi jalan. Tengah sibuk butangkan baju dia. Huhuhu.
Okey.... mula-mula sampai mesti la nak isi perut dulu kan. Abang Hakim request nak makan KFC tapi abahnya nak makan benda lain. Jadinya nak tak nak kena la ikut selera anak. Huhuhu. Perut dah kenyang barulah boleh window shopping. Jumlah makan di KFC tak ingat berapa tapi di bawah RM50.
Nak tahu tak punya la ramai orang sampaikan sos KFC pon habis. Adoi. Sos la pembangkit selera bila makan KFC. Maaf, tiada gambar KFC tersebut. Sila bayangkan sendiri okey. Hehe.
Selesai mengisi perut, misi terus bermula. Jalan-jalan dulu dan ternampak kiosk yang menjual popcorn. Encik Suami pon apa lagi, terus pow Cikgu Faiz dua pek popcorn perisa caramel dan butterscotch. Rasanya memang sedap. Dua pek tu RM20. Maaf, lagi satu pek tiada dalam gambar kerana dah selamat masuk dalam perut. Huhuhu
Sambung berjalan semula. Ternampak pulak air pancut tu. Keluar la kejap ambik angin sambil bergambar. Mihmih. Abaikan orang yang tak berkenaan dalam gambar tu. Hihi.
Sambung berjalan lagi. Sambil tu Encik Suami cakap dekat mall tu ada ice skating. Punya la berjalan dari tingkat ke tingkat tak jugak jumpa. Boling ada la. Biar betul Encik Suami ni, penat dah berjalan ni sampai hujung bangunan demi ice skating dia tu. Huhu. Sekali dah jumpa..... alamak !! Syoknya kalau dapat main tapi apakan daya abang Hakim kecik lagi. Ajak karang tak pasal-pasal meraung kat situ. Huhu. Abang Hakim tu penakut sikit. Encik Suami pulak jaga Hannani. Nak tak nak Cikgu Faiz terpaksa menahan keinginan tersebut. Orang pon ramai jugak masa tu. Takpe, lain kali boleh datang lagi.
Dah puas melihat luncur ais kembali menyambung misi cuci cuci mata. Dapat la beli selipar baru, kasut Hannani dan tudung glitter. Selipar tu harganya RM10, kasut baby RM25 dan tudung RM20.
Sebenarnya misi utama ke sini sebab nak cari seluar untuk Hannani. Tapi kan bila masuk je kedai pakaian budak, fuhhh.... harganya memang boleh tahan sangat. Sehelai seluar je dan RM50 ke atas, Fuhhh.... sehelai seluar je tu. Bukan jeans ye. Memang tak dinafikan kebanyakan kedai yang ada di situ branded sangat. Jenama bukan calang-calang. Nasib baik la Cikgu Faiz ni bukan jenis yang pakai branded mahal-mahal camni. Huhu. Ha.... lepas tu jumpa satu kedai yang menjual underware kanak-kanak. Ada pulak legging skirt tu tengok harga RM18. ++. Okey la kan. Try beli sehelai dulu sebab saiz ni untuk 3 tahun tapi nampak macam kecik je. Yang setahun punya takde. Lepas tu dapat la beli 3 helai underware abang Hakim yang ada gambar spiderman. Huhu. Harga 3 helai RM17.++
Sebelum balik singgah di kedai roti lavender dulu. Tak tahu nak beli roti apa jadi ini je la yang Cikgu Faiz ambik. Ada empat jenis. Salah satunya ada kuih dorayaki doraemon. Harga kesemuanya RM11.10.
Penat sangat berjalan hari ini. Untuk abang Hakim Cikgu Faiz dan Encik Suami belikan mainan pilihan dia. Ikutkan hati memang tak nak beli mainan tapi dia dah nampak tu yang terpaksa beli. Kalau tak jenuh pulak nak memujuk. Harga mainan RM39.90. Sebelum balik tu singgah beli ice blended buah-buahan. Beli satu kongsi bertiga. Hihi. Harganya RM10 sebab terus jadi ahli nanti bila beli lagi boleh dapat diskaun. Mihmih.
Selesai juga misi berjalan semalam. Anak-anak pon dah tidur sebab keletihan berjalan. Cikgu Faiz pon dah mengantuk semula ni. Jumpa lagi di entri seterusnya. Sekian.
Yang menaip,
4 comments:
SELAMAT PAGI
Wah bestnye jenjalan...
saya pun ada singgah semalam. ingat nak ke MAHA 2014 tp org ramai sangat, so pi 101 mall. Tapi rasanya mcm belum siap sepenuhnya lagikn.
Byk shopping
Post a Comment