10 Soalan Daripada Adik Karimah Zulkafali



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 20 Disember 2015




Baru je Cikgu Faiz nak kembali aktif berblog tiba-tiba kena tag pulak. Menggelabah jugak nak menjawab 10 soalan cepumas dari blogger Karimah ni. Kihkihkih. Jemput baca ye semua.

v
v
v


Soalan 1 - Pendapat anda tentang blog saya | http://theonlygirl98.blogspot.my/

Jawapan : Masuk je blog Karimah ni, Cikgu Faiz tengok dekorasi blog sangat kemas, tak serabut dan cepat loading. Entri blog boleh diperbaiki dari masa ke semasa memandangkan Karimah pon baru nak aktif semula dalam blog kan.


Soalan 2 - Jenis bacaan yang anda minat untuk baca.

Jawapan : Cikgu Faiz suka membaca novel cinta, berita tentang isu-isu semasa dan tips-tips yang berguna di dalam kehidupan seharian kita.


Soalan 3 - Kenapa persahabatan lagi penting daripada percintaan?

Jawapan : Rasanya cinta cinta ni tak penting kot. Cikgu Faiz lagi suka bersahabat sebab masa tu kita bebas dan tak terikat dengan sesiapa. Takde siapa boleh halang kita nak berkawan dengan orang yang kita suka. 


Soalan 4 - Masyarakat sekarang kurang sifat malu dalam diri. Pendapat anda?

Jawapan : Betul sangat la tu. Kalau kita lihat berita-berita dan isu-isu semasa sekarang ni banyak betul gejala yang tak elok seperti perempuan pakai tudung tapi berpakaian seksi, perempuan hisap vape dan banyak lagi. Itu sekadar contoh sahaja ye. Hihihi.


Soalan 5 - Makanan menggembirakan. Tapi tak nak gemuk. 

Jawapan : Sarapan pagi sangat penting kalau kita tak nak gemuk. Hihi. Sebabnya, selepas makan sarapan kita boleh makan makanan yang ringan-ringan seperti salad dan buah-buahan. Kalau boleh elakkan makanan segera dan jajan. Itu cuma pendapat Cikgu Faiz je. Hihi. Cikgu Faiz pon kadang-kadang tak makan sarapan jugak :p


Soalan 6 - Tips untuk jadi blogger yang berjaya.

Jawapan : Salah satu tips nak jadi blogger yang berjaya ialah konsisten. Isi dalam blog pun memainkan peranan jugak. 


Soalan 7 - Apa azam 2016?

Jawapan : Ingin memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dan menjadi insan yang lebih baik di mata masyarakat. Ingin kurangkan aura-aura negatif dalam diri dan sentiasa berfikiran positif.


Soalan 8 - Cita-cita dan usaha untuk mencapai cita-cita tersebut.

Jawapan : Nak jadi seorang guru yang serba boleh. Untuk mencapainya Cikgu Faiz kena sentiasa meneroka dan banyakkan membaca untuk mendapat ilmu-ilmu yang baru.


Soalan 9 - Yang mana lebih suka? Hubungan jarak dekat atau jarak jauh?

Jawapan : Dah pastinya hubungan jarak dekat sebab sentiasa ada depan mata. Hahaha. Tapi kalau dah ditakdirkan PJJ tu kena la terima dan berusaha untuk mendekatkan hubungan jarak jauh tu. Cikgu Faiz pon dah merasa dah PJJ ni. Hihi. 


Soalan 10 - Blog paling awesome?

Jawapan : Blog Lyssa Faizureen yang paling ohsem setakat ni pada pendapat Cikgu Faiz la kan. Hihihi. 




Fuhhh.... siap jugak entri ni. Harap adik Karimah puas hati dengan jawapan-jawapan Cikgu Faiz ni. Memang mencabar betul soalan-soalan tu. Huhuhu. Apa pun terima kasih sebab sudi tag Cikgu Faiz ye. Sekian.


Yang menaip,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...